Pages

24 November 2011

I'm Learning~

Pernah suatu hari pada tahun 2010 saya melawat sekolah lama saya. Kalau betul ingatan saya, hari tu hari jumaat, dan saya berniat untuk menghadiri usrah muslimah di musolla asrama Desa Damai, blok asrama saya dulu. Saya sampai seawal jam 11 pagi, dan adik-adik masih berada di kelas masing-masing. Tanpa rasa ragu, saya menuju ke kelas tingkatan 5 yang masa tu tiada sesi P&P. 

Seperti kebiasaannya, kehadiran saya disambut dengan sesi bersalaman. Ramai yang tidak mengenali diri saya, lalu saya memperkenalkan diri saya tanpa dipinta. 

"Kmk adila, SPM'07". 

Bermulalah sesi soal jawab tentang kehidupan dan pengalaman saya.

"Kitak belajar apa kak? Nak jadi ustazah ka?"

Saya senyum. 

"Pernah berniat. Kamek ambik pembangunan sumber manusia, baru tahun 1"

Bla..bla..bla..

Kelas kembali sepi,mungkin dah kehabisan modal soalan.

"Berik tazkirah lok kak.." Tiba-tiba..

Saya tersenyum, kemudian giliran saya bertanya pada mereka. Soal pembelajaran dan perancangan masa hadapan mereka, lalu menasihati mereka berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui. Akhir sekali, saya berkata.."bertudung labuh tidak bermakna seseorang  itu punya ilmu agama yang tinggi, tidak juga bermakna dia punya hati budi atau pekerti yang mulia." (masa ni saya melihat ke dalam diri, masih terlalu banyak kekurangan yang perlu dibaiki dalam membawa identiti seorang muslimah)

***********************************

That's it..i'm not a GREAT MUSLIMAH. I'm learning to be one, looking forward for any obstacles, coz i believe, obstacle is the best teacher in life. I've done many mistakes, and i regret it. In other perspective, i took it as a syllabus in my life's learning. I did mistakes, and i behave wrongly sometimes. I'm not that great, i'm learning, and will keep learning in my entire life.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)