Duduk sendiri di jambatan yang menjadi kebanggaan universiti nya itu sambil melihat sekumpulan pelajar berkayak di tasik itu. Tempat bersantai yang kebiasaannya dipenuhi pelajar-pelajar sunyi dek cuti pertengahan semester sekaligus cuti Hari Raya Aidiladha.
Sedang asyik termenung, bahunya dipeluk dari belakang. Terkejut, namun kembali tenang apabila melihat jam tangan hello kitty di tangan yang memeluknya. 'Isfa, habit dia ni nak kena buang..' Bisik hatinya. Tangan Isfa ditarik supaya dia duduk di sebelahnya, namun Isfa tidak bergerak, lalu menoleh ke belakang. Isfa memalingkan wajahnya. Qaisara kembali memandang ke depan.
"It's good to hide your tears. Tapi dengan aku, it's unnecessary."
Isfa beralih duduk di sebelahnya.
"Kenapa ni?"
"Aku dengar Ikhwan ada girlfriend di universiti lain. Budak satu matrik dengan dia dulu."
Diam.
"I'm shocked." Sambung Isfa lagi.
"Em." Qaisara mengerutkan dahi.
"Itu je?"
"Sori sori. Aku tengah fikir nak respon camna, maklumlah, aku bab-bab macam ni tak berapa nak arif."
Isfa mengeluh. Qaisara berpusing menghadap Isfa.
"Dah tanya dengan dia?"
"Belum, takut."
"Takut apa?"
"Kalau benar, maksudnya dia hanya main-main dengan aku. Kalau dia menafikan pun, aku dah rasa ragu. Kalau tanya nanti, mungkin akan merosakkan hubungan."
"'DON'T EXPECT ANYTHING TO BEGIN WITH'"
"Apa dia?"
"'DON'T EXPECT ANYTHING TO BEGIN WITH", Camni, kau boleh tanya Ikhwan terus, tapi jangan expect apa-apa. Nanti takla kecewa. Bagi aku kan, perhubungan ni memerlukan keterbukaan, persefahaman dan kejujuran, macam kita punya friendship. Katakan kerana Isfa ragu, hubungan jadi kekok atau rosak, maksudnya antara korang dua tak ada keterbukaan dan persefahaman. Dan kalau benar apa yang kau dengar, jadi maksudnya antara korang kurang kejujuran. Bagi aku, hubungan camtu tak dapat buat kita hepi. Just give up on that kind of relationship."
"Hmm..Tapi aku betul-betul sayang dia. Inilah kali pertama aku betul-betul serius bercouple."
"Dalam life ni, ada masanya juga kita kena belajar untuk give up. As a friend, aku nak kau hepi n bebas dari being hurt by thinking of things yang bukan jaminan untuk masa depan. Ada banyak lagi perkara yang kita boleh beri perhatian instead of benda yang kurang manfaatnya. Kalau buat something tu hanya melukakan dan buat kita hilang fokus pada perkara yang lebih utama, baik berhenti.
Bicaranya terhenti. Isfa dilihatnya tunduk sambil mendiamkan diri. Entah apa yang bermain di fikirannya.
"Aku minta maaf kalau kata-kata aku kurang senang didengari.."
"Tak." Isfa memotong percakapannya sambil menggelengkan kepala.
"Kau pun tahu, aku tak paham sangat benda-benda macam ni, tak tahu apa perasaannya bila bercinta dan dilukai oleh pasangan. Nasihatku, ringkasnya, just don't expect anything to begin with. Then, it'll be easier to give up and free yourself from any feeling in the end. Be it love, be it hatred..or other feelings."
"Kata tak reti, tapi terkesan jugak aku. Somehow, aku faham maksud kau. Thank you."
"Aaa...emm..ini falsafah aku dalam memulakan sesuatu. Contohnya, dalam study, aku tak expect apa-apa yang tak pasti. Contohnya, sebab study betul-betul, kita expect ujung sem dapat A. Tapi aku tak. Aku just suka study, n apa yang aku expect dari study tu cuma knowledge and excitement bila belajar benda baru. Tu memang confirm dapat, jadi taklah rasa kecewa di akhirnya. And with that, I will be able to always give my best in studying. Itula konsep asalnya. Haha."
"Ooohh, boleh juga kau relate kan falsafah hidup kau tu dengan situasi aku yang sangat berbeza ni."
"Just logic."
Perbualan disambut sepi. Habis topik perbualan. Cuma tangan masih membuang roti-roti yang sudah lepas tarikh luput untuk dijamu ikan-ikan di tasik itu.
"By the way, tadi aku jumpa Aswad. Dia yang bagitau aku pasal Ikhwan tu. Katanya dia taknak aku terluka sebab aku kawan kau. Then, dia tanya pasal kau. Aku rasa dia suka kat kau la." Isfa memecah sepi.
"Emm..." Pandangan Qaisara masih di tasik sambil mendengar Isfa bercerita.
"Dia cakap kau ni susah nak approach. Macam dah ada buah hati katanya. Ye ke?" Sambung Isfa.
Tangannya terhenti. Qaisara memandang ke arah Isfa.
"Aku selalu jugak dengar orang cakap yang aku ni susah nak approach. Tapi aku rasa orang-orang tu yang tak cuba nak approach aku. Kalau orang approach dengan tujuan yang bermanfaat, no problem. Be it lelaki or perempuan. Cuma, untuk benda camtu, aku tak berapa nak suka. Bothersome."
"Q...Q..Kau ni memang tak ada perasaan kan..."
"Bukan camtu...hmm..apapun, kalau dia tanya lagi, cakap je aku ni already have someone I like."
"Really??"
"Can't deny the facts."
******************************************************
Nota Penconteng:
My application for previous intern's position is rejected despite of the complicated selection process. 'Again? Still not good enough, huh..' Put the letter back into its envelop, then there it is in the dustbin. ^_^
I'm currently helping in developing a database my brother's business while doing a good job in carpentering. Ahaks... Boleh pula puji diri sendiri..haha.
Siang bertukang, malam berfikir, design website, banner, business card, brochure, dan buat project database. Tapi ada jugak harinya tak bekerja di luar, tapi buat kerja di laptop. Ini cara saya untuk jadi penganggur yang berjaya. Masak tak reti, buat kerja rumah malas sikit, jadi, begini la cara nak jadi berguna sementara menganggur. 'Do your best in everything!'. So, I'm doing my best, here. Kalau nak jadi penganggur jadilah yang berhasil (saya tak nak! teringin juga nak kasi duit kat mak ujung bulan..belum rezeki...ganbatte!). Kalau nak jadi tukang kayu, bertukanglah bersungguh-sungguh. Yerr..membakar semangat diri. Best juga tagline tu. Hee...
Setakat tok jak update kamek kali tok. Nyelepat kejap bila kepak men'design'. Maok sambung polah keja lok.
Wassalam.
salam ziarah
ReplyDeleteThanks for ziarah...
DeleteCan't deny the fact. Hehee.. best lah cerita kitak.mun pendek jak ttap best. Pandai kitak nyusun ayat ya.
ReplyDelete