Pages

19 December 2010

Pretending


Don’t ever pretend TO NOT to if u actually ARE, that’s EGOIST..
Don’t ever pretend TO if u’re NOT, that’s HYPOCRITE..
If u do,u’re actually lying to urself..
Pretending=lying to yourself
Be yourself..coz u’re the best..
To believe in The Creator is including to trust in urself..

25 September 2010

Naratif 9: Ketenangan Yang Hilang


Mulai menyedari akan perubahan pada diri. Terasa kekurangan,seperti ada yg telah sirna dari jiwa itu. Terbit rs kesal di hati kerana membiarkan permata itu menghilang. Sungguh,dia perlukan ruang untuk menelaah diri,menyelami hatinya lantas mencari permata ketenangan yang telah hilang sinarnya itu. Akankah mereka memahami? Bisik persoalan melemahkan hati. Lantas mengubah persepsi,husnuz zhon..
Dia tidak sesekali ingin beralasan,apa lagi ingin berhenti di tengah jalan. Namun pasti keputusannya akan disangkal dgn hujah2 dr mereka yg lebih dahulu mengenal erti hidup. Aaaahh..sekali lagi rindu itu menyapa sang hati. Rindu yang terbit dari rasa cinta kpd Pencipta,yang seringkali mencantas ego,lalu dibiar manik2 jernih membasahi pipi…sekali lagi.. Insan itu..darinya dia mengenal Pencipta,darinya dia mengenal erti hidup,darinya dia merasa indahnya ukhuwah kerana Allah,ukhuwah yang membawa hati mencari identiti,keluar dari alam fantasi,kembali ke dunia realiti.
Dibacanya bait kata2 Syeikh Muhammad al-Ghazali;
  “Dalam suasana pengangguran, akan terlahir ribuan keburukan,akan menetas berbagai bakteria yang membinasakan.Jika kerja merupakan denyutan kehidupan, maka para penganggur adalah orang-orang yang mati. Jika dunia ini merupakan kesan dari tanaman kehidupan yang lebih besar, maka para penganggur adalah sekumpulan manusia yang paling sesuai dikumpulkan dalam keadaan muflis, tidak ada hasil bagi mereka selain kehancuran dan kerugian.”
Bukan dia ingin menganggur,bukan dia ingin bermalasan,tapi dia cuma inginkan ruang untuk dia mencari kembali permata ketenangan yang hilang itu,agar dirinya lebih kuat,lebih bersemangat dalam beristiqamah.

11 September 2010

Naratif 8: Takkan Terhenti


Perjalanan kian penuh dgn onak duri. Sang hati mencari di mana silapnya diri. Sendirian,bermuhasabah. Sekian lama mencari solusi,namun sekadar bertemu fantasi. Sekali lagi jiwa itu mengeluh,bukan berniat menyesali takdir,namun terasa letih memikul beban yang sekian lama sepi dari solusi. Cepat2 beristighfar,bimbang syaitan mempengaruhi hati. Sungguh,syaitan itu musuh yang nyata..selamanya.. Bimbang terhenti perjalanan kerana bisikan syaitan durjana. Bibir tidak henti beristighfar,tak ingin hilang identiti diri. Terasa terlalu banyak berfikir,dia bangkit dari pembaringan,diraupnya wajah,lantas dibiar gerimis kembali membasahi pipi.

‘Semua ini tarbiyah dariNya,yakinlah duhai hati,sabarlah..’ 

bisiknya ke dalam diri. Terdengar titisan hujan mulai membasahi bumi,seolah-olah memahami kondisi diri. Dia keluar dari kamarnya,menuju ke pintu utama,melihat limpahan rahmat membasahi bumi. Sang angin bertiup,dingin menyengat tubuh,kedinginan yang menenangkan. Subhanallah,memuji kebesaran Ilahi. Duduk bersama mereka,mata memandang skrin hiburan,namun fikiran melayang entah ke mana. Dalam suasana yang jauh dari fitrah manusia,dia bertanya pada diri,’apakah aku pernah cuba mngubah suasana itu?’,terasa perjuangannya hanya sehadar mimpi,tiada yg berubah,malah terus hanyut dalam fantasi duniawi. Ingin sekali membawa mereka ke dunia realiti,namun sukar sekali. Doa,senjata sang hati, meneman perjuangan yang xkan pernah terhenti.

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِلَا يَعْلَمُونَ

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(Surah Ar-Rum:30)

20 June 2010

Ketenangan dalam Mengingati-Nya


Biasanya saya menulis sbb nk igtkn diri sndiri..sama la juga dgn entri kali ni,ssuai dgn khdpn smasa yg agak terumbang-ambing ni..moga peringatan buat diri ni masuk kedalam hati,jgn hanya tertulis di minda..insyaAllah..
Dalam kehidupan seharian, ada saja ujian melanda. Kadang-kadang membawa diri dekat padaNya,tetapi kadang-kadang keyakinan itu seolah-olah menjauh,sehingga lupa pada janji-janjiNya..na’uzubillah min zalik. Lalu dicari tempat mengadu..tempat yang paling selesa dan mudah menutur kata. Cari punya cari,memang tiada yang lain,hanya padaNya sebuah pengaduan tu berakhir dgn ketenangan…

Seseorang hamba paling dekat dengan TuhanNya ketika dalam sujudnya.. Dan saat kita plg dekat dgnNya lah ketenangan itu semakin terasa.
Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)… -al-Fath:4-
Hanya Dia yang mampu memberi ketenangan kepada seluruh umat manusia,maka dariNya lah harus kita dambakan ketenangan itu. Kalau nk sentiasa tenang,maka ingatlah Dia selalu.
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. -al-Ra`d:28-
Lihatlah sesuatu yang membawa kita berzikir kepada Allah, jaulah lah sambil melihat kebesaranNya, berkumpullah bersama orang2 yang membawa kita lebih dekat kepadaNya, mulakanlah hari kita dengan bersyukur kepadaNya, dan berfikirlah..buka mata,buka minda,buka hati. Jgn biar ia tertutup,kerana ia hanya menyesakkan dada. Lepaskan keresahan itu, mengadulah sepuasnya kepadaNya, jangan ego,kembali kepada fitrah insan. Moga ketenangan datang kepada kita, dan keresahan itu sirna,pergi meninggalkan kita bertemankan kedamaian hati..
Rasulullah SAW bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati yang bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) 
Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar. -al-Baqarah:153-

12 March 2010

Naratif 7: Kembali


Pagi yang damai…suasana masih kelam..dia berjalan sendirian menuju ke sebuah kolej kediaman lain yang jaraknya kira2 20 minit berjalan kaki dari syaqahnya.,berjalan meniti jambatan di tasik sambil menghayati keindahan suasana pagi di institusinya itu. Kedengaran irama bunyi burung2 yang berterbangan di angkasa memecah kesunyian pagi. Membuat hatinya sedikit terhibur. X henti hatinya memuji kebesaran dan kekuasaan Allah. Seketika dia berhenti untuk merakam foto2 keindahan pagi.
Dimanfaatkan sejenak membebaskan fikiran dari belenggu masalah yang dihadapi. Ditepis segala kebimbangan dan kedukaan. Beristighfar dalam kesyahduan menginsafi kelemahan diri.. mencari motivasi membina kekuatan diri.
“PERJALANAN HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W”
 Dibeleknya kitab yang baru berganti tangan sebentar tadi selembar demi selembar sambil mata menuruti baris2 ayat yang tertulis di dalamnya. Dicuba untuk dihayati dengan hati. Indahnya peribadi baginda. Teguhnya aqidah para sahabat. Di situ dia menemui motivasi diri…lantas kembali berikrar di dalam hati,buat meluruskan niat..
 “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanya kerana Allah, Tuhan sekalian alam.”
 Di dalam perjalanan sepasang mata itu tertumpu ke luar tingkap..mencari-cari pemandangan buat penghibur mata. Dilihatnya langit cerah dengan mentari yang menyinar.,berserta kepulan2 awan yang membentuk berbagai rupa menghiasi langit biru. Matanya mengarah ke langit yang luas, juga pepohon2 hijau merimbun di sebelah kiri dan kanan jalan.

06 March 2010

Naratif 6: Ku Harap Redha-Nya


Silau pandangan dek panahan mentari.Langkahnya terus pantas bersama harapan. Kini dia bebas membuat keputusan. Mindanya sedikit ringan berbanding sebelumnya. Sungguhpun begitu,masih ada sedikit kerisauan bertapak di hatinya. Mindanya kembali ligat berfikir.. Hati mula menyesali keegoan silam. Mula memarahi diri. Dalam menangisi kejahilan diri, bisikan kedamaian menyapa hati.
“Yakinlah bahawa segala yang berlaku,segala yang engkau lalui adalah ketetapan Allah,yang punya hikmah tersendiri,buat menguji sekeping hati.”
Lantas hatinya mengingati bait2 kalam Allah…
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?
2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.
3. Yang telah memberatkan belakangmu.
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).
5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu
“Ya Allah, lapangkanlah dadaku,dan permudahkanlah daku dalam urusanku, serta berkatilah perjalanan hidupku.”
Seketika hatinya bermunajat. Jauh di sudut hati tidak ingin kecewa lagi. Besar sekali harapannya kali ini. Dia ingin mula melukis di atas potret kehidupannya sendiri yang selama ini suram lakaran insan2 kesayangannya. Bercita-cita agar lakaran ikhlas mampu mewarna ceria harinya. Dia kini telah menjadi seorang insan yang mampu melakar mimpi. Segala tindakannya adalah demi sebuah risalah agung. Cita2nya juga bersama risalah agung itu. Sebuah risalah yang dibawa oleh junjungan mulia, idola peribadinya. Risalah yang dahulunya menjadi penyinar kegemilangan islam. Yang kini menjadi asing bagi kebanyakan saudara2 seagamanya.
“Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya kerana Allah Tuhan Sekelian Alam.”
Lastas kembali memperbetulkan niat.
Hari demi hari semakin banyak dugaan yang ditempuhinya. Tiada lain sahabat karibnya,peneman duka lara, penenang jiwa nestapa…sebuah mushaf kecil yang terkandung di dalamnya petunjuk sepanjang jalan,panduan kehidupan. Tersedar..semakin sedikit peringatan Allah dibacanya setiap hari. Lantas hati beristighfar. Harapannya hanyalah MARDHATILLAH.

19 February 2010

Naratif 5: Kegagalan

Saban hari yang dilalui terasa kelabu. Banyaknya masa diluangkan bersendirian… berfikir.. menelaah diri..bermuhasabah..terasa sinarnya masih jauh…masih suram…apakah yang masih kurang? Banyak…terlalu banyak… Merenung ke dalam diri…hati terasa pilu…kesal pada diri…terasa diri terlalu kerdil. Dari atas dia melihat langit mendung..semendung jiwanya…menambah suram hatinya…beralih pandangan ke bawah..kelihatan mahasiswa mahasiswi bergerak menuju ke destinasi masing-masing…terpandang sahabat yang sedang melambai2 ceria..lantas  dibalas lambaiannya.. senyum tanpa rasa… Kegagalan itu suatu kejutan buatnya…membuatkannya lemah..jiwanya menjadi kosong..cerianya hilang..senyumnya tawar..dia seolah-olah kehilangan dirinya..monolog dalam hati, ‘kecewakah mereka padaku?’ Tidak ingin berputus asa..namun rasa itu sering mengetuk pintu hatinya..sedaya menguncinya rapat dari ditembusi rasa itu..dia terus berfikir… Tega dia membiarkan imannya dicincang penyesalan pada keegoan silamnya…bukankah ini suatu tarbiyyah dari Allah? Perjuangannya tidak pernah berakhir,ia harus diteruskan…

08 February 2010

Bangsa Musnah, Identiti dan Pemuda

Segala yang baik itu datangnya dari Allah,yg kurang baik itu disandarkan atas diri saya sbg seorang hamba yang lemah serba kekurangan..
Pengisian ini adalah berdasarkan pembacaan saya dari bahan ‘Peranan Pelajar’(Al-Maududi), dan  ’Ghurbah Ath-Thaniyyah’(Dr. Yusuf Qardawi).
————————————————————
          
Bangsa yang lenyap dan musnah adalah bangsa yang telah hilang identiti bangsanya dan hancur dalam identiti yang lain. Kehilangan identiti ini berlaku apabila satu generasi bangsa tersebut gagal memindahkan warisan tamadun bangsa mereka dari generasi sebelumnya kepada generasi seterusnya. Pasti kita tidak ingin ia berlaku ke atas islam bukan? Namun,sejauh mana kita berusaha mengekalkan identiti islam dengan memindahkan warisan kita yakni islam yang syumul kpd saudara2 kita yang semakin jauh dari identiti ini atau mereka yang tercari2 akan identiti diri dalam percampuran identiti lain seperti identiti barat yang mempengaruhi anak bangsa kita.

Umat sekarang mudah leka dengan fantasi duniawi yang disuntik oleh golongan yahudi  dan golongan kuffar  secara halus namun berbisa. Kesan suntikan itu,umat semakin menjauh dari al-Quran dan Sunnah maka datanglah suatu masa seperti yang disebut oleh Rasulullah S.A.W dalam sabda baginda yang bermaksud;

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.”
 - Hadith Riwayat Muslim-

Dalam keadaan islam kembali asing,ada firqah yang teguh di atas landasan itu. Dan mereka inilah yang dijanjikan kebahagiaan,biarpun mungkin dalam usaha untuk terus tsabat di atas jalan ini dan mengajak manusia lain untuk kembali kepada islam yang sebenar mereka tidak putus dari diuji dgn mehnah dan tribulasi. 

Hari ini kita dapat lihat islam kembali asing pada masyarakat. Ada juga yang hanya mengambil sebahagian daripada ajaran islam itu,dan meninggalkan sebahagian yang lain. Apa akan berlaku jika keadaan ini dibiarkan sahaja? Fikir-fikirkan..

Firman Allah S.W.T;

“Hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu din kamu, dan Aku sempurnakan ni’mat-Ku, dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai din.”
[Al-Maidah: ayat 3]

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam ugama Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.” 
[Al-Baqarah 2:208]

Rasulullah S.A.W bersabda : 
“Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” 

Seseorang berkata,

“Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” 

Baginda bersabda, 
“Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.”
Seseorang bertanya, 
“Apakah wahn itu?”
Baginda menjawab,
“Cinta dunia dan takut mati.”

-HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud-

Inilah realiti yang berlaku ke atas umat pada masa sekarang. Mencintai dunia,mengejar kesenangan dunia sehingga lupa akan adanya kehidupan abadi setelah kematian. 
Firman Allah Ta’ala;

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”.
['Ali Imran: 14]

“Dan Ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan Sesungguhnya  di sisi Allah-lah pahala yang besar”. 
[Al-Anfal: 28]

Untuk menyedarkan masyarakat tentang realiti ini bukan sesuatu yang mudah,malah ia mungkin mengambil masa.Oleh itu, pemindahan warisan atau identiti islam itu harus sentiasa berjalan,tidak bermusim dan tepat berdasarkan warisan asal dari baginda Rasulullah S.A.W.Kekalnya identiti islam dalam sesebuah masyarakat itu bergantung kepada kekalnya anak2 muda (yang sedang melalui peringkat pembentukan dan peralihan) dalam identiti islam itu sendiri. Maksud kekal dalam konteks ini membawa erti;

1.             Berpegang teguh dengan tamadun Islam 
2.             Mengibarkan benderanya
3.             Menyeru kepadanya

Kita sering mendengar bahawasanya pemuda itu adalah aset negara,namun bukan sahaja dalam pembangunan dan kemajuan negara,tetapi realitinya adalah aset pembangunan sahsiah(akhlakul islam) serta perkembangan islam dlm sesebuah negara itu.Kedua-dua elemen ini akan mudah terlaksana apabila para pemuda turut bergerak melaksanakannya. Kenapa gerak kerja ini memerlukan pemuda? Kerana pemuda punya tubuh badan yang kuat,akhlak yang mantap,pengetahuan yang luas,mampu mencari rezeki sendiri,sistematik serta punya banyak peluang untuk berhadapan dengan masyarakat umum.

“Wahai pemuda! Seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu menjejaki langkah kami serta kamu berada bersama di atas jalan yang murni ini,kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah islam. Kamu wakafkanlah segala tenaga dan usaha kamu  untuk akidah yang kamu yakini ini,maka semua itu akan mendatangkan kebaikan  kepada kamu di dunia dan akhirat. Tetapi sekirannya kamu enggan dan memilih untuk terumbang-ambing dan bersifat serba salah antara seruan islam dan selainnya,maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit mahupun banyak.”

-Mustafa Masyur-

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyeru pada kema’rufan dan mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman dengan Allah.”  
[Surah ‘Ali Imran: ayat 110]

Tepuk dada tanya iman,ketuk minda tanya rasional..

Wallahu’alam

22 January 2010

Naratif 4: Bicara Hati


Hari-hari yang mendatang membawa sinar baru bersama hirisan cahaya. Kita menyapa dengan ketenangan yang tersirat padanya rasa gelisah dengan bebanan fikiran duniawi. Di celahan kekalutan itu kita bayangi dengan drama-drama kedamaian. Namun hakikatnya  jauh tersembunyi di sudut hati. Sesekali kita hiasi dengan seri alam, merenung langit terbentang luas, melayani deruan ombak bersama desiran angin. Tanpa disedari, kita kembali kepada Rabb. Lantas masa berpergian tanpa menunggu biarpun sedetik. Kita pula terus bersama khayalan-khayalan duniawi, terus hanyut bersama angan-angan, terus melayani mimpi yang ditimbunkan dari koleksi fantasi. Sedang segores cahaya mengharap agar dibuka pintu itu buatnya agar dapat ia menyinari ruang jiwa itu. Namun andai kita terus leka, terus mengunci jiwa kita, bersandar menikmati keselesaan, dengan perlahan, cahaya itu akan pudar, dan akhirnya kita menemui hakikat...kecundang di hari akhir….
Alangkah indahnya andai hati itu dibuka…dibiarkan sinar itu memenuhi ruang jiwa. Membawa cahaya dalam kehidupan. Inginkah engkau hidupmu terus dalam kegelapan? Terus sesat tanpa hala tuju yang pasti? Dia meneruskan kembaraan. Terasa letih dengan dunia. Tidak wajar sekali.,lantas  ditepis rasa itu. Namun perasaan itu seringkali singgah di hati. Terdetik rasa ingin berehat seketika.. Aaahh…jangan.. ‘tiada masa rehat untuk seorang pejuang’..selamanya,kata2 itu akan terus tersemat di hatinya. Bicaranya sesekali menjadi quwwah buat teman2…seringkali mereka mengharapkan kata2 yang mampu memberi kekuatan dalam mereka meneruskan perjuangan..dia senang berbicara agar teman2nya kembali tenang….tapi mengapa tidak kata2nya pada mereka dijadikan inspirasi buat dirinya sendiri…?? Terasa diri terlalu bodoh..bijaknya akal membuah kata…tapi hati tak simpan bicara…

11 January 2010

Naratif 3: Manusia


Dilihatnya sinaran itu naik..mulai menerangi siang. Pasti seketika lagi burung berterbangan di angkasa..keluar mencari santapan buat sang anak yang menanti. Bebunga kembang mekar di taman,menyerap sumber nutrien yang dibekalkan oleh sang mentari yang menyinar. Dan manusia… ada firqah yang keluar mencari rezeki,memanfaatkan siang sebelum bertemu malamnya..ada firqah yang masih lena dibuai mimpi,ada juga yang menghabiskan masa dengan sesuatu yang tidak pasti..dan mcm2 lagi..begitulah manusia..dengan pelbagai ragam.. dia melangkah keluar dari syaqah, membiarkan sepasang kaki membawanya jaulah melihat pamandangan pagi.
Menelusuri kabus..kedinginan sedikit terasa… suasana masih sepi..jam 645 pagi..masih awal lagi.. kelihatan beberapa ikhwah keluar dari rumah Allah. Hatinya berbisik.. ‘merekalah syabab harapan agama..moga terus teguh di atas jalanNya..’. diteruskan langkahnya.. tiba-tiba guruh berdentum..langit yang seketika tadi cerah bertukar gelap. Dia melangkah kembali ke syaqah. Masih sunyi…mana pergi mereka…adakah masih dibuai mimpi atau telah keluar?
“Setiap yg takut akan berlari, setiap yang senang akan mencari(Allah dan RasulNya) dan yg berteman dengan Allah akan takut terhadap dirinya.”
diamatinya bait bicara hikmah tersebut. Mencuba untuk memahaminya…sungguh maksudnya masih kabur..namun entah mengapa,dia amat menyenangi bait bicara itu…