Pages

07 August 2014

Habluminal 'Alam

Kita sering mendengar tentang habluminallah (hubungan dengan Allah melalui iman, taqwa, dan ibadah kepada-Nya), dan habluminannas (hubungan sesama manusia dengan bersangka baik dan berbuat baik sesama insan). Jadi, kali ni aku nak ulas sikit pasal habluminal 'alam (hubungan dengan alam) sekadar untuk peringatan buatku terutamanya dan juga buat kalian yang aku kasihi kerana Allah. 

Di suatu petang...

Mak: Kacak matahari ya.
Kakak: Matahari tengah sakit ya mak.
Mak: Yaka?
Kakak: Matahari ya warna dakya akibat penipisan lapisan ozon, mak.
Mak: Ntam jerebu juak kali owh.
Kakak: Yala.

****************************************************************************

Assalamualaikum w.b.t...

Sebenarnya, aku cakap je tu. Soalnya, matahari kebelakangan ni lain warnanya berbanding kebiasaan. Macam yang mak cakap, lebih cantik. Sebenarnya, perubahan warna matahari tu ada teori-teori sains nya yang mungkin lebih betul. Wallahu a'lam. Dalam perbualan tu, aku cuma kaitkannya dengan pemanasan global yang berlaku sekarang ni.

Panas...panas... Suhu bumi semakin panas.

Puncanya telah kita ketahui, yakni manusia. Ya, KITA. 

Allah S.W.T telah berfirman  dalam Surah Ar-Rum ayat 41, yang bermaksud;

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan oleh apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."



Adakah semua orang perasan akan perubahan/ bencana yang berlaku di atas muka bumi kita ni. Kita sekarang semakin sibuk dengan dunia, sehingga tak perasan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita terlupa mengambil ibrah atas setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Adakah kita semakin buta?

Kenapa Habluminal 'Alam ni penting?

Alam ni, sepertimana yang kita semua tahu, merupakan sumber yang sangat penting bagi kehidupan kita. Allah ciptakan bumi dan apa yang ada di bumi ni saling bergantung antara satu sama lain. Kita bergantung dengan oksigen yang terhasil daripada proses fotosintesis tumbuhan yang juga merupakan proses yang sangat penting untuk memelihara kadar normal oksigen di atmosfera. Manakala, tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk membesar melalui proses yang sama. Manusia juga memerlukan tumbuh-tumbuhan, binatang dan air sebagai makanan. Haiwan bergantung dengan haiwan lain atau tumbuhan sebagai makanan untuk terus hidup. Begitulah tahap kebergantungan kita terhadap alam. Subhanallah, Allah menciptakan segala yang ada di langit dan bumi ni dengan sangat teratur. Allahuakbar.

Menjaga kestabilan ekologi merupakan salah satu cara menjaga hubungan dengan alam. Begitu juga dengan menjaga persekitaran dan kesegaran udara. Kerana kita bergantung dengan udara untuk terus hidup. Namun, sekarang ni udara kita telah tercemar, sehingga mendatangkan berbagai jenis penyakit. Kita sedar akan fakta ini, namun kurang percaya. Makanya, kita mengambil ringan tentang kepentingan menjaga alam seolah-olah alam ini bukan sebahagian dari hidup kita. Cuba bayangkan kalau semua entiti tu tiada? Yang ada cuma langit dan tanah/padang pasir... 

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77, maksudnya;

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".

Laksanakan tanggungjawab kita, carilah rezeki dan keperluan duaniawi, namun jangan lupa bekalan ukhrawi. Jangan juga kerana kesibukan hidup, kita lupa tanggungjawab kita untuk memelihara alam, nikmat yang Allah berikan kepada kita. 

Habluminallah, habluminannas, hablumninal 'alam. Ketiga-tiganya, bukan hanya salah satu daripadanya atau hanya dua daripadanya. Moga dengan melaksanakannya dan sentiasa beringat, kita jadi lebih dekat dengan Allah, lebih luas jalan ke Mardhatillah. InsyaAllah.


والله أعلمُ بالـصـواب


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)