Pages

Showing posts with label misc. Show all posts
Showing posts with label misc. Show all posts

04 January 2018

Takdir

Happy New Year, everyone...

Hidup ni kena percaya pada Qada' dan Qadar Allah. Tak la stress2 hidup tak tenang. Percaya kepada Qada' dan Qadar Allah tu merupakan Rukun iman yang ke-6. Tengok, nice kan ajaran Islam. Kalau kita ikut, insyaAllah, kita boleh merasa nikmat kebahagiaan.

Beriman atau percaya kepada qada dan qadar itu bermaksud percaya dengan sepenuh hati bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu yang akan terjadi untuk mahluknya (qada dan qadar).

Setiap manusia telah diciptakan dengan ketentuan sejak azali lagi. Takdir ni ada 2 jenis, iaitu;

1.Takdir Muallaq

Takdir muallaq yaitu takdir yang masih dapat diubah dengan usaha atau ikhtiar. Contohnya, kalau nak berjaya, kena berusaha, nak kaya, kena bekerja. Dan juga jodoh pun perlu diusahakan. Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mau mengubah nasib mereka sendiri. (Ar-Ra'd: 11)

2. Takdir Mubran

Takdir mubran yaitu takdir yang tidak dapat diubah. Contohnya, MATI. Syarat mati itu bukan sakit, tapi hidup.
Dengan beriman/ percaya kepada Qada' dan Qadar, kita akan lebih bersyukur kepada Allah, menjadi lebih dekat kepada-Nya, dan turut menjadikan kita orang yang sentiasa berusaha dan tidak berputus asa. Selain tu, kita akan mendapat ketenangan, jauh dari sifat sombong, dan sentiasa bersabar dan bertawakkal lepada Allah.

**********

Misc: Epilog Q

Ya. Sebelum ni aku pernah betul-betul suka dekat sorang insan bernama Wafdan. For many years. Suami aku ni adalah cinta keduaku, dan insyaAllah yg terakhir buatku.

Wafdan. Aku suka dia sejak di bangku sekolah, tapi aku mulai sedar yang aku betul2 serius mencintainya semasa aku buat degree. Kalau ditanya kenapa aku suka dia, aku pun tak tau. Nak kata hensem, sejujurnya, suami aku ni lagi hensem. Tambah comel dengan lesung pipit di pipi. Nak kata sebab dia sweet, memang tak la. Orang kata, cinta itu datang tiba-tiba. Unexpectedly, towards unexpected someone. Dan masa tu, Wafdan bagiku. Perasaanku tak pernah goyah. Ada saja jejaka yang ingin berkenalan dengan aku, tapi aku punya setia tu, sangatlah tak bertempat. Nak kata aku 'in a relationship dengan Wafdan', tak juga. Sehinggalah Shu@Lutfi jumpa ibu dan ayahku. Masa tu, aku tak boleh nak reject senang2. Aku sedar, perasaan bukan lagi sekadar saluran kebahagiaan, tapi dokumentari kehidupan.

Masa aku terima suami aku ni pun, perasaanku pada Wafdan masih bersisa. It has been years after all. Orang kata, kalau kita keep on doing certain things tu, boleh jadi habit. Mungkin itu yang terjadi padaku. Hatiku dah terbiasa mencintainya. Sehinggalah aku baca diari suamiku hari tu. Member aku pernah cakap, to be with someone who really loves you is better than being with someone you love. Dan untuk aku, that someone adalah my Mr. Right, Shu@Lutfi.

I love you, Shu. May Allah bless our marriage, till jannah. InsyaAllah.

#misc #epilogQ

05 May 2017

Misc~ Epilog

Aku Shu. Muhammad Lutfi bin Lim Abdullah. Aku mungkin orang yang paling memahami Qaisara. Seumur hidup aku yang baru 25 tahun ni, ruang istimewa di hatiku hanya ada dia, sebagaimana di hatinya hanya ada Wafdan. We share the same love experience. Fall deeply in love with someone from the 1st time we ever learn to have that feeling until now. 

Bagi aku, Q yang pertama dan terakhir. The fact that she love Wafdan one-sidedly hurt me more than knowing that she never had any feeling towards me. Sebab aku faham bagaimana rasanya. Tapi, Q yang setia mencintai seorang lelaki tu yang aku suka, walaupun lelaki tu bukan aku. Aku cuba sampaikan perasaanku beberapa kali, tapi sentiasa ditolak dengan baik. Mau saja aku kasi 1 penumbuk kat Wafdan. Siapakah Wafdan sampaikan aku yang macho sado lagi bergaya ni pun dia tolak? Just kidding.

Siang tadi, aku terserempak dengan Q. Ok..itu tipu. Aku tau sekarang dia pelatih kaunseling di sini. Jadi aku saja nak tengok dia..dari jauh. Kalau dekat sangat nanti berdebar pula jantungku. Kalau bunyi best macam Pete Ray's drum sound takpe la jugak.

Q sedang bercakap dengan seorang pelajar perempuan. Tiba-tiba dia menoleh dan ternampak aku. Bila mata bertentangan... 

Kemudian dia menaip something di HP nya. Notifikasi HP ku berbunyi seketika kemudian. Whatsapp dari dia.

'Shu, what's up? Nak jumpe sy ke? Kejap ye. Dah nak selesai ni.'

Haih..boleh pula dia men HP time tengah session. Alamak. Tadi plan nak tengok dari jauh je. Aku rasa nak lari..tapi rasa nak stay jugak. Aku fikir punya lama nak lari ke stay sampai dia selesai sesi dan keluar dari biliknya dan berjalan menuju aku. Ek..bila dia dtg jmpa aku, tak pula aku berdebar. 

Kami borak macam biasa. Ya, kami kawan. Aku takla kecewa dengan hakikat yang kami hanya kawan. It can't be helped. Q pernah cakap, 'being in love with Wafdan somehow became a habit. Unconciously.' Mungkin macam tu juga la aku rasa kat dia. Mencintainya dah jadi habit. 

Q,Of all the things u can steal from me, why must it be my heart?


"Ehem. Buat apa tu?" Sapa Lutfi yang berdiri di muka pintu.
Qaisara mengangkat diari Lutfi. "Reading." Jawabnya.
"What? Oh my wife, sayang... Punya banyak lagi buku di rak tu, kenapa la diari ni jugak awak nak baca?" Lalu menutup diari di tangan Q.
"Buku-buku tu saya dah habis baca." Ujar Q.
"Oh ya? Takpe. Nanti saya beli satu rak lagi dengan buku-buku baru. Jom gerak." Ajak Lutfi. "Isfa minta awak datang awal kan?" Sambungnya lagi. 

Qaisara hanya diam lalu bangun dari kerusi dan  mengejar Lutfi yang tergesa-gesa keluar dari bilik dengan muka merah.

"Abang, I have developed a new habit." Ujar Q sambil bergerak beriringan menuju ke kereta.
"Ya? Apa dia?" Tanya Lutfi sambil menekan butang unlock keretanya. 
"Feeling happy for being loved by u."

09 October 2016

Misc~ Final

Assalamualaikum.

Hi Everyone!

She knows what's waiting tomorrow, but somehow she resists to think about it. 


Smile, so happiness will come
Smile, so love will come into my arms
Take action, don't hold back
Even if it's just a small step every day
Even if it's a slow pace
IT'S OK!


I am currently living in the same house as my junior. The form 1 junior when I was in form 5. Guess what? She's currently doing her master degree, about the same time as me. Really happy to see them grown up successfully (did I just sounded like an elderly person?). I didn't really involved myself with the junior back then. U know there is this tradition in boarding school...when a junior did something wrong, all of them will be gathered by the senior before light off to be lectured...giving advises, teaching them to respect seniors and showing juniors the senior's authority? Something like that. I never involved myself in those things. The words they used usually harsh. Having a somewhat popular brother in the same school made me (as a junior) became a target..somehow... And protected, on the other hand.

*****************

My master research has not been progressive lately due to the workload. I have all kind of ideas and material gathered in my phone (I keep my mind thinking about my research while driving, eating, and resting), but haven't got time yet to write them properly.


Happiness built on always holding back can't exist.
So, occasionally it's ok to be selfish. Be truthful to yourself.

So I said, but it's really hard to be selfish, huh.


Maybe it’ll always be hard to live each day
As we shiver from the loss of warmth
Even so, I rush towards happiness (or maybe rushing is bad?) regardless of the perils
Supported by holding tightly onto courage during the hardships of life
Changing the expression in my eyes
May this journey can be completed smoothly
with the best version of myself...insyaAllah.

****************************************

"Aku terima nikahnya, Qaisara Nadia Binti Nasruddin dengan mas kahwin 80 ringgit tunai."

Lafaz akad yang baru selesai bersambut doa oleh para tetamu yang hadir. Tanpa sedar, air matanya mengalir, gembira dan bersyukur atas nikmat kebahagiaan yang Allah berikan. Hari itu genap 9 tahun sejak kali terakhir dia bersua dengan Lutfi, dan kini, dia selamat bergelar isteri kepada Lutfi. Segala persiapan perkahwinan diuruskan oleh keluarga masing-masing. Kedua-duanya sibuk dengan kerja dan outstation. 

6 bulan yang lepas.

"Kenapa 22 April?" Tanya Qaisara.
"Sebab 22 April adalah tarikh terakhir kita berjumpa dulu. Dan kebetulan hari Jumaat." Jawab Lutfi di hujung talian.
"Waaa...ingat.." Ujar Q.
"Sebab saya tulis tarikh kan di bawah setiap lukisan tu. Hari tu saya ada lukis lagi 1, tapi saya koyakkan dan simpan. Tahun lepas Atie jumpa dalam buku saya." Panjang lebar Lutfi menjelaskan.
"Ooo..."

Selesai majlis, keduanya duduk bersebelahan. Diam. Kekok. 

Jam menunjukkan pukul 4:30 petang.

"Jom solat." Lutfi bersuara memecah sepi di antara mereka.

Mereka kemudiannya bersiap untuk solat berjemaah bersama buat pertama kalinya. Usai solat, Q mencium tangan Lutfi. 

"Terima kasih." Rendah suaranya.
"Terima kasih, sayang." Jawab Lutfi.

Q tunduk. Muka terasa panas. 

'I already have someone I like.' Antara setia VS malas nak tambah perkara baru utk difikirkan.

Bothersome? Bagi Q, itu perkataan paling sesuai.
'You're a good muslimah. Wait for me until i'm prepared.'
Apa kaitannya? Tanpa sedar, dia sedang berfikir tentangnya. Tanpa sedar, hatinya sedikit digamit rasa. 'Menantikah aku? Aku just don't care, don't bother, kot..'

'Aku ni dah kenapa?'.

Tinggal memori.


*********************************************

I'll paint the way I like, a world with no outline. And I'll always be knocking on tomorrow, as long as I'm alive.

😉

When my heart is giving in
When my heart is aching in pain
Just put on smile
And let that hope find me, with open arms
There may be stumbles
But those aren't failures
Just brush off the dirt, don't cry
Just stand up again
And sprint forward
All of this will only makes me grow even stronger


p/s 
Sorry about the mixed theme/entry...I'm not sure when will I have time to write here again.

09 April 2016

2016 ~ Misc...

Assalamualaikum readers.

It has been 1 quarter..hahaha. I'm currently taking another step to my dream. From the scratch. I started a bit late, but it's ok. I'm just going to do my best, as always. I'm learning and everyday has been fun.

Life is getting better and happier. It has become easier to smile and no more unnecessary worries and burden. But yea, I know, this is just the beginning. I'm not sure what's waiting ahead.

It does really took a while to fully get away from PI1M's matters. Until now, i'm still getting phone calls and messages from the users and agencies. Ignored some, but some of it needed to be entertained. Of course it's no more my obligation, but it's my responsibility. Now that the new staffs has all been hired, i'm sure things will get better.

It'll become more challenging from now on. I'll just do my best, wherever I am and in whatever I'm doing. Coz that's all I can do. Doing my best. I don't have any talent after all.

**************************************

Tidak seperti kebiasaannya, malam ini Qaisara masuk ke bilik seawal 8:30 malam lalu berbaring di atas katilnya sambil merenung ke siling. Berfikir tentang perbualannya dengan Balqis siang tadi.



"Lutfi tu ikhlas. Dia terus jumpa parent ko, bukan main2 tu Q." tutur Balqis sambil memandang ke tasik.

"Tau. Hmmm.." Qaisara mengeluh. Keliru. Tapi dia perlu memberi jawapan esok.

"Wafdan?" Tanya Balqis, mengerti akan kekeliruan yang bermain di minda Qaisara. "Dah istikharah?" Sambungnya lagi.

"Tak dapat. Cuti." Jawabnya ringkas.

Mengeluh. Mata dipejam. Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi.
2 messages from 1 Whatsapp.
Shu.

Aplikasi whatsapp dibuka.

Assalamualaikum Nadia.

Boleh saya call?

Berfikir sejenak.

Boleh.
Balasnya.

Qaisara bangun sambil duduk bersila di atas katil menunggu panggilan dari Lutfi.

Allah knows by Zain Bikha berlagu di telefon bimbitnya. Qaisara menjawab panggilan tersebut. Hatinya sedikit berdebar.

"Hello, assalamualaikum."
"Waalaikumsalam w.b.t. Apa khabar. Tengah buat apa tu?" Tanya Lutfi di hujung talian.
And you're now asking.  Bisik hati Qaisara.
"Berfikir." Jawab Qaisara ringkas.
"Erk. Sori tau Nadia."
"Tak perlu minta maaf Shu. Awak x buat salah. Tapi..." Ayatnya terhenti.
"Awak perlu lebih masa untuk berfikir?" Sampuk Lutfi, tahu apa yang Qaisara ingin perkatakan.
"Emm. Maaf yea. Saya betul2 keliru."
"Xpa. U can take all the time u need."
Diam.

Perbualan bersahut sepi.

"Nadia." Lutfi memanggil lembut.
"Aaa..ya.." jawab Qaisara.
"Awak boleh jujur. Tak perlu fikir tentang nak jaga hati saya. Yang penting awak jujur dengan diri awak. Think about yourself. Saya sedia terima apapun jawapan dari awak." Ujar Shu.
"InsyaAllah, Shu. Thanks."
"Sama-sama. Thanks sudi bercakap dengan saya."
"Sama2."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."

Qaisara kembali berbaring.


"Tapi kan Q, 1st time tengok ko camni." Balqis beralih kedudukan, berpusing dan bersandar di jambatan. Qaisara masih merenung ke tasik.

"Selalunya, rilek2 je ko reject." Sambung Balqis sambil tersenyum.

"Sebab cara dia Qis. I've no good reason to reject him." Jelas Qaisara.

"So, u have your answer then." Ujar Balqis sambil menepuk bahu Qaisara.

The answer, huh. Keluh Qaisara.
Mata beralih memandang ke kalendar yang bergantung di dinding. Tanda bintang pada tarikh esok ditenungnya seketika. Malam esok akan berlangsung reunion di dewan sekolah.

'Reunion esok boleh la ko confirmkan perasaan ko kat Wafdan.'

Mata dipejam. Cuba untuk dilelapkan.



30 December 2015

Misc ~ Last entry for 2015

Assalamualaikum, readers.

Apa khabar? Harap semuanya sihat sejahtera dalam lindungan Allah S.W.T.

Lama dah aku tak menconteng di sini.  2015 will ends tomorrow. And I have been doing quite a lot of thinking lately. 2015 is my first year as a working adult. (wow, finally i'm calling myself an adult). It's hard. Everyday feels like a new challenge.
 
“When we least expect it, life sets us a challenge to test our courage and willingness to change; at such a moment, there is no point in pretending that nothing has happened or in saying that we are not yet ready. The challenge will not wait. Life does not look back. A week is more than enough time for us to decide whether or not to accept our destiny.”  
― Paulo Coelho, The Devil and Miss Prym    

What will my new year be like?

Azam tahun baru? I don't have much thought about that. I just want to do well in everything and learn new things. I want to be stronger and to smile from my heart.
 
“Happiness is not the absence of problems; it's the ability to deal with them.”  
― Steve Maraboli, Life, the Truth, and Being Free
    
 
My first year as an adult (ehh? ^_*) has totally been like an exploration. I have learned many things. Social interaction, time management, community, being independent, asking for help, rely on other people, and love. Ehem.
 
Social interaction: I learned how to interact/communicate with different generation, from kids, teenager, adolescence, and also the senior citizen. I need to use different approach with every generation. I need to have an understanding of their mentality, concerns, and interest. Besides that, I also need to learn how to communicate with people with different personality. I dislike dealing with people, but now, it's my everyday routine. It has been more than a year, but I'm still not used to crowds. I have been fighting against my own weakness throughout the year. And so, I wonder, did I do well in my job? Will I be fine, to keep going on?
 
Time management: It's not much of a new thing to me since I'm kinda used of juggling. Back when I was in UNIMAS, I was juggling with my study, part-time job, and teaching (volunteering). But one thing about my current working environment is, we are doing different type of jobs at one time. (No wonder, it's an exploration).
 
Community: Since I've been away from Kampung Telaga Air since 2003 (duk asrama, jarang balik, balik pun duk diam di rumah), I just realized how much the community change. I'm shocked, and sad. :-(
 
Being independent: I've been going to a few agencies, and schools, alone. It took me a while to calm down from the nervousness before entering their office, each time...but yea, I have no choice but to do it. Don't run away from any obstacle, even your own weakness, or else we're not going to grow up. (Yea, I'm an adult now. Kikiki..)
 
Asking for help, rely on other people: These are part of those few things I hardly done before. Maybe, I'm starting to learn to trust others...kot...
 
Love: ... (Love is abstract. Hard to explain. ^_*)
 
 
************************************
 

Kadang-kadang, jawapan yang kita cari tu adalah sesuatu yang kita dah tau, cuma kita keliru dan memerlukan momentum untuk meyakinkan diri. Allah uji sbb nak pastikan kita masih atas jalan yg betul or kalau kita dah tersilap arah, supaya kita patah balik ikut jalan yang betul.
Prioriti hidup. Membuat pilihan berdasarkan suara iman atau bisikan nafsu. Based on apa yg kita perlu, or apa yg kita nak. Nak tau prioriti patut letak mana, kita perlu tau peranan dan tanggungjawab kita sebagai manusia, sebagai muslim dan tujuan hidup kita. Jadi, kembali kepada fitrah. Revise KAFA, dengan hati.
 
Syurga itu untuk orang yang sentiasa bersyukur dan ikhlas. Ikhlas tu susah untuk dicapai jika terlalu memikirkan keikhlasan dalam setiap tindakan. Just do it.
 
The most important thing is only all that matters.
 
Act our knowledge. Baru la perjalanan hidup tak sia-sia. Biar setiap detik berlalu dengan penuh makna. At least kalau tak mampu jadi orang yang bermanfaat kepada orang lain, jadi la bermanfaat untuk diri sndiri. Fiddunya wal akhirah.
Biar hari ini lebih baik daripada semalam. Dan moga hari esok lebih baik daripada hari ni. InsyaAllah jadi orang yang beruntung.
Setiap langkah dlm perjalanan hidup kita ni diiringi pengajaran. Kita belajar darinya, refleksi. Kehidupan ni satu pengembaraan mencari ilmu dan memanfaatkannya. 'Sebaik-sebaik manusia dia antara kalian adalah yang paling banyak manfaatnya kepada org lain.' Maka insyaAllah hari2 kita boleh jadi lebih baik daripada hari sebelumnya. Kita pasti akan dpt pengajarannya, jika kita berfikir.

Bersama kesulitan ada kemudahan. (Al-Insyirah: 5-6)
 
Percayalah. Believe in Allah. Satu pengharapan yang tidak pernah putus tu hanya dapat diraih jika disandarkan kepada YANG TIDAK MATI. Don't lose hope. Allah is always there.
Org yg mencari kehidupan yang bermakna akan menjadikan hari-harinya sebagai sebuah permulaan untuk sesuatu yang baik. Kerana kehidupan ini satu pelajaran.
Berbuat baik dgn org lain itu mulia, tapi jgn lupa berbuat baik pada diri sendiri. Permulaan yang baik itu satu perubahan. Biarpun kecil, biarpun sedikit, asalkan kita melangkah menjadi lebih baik, lebih positif. Minta maaf atas kesilapan lalu pun satu permulaan yg baik.
 
Maaf atas sgla kesilapan. Terima kasih atas segalanya.
 
*************************************


Badan direbahkan ke atas katil. Pagi tadi, sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang, dia mendapat panggilan daripada pegawai dari sebuah institut pengajian tinggi yang ingin berjumpa dengannya, lalu terus menuju ke pejabat. Selesai perbincangan selama lebih 2 jam itu, dia terus pulang ke rumah untuk berehat. Usai solat fardhu zohor, dia melelapkan mata.

"Sara, kelmarin, ada orang datang."
"Orang mana, ma?"
"Lutfi."
"Lutfi? Shu? Datang buat apa."
"Bertanya tentang Sara." Serius nada puan Busyra. Qaisara terdiam. "Jadi, Sara kena fikirkan. Orang datang bertanya dengan cara yang baik, Sara kena fikir betul-betul dan jawab dengan cara yang baik apapun keputusan Sara." Sambung Puan Busyra.
"Emm. Baiklah ma. Sara akan fikirkan."

Perbualan dengan ibunya petang tadi bermain di fikiran. Kali terakhir bertemu dan berhubung dengan Lutfi, 7 tahun yang lalu. Laci meja dibuka. Sebuah naskah kecil dikeluarkan lalu kembali dibelek. Buku nota kecil yang penuh dengan lukisan kartun itu sudah lama dibiarkan di dalam laci mejanya. Di helaian terakhir, tertulis,

Qaisara Nadia Binti Nasruddin,

Sejak tahun pertama di sekolah baru, hari-hari yang saya lalui terasa lebih menarik, kerana adanya kamu.

I think I like you.

Muhammad Lutfi Lim Bin Lim Abdullah.

Keliru. Hanya itu yang bermain di minda, lalu mencapai diari di atas meja di sebelah katilnya.

Keep being like this, and it'll become a habit. Since when did our path become so parallel that it seems like it'll never crossed each other. Who'll take the iniative? It has only been 8 years, but the awkwardness feels like we've never known each other. I do not change that much...at least, my feeling is.
 
Baring. Lelap tika hati masih belum bertemu jawapan.

03 November 2015

Misc..ke berapa ntah..

Assalamualaikum..

Tangan gatal nak menaip, tapi xtau nak tulis apa.

Let's see........

Emmm..it comes to me just now that when someone has always like writing as his/her hobby, then, he/she has to write as part of their job, sometimes, it makes working feels harder. I actually needs to write a web content now, but I really don't know how to start. Huhu... It has been months, actually.

I have always like writing. Not a good writer, though. It's my way of expressing my thoughts, since I'm bad at talking. My junior keep on asking when will I continue 'Misc'... I actually have been asking myself the same question. I have 2 major writing that needed to be completed by the end of this year, yet I find it difficult to start and continue those writing. Why??? Yea, it's frustrating.

Before that, CONGRATULATION to my BIG little sis who has officially graduated today from Universiti Kebangsaan Malaysia. Yeay..! Kakak tepuk tangan di PI1M jak la ow..huhu... All the best in your next journey. Mudahanla niat nak sambung study sama-sama kesampaian.

Amiin Ya Rabb.

***************************************

10 tahun... Jangkamasa yang dulunya dianggap begitu lama kini dirasakan singkat. Terasa seperti baru semalam menduduki kertas terakhir peperiksaan SPM. Sedekad yang berlalu tanpa pernah bertemu, semua yang hadir membawa identiti baru sebagai insan bekerjaya, ramai juga yang sudah berkeluarga. Qaisara bergerak menuju sekumpulan wanita yang sedang berborak di pintu belakang dewan. Langkahnya terhenti seketika apabila perasan kelibat seorang jejaka yang amat dikenalinya menghampirinya. Wafdan. Sepatah kata nama yang hanya terungkap dalam bisu bisikan hati.

"Yo, Q." Sapa Amal.
"Yo." Senyum. "Assalamualaikum". Sambungnya.
"Waalaikumsalam." Jawab mereka serentak.
"Q." Sepatah Wafdan bersuara.
"Aaa..emm. Hai." Kekok.
Respon Qaisara disambut tawa kawan-kawannya. Amal, Farha, Zila, Yana, Aisha, Ein, dan Balqis.

"What's with the awkwardness?" Bisik Farha kepada Q.
"It has been 10 years kot."

Mereka terus berborak, bercerita tentang pengalaman, dan perjalanan hidup meniti kedewasaan. Mereka bukan lagi remaja yang  tak jemu menutur angan, berfantasi tentang alam dewasa. Kini mereka berada di realiti dunia mimpi yang dulunya hanya imaginasi. Ada yang sudah berjaya menggapai impian, ada yang telah berubah haluan, namun semuanya sudah cukup matang menerima siapa diri mereka, dan berbahagia dengan pilihan masing-masing. Kematangan sememangnya bukti kedewasaan.
"Q, kejap." Wafdan mengajak Qaisara keluar dari dewan.
"Kenapa? Di sini je la." Jawab Q, tidak selesa dengan ajakan Wafdan.
"Are u sure?" Wafdan mengangkat kening.
"Yup, sini je. My business, is theirs too." Jawab Qaisara.
"Ya, betul tu. Teruskan." Sahut Aisha.

"OK then." Wafdan diam seketika. Q dan kawan-kawannya berdiri di hadapannya sambil menunggu dia bersuara.
"Q, aku suka ko." Ringkas.
"Wow" Sahut Balqis.
"That's kinda unexpected." Amal menyambung.
"Dah sudahhh." Jawab Ein.
"Aku dah agak dah." Farha tersengih sambil memandang Qaisara yang masih tunduk.
"Jadi, Q?" Yana memancing respon Qaisara.
"Q..." panggil Wafdan.
"Aku suka ko...tapi aku tak pasti." Qaisara menjawab, lantas kembali tunduk. Kata2 Shu bermain di minda. Keliru.

*********************************************
Haih...ni agaknya musim otakku generate fiksyen kot... Alahai...bila la nak siap keja gini.
Mak cerita... Hari tu sorang colleague ni datang rumah, dia tanya "Lala ada?". Blur mak kejap. Haha...
Adila, Dila, Dil, Ila, Nur, Iman, Aida, Lala.
The first 5 is common.
Iman. Ada sebuah novel ni. Heroinnya nama Iman, bawak skuter pink. They said, aku resemble that girl. Coz zaman study d UNIMAS dulu aku bawak skuter pink. N they said perwatakan aku pun macam sama. Ntah betul ke tidak. -_-
Aida. Ni masa amik course French Language 1 di UNIMAS. Miss tu asyik panggil aku Aida. Katanya, aku resemble kawan dia yg bernama Aida. N namaku hampir sama. Jadi sepanjang sem tu memang dia panggil aku Aida. 1st half of the semester, I kept on correcting her. After that, "Aida!".."Oui, mademoiselle!" dengan semangat aku menyahut seruan. Gave up. Jadi, semua yang amik course tu panggil aku camtu.
Lala. The 1st person to call me by that name is Deena. Classmate zaman sekolah. Masa f4, aku ikut conduct senamrobik. Sekolah masa tu buat senamrobik setiap ahad yang x balik bermalam. 1st day aku join geng instructor, then, macam biasa kami sarapan pagi di dewan makan. Kebetulan, TV di dewan makan main cerita Teletubbies. Tinky Winky, Dipsy, Laa-laa, Po. Tu la sejarahnya. Tapi, sekarang ni colleagues Sarawak pula panggil aku dengan nama itu. 'Pulang ke Lala gik...' bak kata mak.


Nak Revise 'Ini Sejarah Kita: Analisa Sejarah Sebuah Ummah.'.. Jom la baca sekali. Download kat sini.

Ini Sejarah Kita - Analisa Sejarah Sebuah Ummah.pdf

Sekian.

Maaf tau kalau merapu lebih. Abaikan jak. Heee. ^^

Malam ni kena tido awal. Esok kena bangun awal takut sesat bazir masa di jalan.

'Kerana integriti, banyak bangsa menjadi dewasa.' (Yusuf Al-Qhardawi) -Prolog sendiri..haahaha.

01 June 2015

Misc 11

"Qaisara!"

Q menoleh ke arah suara yang memanggil. Aidil berlari ke arahnya. Helmet diletakkan semula di atas tempat duduk skuter sambil menunggu Aidil.

"Ada apa?" Soal Qaisara.

"Saya nak cakap sikit boleh tak?" Tanya Aidil sambil tercungap-cungap.

"Boleh, teruskan." Ujar Qaisara.

"Saya cuma nak cakap sikit, di universiti ni kita kena bersikap lebih terbuka. Kita tak boleh nak pilih ahli kumpulan tugasan semua perempuan je. Saya tau awak tak selesa satu kumpulan dengan lelaki."

'Yeke? Selama ni aku komited je dengan discussion segala' bisik hati Qaisara.

"Memang ye kite kene jaga batas, ikhtilat. Tapi saya tengok awak terlalu rigid. Saya bukan nak condemn awak. Saya cuma berpendapat."

"Xpe. Teruskan." Ujar Qaisara sambil terus memberi perhatian.

"Emm. Tu je."

"Kalau macam tu saya nak terbuka juga boleh? Ada benda saya tak puas hati ni." Ujar Qaisara.

"Erk. Ape dia?"

"Kenapa awak insisted yang saya kena juga datang sedangkan awak tau saya tinggal jauh, lebih sejam perjalanan. Sedangkan awak tak kisah yang 2 lagi member tu tak datang discussion sebab p shopping. Awak group leader kan? Jujur nya, saya terasa. Lepas tu bila datang discussion tak gain apa2. Last2 cakap, ti emel part masing-masing. Awak tak adil. Jauh kot perjalanan saya."

"Maaf." Aidil berubah riak.

"Dah. Itu je saya nak cakap. Sekian, terima kasih." Ujar Qaisara sambil tersenyum. Helmet dicapai lalu dimasukkan ke kepala. "Saya balik dulu." Ujar Qaisara sambil menghidupkan skuter nya.

Aidil dilihatnya tunduk seketika. "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Jawab Aidil.

Ketika Qaisara mengundurkan skuternya keluar dari tempat parking, Aidil memanggilnya sekali lagi. "Qaisara!"

Qaisara berhenti. Aidil mendekatinya. "Saya ada benda nak cakap."

Enjin skuter dimatikan. "Ada lagi. Silakan." Jawab Qaisara memberi laluan kepada Aidil untuk bercakap.

Aidil menarik nafas dalam lalu menyambung kata-katanya. "Saya tak tau sama da saya akan ada peluang untuk bercakap dengan awak lagi lepas ni. Saya dah lama tengok awak. Ingat lagi tak, sem lepas ada orang nak berkenalan dengan awak melalui Izzati? Masa tu saya nak jumpa awak lepas kelas, tapi awak balik terus." Seperti tengah membaca, Aidil bercakap sambil tunduk.

Qaisara cuba mengingat kembali. "Aaa. Ingat. Bro, speak comfortably." 

Aidil mengangkat muka, memandang ke arah Qaisara. "Emm...Saya excited sangat bila saya ajak awak untuk masuk kumpulan saya, awak cakap ok. Saya nak bagitau je. Saya tau awak bukan jenis yang into couple2 ni. Tapi mana tau ada peluang untuk saya, saya akan tunggu awak bersedia. N pasal group discussion ni. Saya betul-betul minta maaf. Mungkin saya buat begitu sebab saya nak sangat jumpa awak. Time group discussion je dapat jumpa."

"Emm..maaf, saya memang tak berapa suka bab couple2 ni. And I already have someone I like."

"Boyfriend?"

"Nope. No such thing."

"Erm. Saya suka awak. Just saying. Terima kasih sudi dengar."

"Sama-sama. Assalamualaikum." Enjin skuter dihidupkan semula lalu berlalu dari situ.

'I already have someone I like. Jawapan standard, huh..' Bisik hati Qaisara.


**************************

Lama tak update blog. Sekali tengok di sidebar, kak Nab dah update banyak pasal pengembaraannya di Jepun...phewwitt, nak jugak..hehe. Sekarang ni tengah cuti, Public Holiday Gawai. 

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang baru mendirikan rumahtangga. Barakallah.


Watiqah serta pasangan..

Nor Ras Amierra serta Abg Amir Hazwan

Sharfinas serta pasangan

Next....siapapun next, kamek doakan.


Maaf sebab x dapat hadir ke majlis takorang. Kmk mpun pun sedih...sori gilak2.





Nak share lagu 1. Lagu ni mengingatkan aku kepada...

'A MAN THAT DECIDES TO CHANGE ON THE 12TH HOUR DIES ON THE 11TH.'

08 January 2015

Misc...adolescent..

Bola dilantun sambil berlari berulang-alik menjaringkan bola di kedua-dua tiang gol sambil mendengar lagu-lagu dari ipodnya. Minggu ini dirasakan lebih tertekan dari minggu-minggu atau semester-semester sebelumnya. Sudah setengah jam, masih belum berhenti. Kelihatan Isfa melambai-lambai dari tingkap biliknya. Sudah 2 minggu Isfa tinggal bersamanya dek kesibukan menyiapkan eksperimen di makmal fakultinya yang terletak bersebelahan dengan kolej kediaman itu. Headphone dilurutkan dari kepala.

"Woi, punya la lama aku panggil."

"Sori Fa." Sambil menunjukkan headphone di leher.

"Apa hal over semacam? Nak join pasukan kebangsaan ke? Slam dunk je ko tak buat. Sebab pendek tak sampai kot.." Tanya Isfa sambil berseloroh. Ketawa.

"Saja. Come, join me. Lawan." Ajak Qaisara.

"Girls, saya join boleh?" Keduanya menoleh ke arah suara yang memanggil lalu saling berpandangan.

"Jomla. Ajak kawan lagi sorang. Kita fight." Ujar Qaisara sambil tersenyum.

Isfa datang menghampiri gelanggang sambil membetulkan tudungnya.

"Siapa tadi tu?" Soalnya kepada Qaisara.

"Entah. Tu diorang datang, kita berkenalan la." Jawab Qaisara sambil memuncungkan mulut ke arah 2 orang pelajar yang datang menghampiri mereka.

"Qaisara. Q."

"Isfa."

"Nadia. Nad"

"Atikah. Ati."

Mereka bersalaman sambil memperkenalkan diri masing-masing.

"Dia pun Nadia." Isfa menunjuk ke arah Qaisara.

"Yeke?" Tanya Nadia kepada Qaisara.

"Qaisara Nadia Nasruddin." Jawab Qaisara, ringkas. "Korang warming up la dulu. Saya dah cukup warm ni." Qaisara bergerak ke tengah gelanggang sambil menjaringkan bola sementara menunggu mereka bertiga memanaskan badan di tepi gelanggang.

Kemudian, mereka berempat bermain dengan rancak sekali. Isfa dan Qaisara membentuk kumpulan melawan 2 orang pelajar yang baru dikenali sebentar tadi. 

"Cukup, cukup.." Nadia temengah-mengah sambil menunjukkan isyarat berhenti. Mereka berempat kemudiannya duduk di tengah gelanggang. 

"Pandai korang main." Ujar Atikah kepada Qaisara dan Isfa.

"Saya tak pandai sangat, Q pandai." Jawab Isfa.

"Kenapa tak join pasukan kolej?" Sambung Nadia.

"Korang pemain kolej ye? Patutla hebat main." Qaisara bertanya kembali.

"Ye. Tapi awak lagi hebat. Kalah kami." Jawab Nadia.

"Takla, tu ikut mood. Stress ni, sebab tu main camtu." 

"Hujung minggu ni ada perlawanan antara kolej. Jom la join. Bagus untuk hilangkan stress." Ajak Nadia.

"Sori2. Saya tak minat nak join tournament." Cepat Qaisara menolak. Pandangan keduanya beralih kepada Isfa. Isfa turut menggelengkan kepala. "Malas." Tolak isfa sambil tersengih.

Qaisara memandang jam di skrin telefonnya. "Dah dekat pukul 6 dah ni. Jom balik. Lain kali kita main lagi." 

Mereka kemudiannya bertukar nombor telefon sebelum bersurai.


*************************************************

Azan maghrib berkumandang dari surau kolej A. Qaisara dan Isfa berjalan laju menuju ke surau untuk solat berjemaah.

Usai solat maghrib, dia dan Isfa terus mengambil al-Quran dari rak.

"Kak Nadia, lama tak nampak. P mana lama tak datang surau?" Tanya seorang junior.

"Beruzlah." Jawabnya sepatah sambil tersenyum lalu menuju ke arah Isfa yang sedang menunggu di sudut belakang  dengan Al-Quran di tangan.

Qaisara mendengar Isfa membaca al-Quran sambil membetulkan bacaannya. Selesai 1 muka surat dibaca, giliran Qaisara pula membaca. Tiba-tiba, tiga orang junior menghampiri mereka. 

"Kak, kiteorang join, boleh?"

Qaisara sekadar mengangguk sambil mempersilakan mereka duduk bersama.

Selesai bertadarus, Qaisara memulakan pengisiannya.

"Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda,


لناس معادن، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ. إِذَا فَقُهُوا

Maksudnya, 

Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham.

Sebelum aku jelaskan lebih dalam lagi tentang hadith ni, kau pernah tengok film Ketika Cinta Bertasbih, kan?"

Isfa mengangguk. Ketiga-tiga pelajar tadi turut mengangguk.

"Erk. Sori. Lupa. Tak biasa. Kalian tak kisah kan kalau saya bercakap camni?" Qaisara menoleh ke arah mereka bertiga"

"Tak kisah kak. Teruskan ikut keselesaan kakak." Jawab salah seorang dari mereka.

Qaisara menarik nafas dalam. Laptop di sebelahnya dibuka. Film 'Ketika Cinta Bertasbih' dimainkan lalu di fast forward kan ke adegan perbualan Furqan dengan Azzam.

Jujur aja zam. Aku tertarik sama dia bukan semata karena kecantikannya. Tapi potensi yang ada dalam dirinya. Jika kita arahkan ke jalur yang benar, aku yakin bisa sangat bermanfaat bagi umat."

"Potensi apa misalnya?"

"Tau sendiri dong, tulisan dia dalam bahasa Inggris dan Prancis. Jagoh banget Dia juga punya pesona keartisan. Kalau kita manfaatkan untuk dakwah, dampaknya akan dahsyat Zam."


"Perumpamaan manusia ibarat logam ni bukan dilihat berdasarkan sifat fizikal yang ada pada logam, tetapi nilai logam. Logam ni kan diguna dengan meluas dalam kehidupan kita ni, sejak dulu lagi. Sehingga sekarang ni pun, logam ni tetap bernilai, kan?"

Keempat-empat sekadar mengangguk.

Sambil membuat pengisian, Qaisara mengimbau kembali saat bersama Kak Aafiyah. Malah setiap bait kata dalam pengisiannya seperti mengulang kembali ayat-ayat pengisian dari Kak Aafiyah suatu ketika dahulu yang masih jelas di ingatannya.

"Maksud nilai bagi manusia pula adalah potensi, kebolehan yang ada dalam diri. Setiap manusia ni kan ada potensi dan kebolehan masing-masing. Macam Isfa terer menulis puisi, em..dan adik-adik pasti punya kebolehan masing-masing, kan? Bezanya ke mana kita guna potensi tu?

Contohnya, Saidina Umar Al-Khattab yang semasa jahilnya terkenal dengan ketegasan, sifat garang, kesungguhan yang kuat untuk menentang atau menghalang dakwah islam di Makkah. Semasa beliau islam, sifat yang ada pada dirinya tidak berubah, cuma diarahkan ke jalan dakwah islamiah sehingga memberi impak yang besar dalam memperluaskan dakwah islam. Islam di Makkah malah menjadi teguh kerana digeruninya Saidina Umar Al-Khattab ni.

Sebab itulah nabi kata, manusia ni seperti logam. Sehebat mana kita semasa jahil, sehebat itu jugalah kita semasa islam, atau semasa sedar dan mulai mengenali islam dengan mata hati. Sebab potensi yang ada dalam diri kita tidak berubah, yang berubah cuma ke mana kita manfaatkan potensi atau kebolehan itu. Dan pastinya kita guna ia untuk perkara yang kita yakini kan. Macam Saidina Umar la. Pada awalnya dia menentang islam, tapi bila dia sudah beriman kepada Allah, meyakini islam, potensi yang ada dalam dirinya lalu digunakan untuk menegakkan islam. 

Faham ke maksud saya?" Tanya Qaisara setelah selesai berbicara.

"Faham, faham." Keempat-empat menjawab serentak sambil menganggukkan kepala.

"Kak.." Seorang dari junior bersuara memanggil Qaisara.

"Ye.." Jawab Qaisara.

"Kakak selalu buat pengisian camni ke? Kite nak join kakak boleh?" 

Qaisara memandang ke arah Isfa. Diam seketika.

"Dik, akak ni sebenarnya bukan la buat pengisian, cuma berkongsi, bercerita biasa-biasa je dengan kawan akak ni je. Sebaiknya kalau adik-adik nak dapatkan pengisian, adik-adik ikutlah mereka yang lebih berilmu. Ikut usrah ke, kelas-kelas agama ke. Lagi meyakinkan." Jelas Qaisara. "Maaf ye, dik. Bukan menolak, tapi tak yakin." Sambung Qaisara lagi.

Azan Isya' berkumandang. "So, Wallahu a'lam. Jom siap untuk Isya'." 

31 December 2014

Misc...sekolah lagi..

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Ahli Majlis Pemimpin Pelajar masih sibuk dengan persiapan akhir untuk program selangkah ke SBP bersama adik-adik dari Rumah Anak Yatim Munawwir yang akan berlangsung esok dan lusa. Qaisara masih fokus menggunting dan membentuk riben untuk cenderahati tanpa sepatah kata.

"Assalamualaikum." Khairil, pengerusi majlis pemimpin pelajar masuk.

"Waalaikumsalam." Jawab Q sepatah.

"Sorang je? Wafdan mana?" Soal Khairil.

"Napping." Sambil mengisyaratkan ke arah belakang meja.

Khairil mengambil kain-kain yang hendak digunakan untuk dibawa ke dewan. 


Seketika kemudian, Khairil berlalu pergi. Qaisara menoleh ke arah wafdan yang sedang lelap sambil berpeluk tubuh. Almari kain dibuka. Diambilnya sehelai kain besar dan kemudiannya dilipatnya dua lalu diletakkan di atas wafdan yang kelihatannya sedang kesejukan. Sebaik sahaja berpaling, Farha sedang memerhatinya sambil tersenyum nakal.

"Phewwiitttt." Sambil tersengih nakal.

"Apa dia?" Tidak faham maksud Farha.

"Bukan main lagi kasih kau dengan Wafdan ni."

"Cis. I'll do the same for anyone. Dia nampak kesejukan."

"Tapi ekspresi muka ko tadi penuh dengan kasih sayang. I can feel it."

"Yala tu." Malas untuk terus melayan gurauan Farha.

Qaisara meyambung semula kerjanya sebentar tadi. Farha ikut serta.

Sepi. Hanya desiran angin kipas di siling yang kedengaran.

"Q, apa ciri-ciri lelaki idaman kau?" Mata tidak beralih dari riben yang sedang dibentuk.

"Tetiba." Sepatah, tidak menjawab persoalan.

"Aku tanya betul-betul ni. Nak juga tau kau punya taste." Qaisara dipandangnya sekilas. Senyum.

"Jujur dan berterus-terang." Berhenti seketika. "Kot." Sambungnya lagi.

"Tu je?" Sambil meregangkan tubuh.

"I hate hearing things from the third party."

"Sebab?"

"Benda macam tu buat aku rasa tak selesa dan insecure."

"Emm...kau suka Wafdan kan?"

"Aik..ke situ pulak dah..mana dapat idea ni?" Qaisara menggelengkan kepala.

"Aku tengok korang berdua macam janggal je sesama korang. Ala...bukan selalu pun nak borak pasal benda-benda camni. Girls talk katakan..." Sambil melagakan bahunya dengan bahu Qaisara.

"Hmm.." Qaisara melepaskan keluhan lalu memandang ke arah Wafdan. Wafdan sepertinya masih lelap. "Dulu." Sepatah.

"Sekarang?" Tanya Farha lagi.

"Nothing. Just respect." Jawabnya. 'Yeke?' Bisik hatinya.

Tiba-tiba, jam di tangannya berbunyi. 

'Q, bangunkan aku lepas setengah jam boleh?' Teringat pesan Wafdan.

Qaisara bangun menuju ke arah Wafdan dengan sebatang pensil di tangan. Lengan Wafdan dicucuk-cucuk dengan bahagian belakang pensil. "Wafdan, bangun.." Setelah dua kali memanggil, Wafdan membuka matanya. "Thanks, Q." Ujar Wafdan dengan suara yang masih serak.

"Sama-sama." Qaisara menjawab sambil berlalu dari situ. 

"For this too.." Wafdan menyambung. Qaisara menoleh ke arah Wafdan semula. Wafdan menunjukkan kain yang berada di atas badannya. Qaisara hanya mengangguk. Muka terasa panas.

29 December 2014

Misc...school~

Suasana blok kelas mulai riuh menandakan para pelajar sudah mulai bergerak ke kelas masing-masing selepas solat berjemaah maghrib di surau. Tidak terkecuali kelas 4 D yang terkenal dengan kenakalan pelajar-pelajarnya.

"Q, jom main sekali." Zafirah mengajak Q yang sedang duduk di sudut belakang kelas.

"OK." Tanpa berbasa-basi, Q menurut.

Zafirah memusingkan pensil HB stabilonya. Amira, Fatin, Qaisara, Mazwin, Johari dan Nathan berdiri di keliling meja Zafirah sambil memerhati Stabilo HB itu. Mata pensil berhenti mengarah ke arah Qaisara.

"Ceh, baru main dah kena. Dare." Belum sempat yang lain bertanya 'Truth or Dare?' dia sudah terlebih dahulu menjawab.

Yang lain segera berbisik sesama sendiri. Mereka kembali memandang Qaisara sambil tersengih-sengih.

"Dare nya, awak pi cakap kat wafdan 'I love U'." Mazwin bersuara. "Mesti jelas dan jangan bagitau yang kita tengah main. Zafirah dan Johari jadi saksi." Sambungnya lagi.

"OK. Jom."  Ajak Johari. 

"Asal main ni, terus kena, asal kena, dare nya mesti macam tu, hari tu Asyraf jadi mangsa. Ni Wafdan. Ni nak jadikan aku ni playgirl ke apa?" Sambil bergerak ke kelas 4 A untuk mencari Wafdan, Qaisara merungut.

"Dare tu memang sesuai untuk awak." Jawab Zafirah. Johari tergelak.

"Assalamualaikum." Semua pelajar di kelas itu memandangnya serentak.  "Wafdan ada?" Tanyanya.

"Belum sampai." Serentak beberapa orang pelajar menjawab. "Owh. Terima kasih." Mereka bertiga kembali semula ke kelas.

"Wafdan tak ada." Johari memberitahu yang lain sebaik sahaja masuk ke kelas.

"Belum sampai." Sambung Zafirah.

"Tu Wafdan." Safina yang duduk di sebelah pintu bersuara.

Qaisara memandang yang lain. Mereka masing-masing memberikan isyarat supaya Qaisara melaksanakan 'Dare' nya sekarang. Kelihatan kelibat Wafdan berjalan bersama Hamdan, rakan sekelasnya.

"Dan." Qaisara memanggil. Keduanya menoleh, berhenti dan menunggu Qaisara berkata-kata. Seisi kelas 4 D mulai senyap.

"I love U." Q mengucapkan bersahaja.

Wafdan dan Hamdan memandang satu sama lain. "Ko ke aku?" Sama-sama menjungkit bahu, lalu terus berjalan menuju ke kelas tanpa mempedulikan. Keadaan itu disambut dengan tepukan tangan dari kawan-kawan Qaisara. Qaisara hanya diam. Dadanya terasa berdebar dengan kuat sekali. Dia terus duduk di tempatnya.

"Q, tak nak main lagi?" Johari bertanya.

"Tak nak la. Dah pukul 8, sekejap lagi warden meronda." Jawab Qaisara. Mereka pun ikut sama berhenti bermain. Semua kembali ke tempat masing-masing dan mulai mengeluarkan buku masing-masing.

************************************************

"Assalamualaikum. Q, dah makan ubat?" Farha datang dari kelas sebelah, 4C. Seperti kebiasaannya, Farha mengingatkan Qaisara untuk makan ubatnya.

"Lupa bawa air la hari ni." Jawab Qaisara. Dia paling liat apabila disuruh makan ubat.

"Dah agak dah. Nah." Farha yang sudah biasa dengan taktik Qaisara itu menghulurkan sebotol air.

"Malasnya…" Keluh Qaisara sambil membaringkan kepalanya ke meja lalu memejamkan mata.

Farha terus membuka beg Qaisara dan mengeluarkan ubat-ubatnya. "Makan..aku panggil Wafdan kang." Ugut Farha.

"Ko ni tak da taktik lain ka?" Qaisara mulai menelan satu per satu kapsul pil, lalu merebahkan kepalanya semula.

"Ni." Farha menggerak-gerakkan botol ubat cecair di hadapan mukanya.

"Yang tu tak nak. Tak perlu." Qaisara buat muka.

Farha membaca arahan pada botol ubat itu. "3 kali sehari kot." Ujar Farha. 

Qaisara masih membaringkan kepalanya. Farha keluar dari kelas. Qaisara mengeluh lalu menongkat dagunya sambil memandang ke luar tingkap. Seketika kemudian, Farha datang kembali bersama Wafdan. "Ni Wafdan, dia tak mahu makan ubat ni." Sambil memberi botol ubat itu kepada Wafdan.

"Cis. Ko ni Farha." Qaisara terus membetulkan duduknya sambil melepaskan keluhan. "Bagi sini ubat tu." Minta Qaisara pada Wafdan dengan nada tidak puas hati. 

Wafdan hanya diam. Dia membaca arahan di botol ubat itu. Kemudian, dengan perlahan dia menuangkan 10ml cecair itu ke dalam cawan sukatan kecil di atas penutup botol itu dan menghulurkan ubat itu kepada Qaisara.

Muka terasa panas. Bekas itu disambut tanpa memandang ke arah Wafdan. Namun, masih belum diminum. Rasa pelik menyukarkannya untuk menelan ubat itu. "Minumla." Arah wafdan, lembut.

"Kau balik la kelas. Karang Warden sampai." Rendah suaranya. Malu.

"Selagi kau tak minum ubat tu, selagi tu aku berdiri di sini." Jawab Wafdan.

Dengan teragak-agak, Qaisara meneguk ubat itu. Cepat-cepat dia minum air suam sampai habis untuk menghilangkan rasa ubat itu di lidahnya. Wafdan mengeluarkan sebiji gula-gula Kiss Me berperisa ceri dari poket seluarnya lalu diberikan kepada Qaisara.

"Terima Kasih." Sekadar tunduk tanpa memandang Wafdan dek malu yang terasa.

"Sama-sama. Farha, kalau dia tak nak makan ubat lagi, bagitau je aku." Sempat Wafdan meninggalkan pesan kepada Farha yang hanya diam sambil memerhati dari tadi.

"Semestinya." Jawab Farha sambil tersengih ke arah Qaisara.