Pages

30 December 2009

Naratif 2: Hakikat Insan


Dia terus melangkah.. langkah seorang serikandi islam yang bersemangat juang..bara api perjuangan menyinar di dalam jiwa… namun ada kalanya langkah kaki itu longlai,lesu… ke mana perginya semangat itu?? Begitulah hakikat insan… ada ketikanya jiwa itu disulami semangat,dizahirkan keceriaan..ada pula saatnya lemah..sedih..resah…segalanya telah diaturkanNya…kita ibarat pelakon di pentas…pentas dunia… segalanya telah teratur buat kita..punya hikmah yang tersendiri…terkadang jelas,terkadang tidak…namun yang pasti Dia maha Mengatahui..

Dalam melangkah, pancaindera mentadabbur alam sekeliling..alam ini…bumi ini…dahulunya tiada penghuni yang bergelar insan…bermulanya sebuah kehidupan di sebuah tanah..bumi arafah… bermulanya kisah perjalanan insan…permulaan kisah cinta insani…Adam dan Hawa…permulaan kisah kita…terbit rindu pada bumi itu. Suatu ketika nanti pasti menjejak tanah itu. Bila ketikanya..,wallahu’alam…Namun,di situlah kita bakal dikumpulkan,pada ketika berakhirnya perjalanan di tanah persinggahan ini.

17 December 2009

Naratif 1: Pencarian


Hidup ini ibarat sebuah pelayaran. Sesekali dipukul ombak..terkadang ditampar dek angin kuat..sering juga ditemani desiran angin sepoi2 bahasa.. begitulah tafsiran hidup… ombak memukul membuat diri terumbang ambing.,seketika lemah,hampir berputus asa dangan kehidupan..namun mereka sentiasa bersamanya. Menaikkan semula sebuah semangat yang hampir luntur dengan quwwah. Tatkala angin kuat menampar, membuatkan hati lemah. Terasa sakit yang teramat sangat dihati. Namun mereka di sisinya, mengubati kepedihan yang dirasa. Tika angin sepoi2 bahasa menemani,damai terasa. Memuji kebesaranNya bersama syukur. Dikongsi kedamaian bersama mereka…Namun kedamaian yang dirasa mampu membuat insan terleka..menelusuri ritma kampus,dia semakin menyedari erti kehidupan…

Dia melihat mereka..mereka juga melihatnya. Dia bersama mereka. Melihat mereka kian hanyut dengan sebuah mimpi yang dianggap realiti. Kian melupai batas2 syari’at. Namun dia masih melihat…melihat…dan melihat… tanpa tindakan, tanpa belas kasihan. Seharusnya dia bersimpati pada hati2 itu…kerana mereka tidak mengetahui..mereka tidak memahami… tapi dia terus berdiri tanpa memulakan langkah. Terasa dirinya terlalu lemah… Akan dibiarkankah saja mereka??? Terasa kelu lidah tika ingin meluahkan bicara..berat bibir ingin meluahkan kata..biarpun hati kian memberontak ingin mereka tahu sebuah realiti kehidupan…melihat ke dalam dirinya.,tahukah dia realiti kehidupan??? Layakkah dia menyatakan kebenaran??? Mengimbau kembali saat itu…..

Dia mencari-cari sesuatu yang tidak dia ketahui…peritnya di hati yang terasa kosong…sesekali gugur titisan air jernih dari sepasang mata yang mencari. Tika malam menjelma,memandang ke langit…melihat bintang2..akal membuat tafsiran..hati2 manusia ibarat bintang di langit. Terkadang jelas pada zahirnya.,terkadang tidak kelihatan,namun hakikatnya ia ada bersembunyi di sebalik sang awan..ya..benar…begitulah hati manusia. Terkadang diri mengetahui dan jelas tentang apa yang tersirat di hati..namun ada ketikanya diri sendiri tidak mengerti apa yang dicari..merenung ke dalam hati,namun masih kabur tanpa penjelasan. Pencariannya tidak berhenti. Dibiarkan kakinya melangkah ke destinasi yang tak pasti. Sesekali membelek-belek sebuah musyhaf..bacaannya gagap..masakan tidak..telah lama dia tinggalkannya..itukah yang dia cari?? Yaa..sinar kebenaran..dia mencari sebuah kedamaian berpaksikan cahaya kebenaran.

Pencariannya akhirnya bertemu jawapan..