30 June 2011

Pasangan Hidup



Tadi saya baca entri terkini blog Iswandi. Oleh kerana saya ada masa lapang, jadi saya terfikir utk menulis entri yg sama dari perspektif saya sendiri.
****************************************************************************
Ya Allah, kurniakan aku suami yang mampu meningkatkan cintaku kepada al-Khalik, pencipta cinta, dan suami yang mampu memimpin aku dan anak-anakku menuju Redha-Nya.
Ini kerana matlamat utama dalam hidup saya adalah untuk mencari Redha-Nya, Mardhatillah, dan saya tidak mahu rasa cinta saya kepada manusia melebihi rasa cinta saya kepada Allah, biarpun sebesar zarah. Dunia adalah ladang akhirat. Dunia adalah tempat untuk mengumpul seberapa banyak bekalan untuk kembali kepada-Nya tiba masanya nanti. Begitulah juga harapan saya agar suami saya di dunia ini kekal bersama saya di syurga nanti. Nampak seperti saya ni terlalu tamak, menyimpan harapan yang terlalu tinggi. Tapi, apalah salahnya kan..kerana impian dan harapan itu benih kepada usaha yang akhirnya mendatangkan hasil yang sesuai dengan benih yang ditanam pada awalnya.
Bukan sahaja seorang yang mengharapkan isteri yang baik perlu berusaha untuk memperbaiki diri. Seorang wanita yang mengharapkan suami yang baik juga harus berusaha untuk menjadi wanita yang baik, kerana Allah S.W.T telah berjanji;

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Jodoh tidak akan datang dengan sendiri, tapi perlu berusaha mencari..kenyataan itu tidak salah bagi saya, tapi mungkin pendapat tentang ‘berusaha’ itu berbeza bagi setiap orang. Ada yang berpendapat, ‘berusaha’ itu bermakna bertindak sebagai ‘love hunter’, mencari pasangan, kemudiannya berkenal-kenalan, lalu bercinta, ada juga yang berpendapat hanya dengan berdoa itulah yang dimaksudkan dengan ‘berusaha’. Bagi saya, ‘berusaha’ itu bermaksud berusaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang wanita yang baik, bersiap-sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, di samping berdoa agar Allah kurniakan pasangan hidup yang baik… Saya yakin, seseorang tu akan bertemu jodohnya apabila dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri/suami. Tanggungjawab yang bukan hanya terlaksana dengan 1 lafaz 'aku terima nikahnya', tetapi dengan memahami maksud di sebalik 'aku terima nikahnya' dan melaksanakannya dengan ikhlas kerana Allah, demi Mardhatillah. 



Love is not enough. Guiding each other in a path of iman, supporting each other for jannah, and trust each other..there're all not easy. Being someone's spouse, it's a big responsibility. We're a normal people with emotions, that need to keep being in track of iman and taqwa to Allah S.W.T, for happiness in afterlife. That's actually what we're after...

"Jadilah seorang wanita yang baik, sebelum mengharapkan seorang suami yang baik. Dan jadilah seorang mukminah sebelum mengimpikan seorang mukmin sebagai suami" (kak A, 2010)

Andai tiba saatnya saya menerima seorang lelaki sebagai pendamping hidup saya, biarlah kerana dia melihat apa yang ada dalam diri saya, bukan pada zahirnya.

^^

Wallahu’alam