Pagi yang damai…suasana masih kelam..dia berjalan sendirian menuju ke sebuah kolej kediaman lain yang jaraknya kira2 20 minit berjalan kaki dari syaqahnya.,berjalan meniti jambatan di tasik sambil menghayati keindahan suasana pagi di institusinya itu. Kedengaran irama bunyi burung2 yang berterbangan di angkasa memecah kesunyian pagi. Membuat hatinya sedikit terhibur. X henti hatinya memuji kebesaran dan kekuasaan Allah. Seketika dia berhenti untuk merakam foto2 keindahan pagi.
Dimanfaatkan sejenak membebaskan fikiran dari belenggu masalah yang dihadapi. Ditepis segala kebimbangan dan kedukaan. Beristighfar dalam kesyahduan menginsafi kelemahan diri.. mencari motivasi membina kekuatan diri.
“PERJALANAN HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W”
Dibeleknya kitab yang baru berganti tangan sebentar tadi selembar demi selembar sambil mata menuruti baris2 ayat yang tertulis di dalamnya. Dicuba untuk dihayati dengan hati. Indahnya peribadi baginda. Teguhnya aqidah para sahabat. Di situ dia menemui motivasi diri…lantas kembali berikrar di dalam hati,buat meluruskan niat..
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanya kerana Allah, Tuhan sekalian alam.”
Di dalam perjalanan sepasang mata itu tertumpu ke luar tingkap..mencari-cari pemandangan buat penghibur mata. Dilihatnya langit cerah dengan mentari yang menyinar.,berserta kepulan2 awan yang membentuk berbagai rupa menghiasi langit biru. Matanya mengarah ke langit yang luas, juga pepohon2 hijau merimbun di sebelah kiri dan kanan jalan.