Pages

20 June 2010

Ketenangan dalam Mengingati-Nya


Biasanya saya menulis sbb nk igtkn diri sndiri..sama la juga dgn entri kali ni,ssuai dgn khdpn smasa yg agak terumbang-ambing ni..moga peringatan buat diri ni masuk kedalam hati,jgn hanya tertulis di minda..insyaAllah..
Dalam kehidupan seharian, ada saja ujian melanda. Kadang-kadang membawa diri dekat padaNya,tetapi kadang-kadang keyakinan itu seolah-olah menjauh,sehingga lupa pada janji-janjiNya..na’uzubillah min zalik. Lalu dicari tempat mengadu..tempat yang paling selesa dan mudah menutur kata. Cari punya cari,memang tiada yang lain,hanya padaNya sebuah pengaduan tu berakhir dgn ketenangan…

Seseorang hamba paling dekat dengan TuhanNya ketika dalam sujudnya.. Dan saat kita plg dekat dgnNya lah ketenangan itu semakin terasa.
Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)… -al-Fath:4-
Hanya Dia yang mampu memberi ketenangan kepada seluruh umat manusia,maka dariNya lah harus kita dambakan ketenangan itu. Kalau nk sentiasa tenang,maka ingatlah Dia selalu.
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. -al-Ra`d:28-
Lihatlah sesuatu yang membawa kita berzikir kepada Allah, jaulah lah sambil melihat kebesaranNya, berkumpullah bersama orang2 yang membawa kita lebih dekat kepadaNya, mulakanlah hari kita dengan bersyukur kepadaNya, dan berfikirlah..buka mata,buka minda,buka hati. Jgn biar ia tertutup,kerana ia hanya menyesakkan dada. Lepaskan keresahan itu, mengadulah sepuasnya kepadaNya, jangan ego,kembali kepada fitrah insan. Moga ketenangan datang kepada kita, dan keresahan itu sirna,pergi meninggalkan kita bertemankan kedamaian hati..
Rasulullah SAW bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati yang bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) 
Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar. -al-Baqarah:153-

12 March 2010

Naratif 7: Kembali


Pagi yang damai…suasana masih kelam..dia berjalan sendirian menuju ke sebuah kolej kediaman lain yang jaraknya kira2 20 minit berjalan kaki dari syaqahnya.,berjalan meniti jambatan di tasik sambil menghayati keindahan suasana pagi di institusinya itu. Kedengaran irama bunyi burung2 yang berterbangan di angkasa memecah kesunyian pagi. Membuat hatinya sedikit terhibur. X henti hatinya memuji kebesaran dan kekuasaan Allah. Seketika dia berhenti untuk merakam foto2 keindahan pagi.
Dimanfaatkan sejenak membebaskan fikiran dari belenggu masalah yang dihadapi. Ditepis segala kebimbangan dan kedukaan. Beristighfar dalam kesyahduan menginsafi kelemahan diri.. mencari motivasi membina kekuatan diri.
“PERJALANAN HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W”
 Dibeleknya kitab yang baru berganti tangan sebentar tadi selembar demi selembar sambil mata menuruti baris2 ayat yang tertulis di dalamnya. Dicuba untuk dihayati dengan hati. Indahnya peribadi baginda. Teguhnya aqidah para sahabat. Di situ dia menemui motivasi diri…lantas kembali berikrar di dalam hati,buat meluruskan niat..
 “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanya kerana Allah, Tuhan sekalian alam.”
 Di dalam perjalanan sepasang mata itu tertumpu ke luar tingkap..mencari-cari pemandangan buat penghibur mata. Dilihatnya langit cerah dengan mentari yang menyinar.,berserta kepulan2 awan yang membentuk berbagai rupa menghiasi langit biru. Matanya mengarah ke langit yang luas, juga pepohon2 hijau merimbun di sebelah kiri dan kanan jalan.

06 March 2010

Naratif 6: Ku Harap Redha-Nya


Silau pandangan dek panahan mentari.Langkahnya terus pantas bersama harapan. Kini dia bebas membuat keputusan. Mindanya sedikit ringan berbanding sebelumnya. Sungguhpun begitu,masih ada sedikit kerisauan bertapak di hatinya. Mindanya kembali ligat berfikir.. Hati mula menyesali keegoan silam. Mula memarahi diri. Dalam menangisi kejahilan diri, bisikan kedamaian menyapa hati.
“Yakinlah bahawa segala yang berlaku,segala yang engkau lalui adalah ketetapan Allah,yang punya hikmah tersendiri,buat menguji sekeping hati.”
Lantas hatinya mengingati bait2 kalam Allah…
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?
2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.
3. Yang telah memberatkan belakangmu.
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).
5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu
“Ya Allah, lapangkanlah dadaku,dan permudahkanlah daku dalam urusanku, serta berkatilah perjalanan hidupku.”
Seketika hatinya bermunajat. Jauh di sudut hati tidak ingin kecewa lagi. Besar sekali harapannya kali ini. Dia ingin mula melukis di atas potret kehidupannya sendiri yang selama ini suram lakaran insan2 kesayangannya. Bercita-cita agar lakaran ikhlas mampu mewarna ceria harinya. Dia kini telah menjadi seorang insan yang mampu melakar mimpi. Segala tindakannya adalah demi sebuah risalah agung. Cita2nya juga bersama risalah agung itu. Sebuah risalah yang dibawa oleh junjungan mulia, idola peribadinya. Risalah yang dahulunya menjadi penyinar kegemilangan islam. Yang kini menjadi asing bagi kebanyakan saudara2 seagamanya.
“Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya kerana Allah Tuhan Sekelian Alam.”
Lastas kembali memperbetulkan niat.
Hari demi hari semakin banyak dugaan yang ditempuhinya. Tiada lain sahabat karibnya,peneman duka lara, penenang jiwa nestapa…sebuah mushaf kecil yang terkandung di dalamnya petunjuk sepanjang jalan,panduan kehidupan. Tersedar..semakin sedikit peringatan Allah dibacanya setiap hari. Lantas hati beristighfar. Harapannya hanyalah MARDHATILLAH.