Pages

02 January 2011

Cantik Berdiam


Lazimnya,kita gemar meluahkan apa yang kita rasa dengan orang lain. Kita senang bila teman kita turut gembira bila mana kita gembira dan turut sama bersedih bila mana kita bersedih. Malah bila mana kita dibelenggu masalah,konflik,atau ketidakpuasan hati terhadap seseorang,kita akan melampiaskannya dengan teman bicara yang kita percayai,dan mengharap mereka bisa membantu kita menyelesaikan masalah yang membelenggu diri.

Tiada salahnya,pakar psikologi malah menggalakkan kita melampiaskan perasaan kita biarpun terhadap dinding bila tiada siapa yang mendengari kita. Pokoknya apa yang kita rasa terhambur keluar. Semua perkara negatif yang bersarang dalam diri kita dapat kita keluarkan dan dengan itu kita bisa merasa tenteram. Sesetengah orang menjadikan cermin muka sebagai teman bicara. Dengan bercakap kepada diri sendiri, kelegaan atau mungkin kelucuan akan tercetus. Dengan sendirinya masalah yang dihadapi menjadi kurang dan tidak mustahil hilang serta merta.
Sungguhpun begitu,terdapat juga orang yang lebih gemar berdiam diri, atau lebih tepat,memendam rasa. Bukan kerana tiada teman bicara,tetapi mereka lebih selesa berdiam dan menilai segala yang dirasai itu sendiri. Mereka menjadikan diam sebagai cara memotivasikan diri atau merawat hati mereka. Dengan mengunci mulut,mereka memberi ruang untuknya bertenang dan mendapatkan arus ALPHA,yakni arus bertenang yang merupakan arus terbaik untuk memotivasikan diri.
Mereka yang berpegang pada falsafah ini adalah mereka yang menganggap diam sebagai:
1. IBADAH TERMUDAH
Diam dengan niat tidak ingin mencampuri urusan orang lain yang mengakibatkan dosa misalnya mengumpat,memfitnah dan sebagainya menghasilkan pahala,malah,jika  Jika ditambah zikir di dalam hati pahalanya sudah tentu bertambah. Dalam kondisi sedemikian,tidak perlu lagi pelampiasan perasaan,tetapi cukup dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah,kelegaan dan ketenteraman itu dikecapi.
Rasulullah S.A.W bersabda;
Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.’ (Bukhari & Muslim)
Firman Allah S.W.T
“…Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d:28)

2. PERHIASAN TANPA MODAL
Keindahan peribadi seseorang lebih tampak apabila dia lebih banyak diam . Dalam kebisuan itu terpampang keindahan dan kelmbutan yang menyenangkan. Selain itu,seorang wanita yang lebih banyak diam tentu lebih menarik daripada seorang wanita yang kepoh dan ghairah berbuat bising.
3. RASA HEBAT TANPA PERLUKAN SEBUAH KERAJAAN
Pepatah Melayu mengatakan;
“Diam-diam ubi berisi”
“Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi”.
Masyarakat Melayu menghargai si pendiam yang berilmu daripada si kepoh yang seperti tong kosong dipukul.
Rasulullah S.A.W bersabda;
“Barang siapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barang siapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.” (Maksud Hadith)

4. BENTENG TANPA PAGAR
Orang cerdik yang pendiam lebih baik daripada orang bodoh yang banyak bercakap. Bercakap itu ibarat melepasi tebing atau benteng dan diam adalah membinanya sempadan tanpa perlu membangunkan pagar.
Dikisahkan bahawa ada seorang lelaki miskin yang mencari nafkahnya hanya dengan mengumpulkan kayu bakar lalu menjualnya di pasar. Hasil yang dia dapatkan hanya cukup untuk makan. Bahkan, kadang-kadang tak mencukupi keperluannya. Tetapi, dia terkenal sebagai orang yang sabar.
Pada suatu hari, seperti kebiasaannya dia pergi ke hutan untuk mengumpulkan kayu bakar. Setelah cukup lama dia berjaya mengumpulkan sepikul besar kayu bakar lalu memikulnya di bahunya sambil berjalan menuju pasar. Setibanya di pasar kelihatan orang-orang sangat ramai dan agak sesak. Kerana khuatir orang-orang akan terkena hujung kayu yang agak runcing, dia lalu berteriak, “Ke tepi…Ke tepi! kayu bakar nak lalu!.”
Orang-orang di situ memberi laluan kepadanya agar mereka tidak terkena hujung kayu. Sementara, dia terus berteriak memberi amaran. Tiba-tiba, lalu seorang bangsawan kaya raya di hadapannya tanpa mempedulikan amarannya. Dia terus kelam kabut sehingga tak sempat menghindarinya. Akibatnya, hujung kayu bakarnya itu tersangkut pada baju bangsawan itu dan merobeknya. Bangsawan itu marah-marah kepadanya, dan tak menghiraukan keadaan si penjual kayu bakar itu. Dia kemudiannya mengheret lelaki itu ke hadapan hakim dengan tujuan ingin menuntut ganti rugi atas kerosakan bajunya.
Sesampainya di hadapan hakim, orang kaya itu lalu menceritakan kejadian yang berlaku serta maksud kedatangannya menghadap bersama si lelaki itu. Hakim itu lalu berkata, “Mungkin dia tidak sengaja.” Bangsawan itu membantah. Sementara si lelaki itu terus diam seribu bahasa. Setelah mengajukan beberapa kemungkinan yang asyik dibantah oleh bangsawan itu, akhirnya hakim mengajukan pertanyaan kepada lelaki tukang kayu bakar itu. Namun, setiap kali hakim itu bertanya, dia tak menjawab sama sekali, dia tetap diam. Setelah beberapa pertanyaan yang tak dijawab, sang hakim akhirnya berkata pada bangsawan itu, “Mungkin orang ini bisu, sehingga dia tidak bisa memberi amaran kepadamu ketika di pasar tadi.”
Bangsawan itu agak geram mendengar perkataan hakim itu. Dia lalu berkata, “Tidak mungkin! Dia tidak bisu wahai hakim. Aku mendengarnya berteriak di pasar tadi. Tidak mungkin sekarang dia bisu!” dengan nada sedikit emosi. “Pokoknya saya tetap minta ganti,”sambungnya.
Dengan tenang sambil tersenyum, sang hakim berkata, “Kalau engkau mendengar teriakannya, mengapa engkau tidak ke tepi dan memberi laluan?” Jika dia sudah memberi amaran,maksudnya dia tidak bersalah. Anda yang kurang mempedulikan amarannya.”
Mendengar keputusan hakim itu, bangsawan itu hanya mampu diam dan bingung. Dia baru sedar ucapannya ternyata menjadi bumerang baginya. Akhirnya dia pun pergi. Dan, lelaki tukang kayu bakar itu pun pergi. Dia selamat dari tuduhan dan tuntutan bangsawan itu dengan hanya diam.
Membentengi diri daripada perkataan-perkataan yang memakan pagar amatlah penting untuk mengekalkan kebahgiaan hati.
5. SI KAYA TANPA PERLUKAN HARTA
Orang yang benar-benar kaya adalah orang yang tidak mempunyai hutang dan tidak  mempunyai musuh. Dengan lebih banyak diam seseorang itu mungkin tiada musuh dan akhirnya kaya pahala.
Rasulullah S.A.W bersabda;
“Barang siapa diam maka dia terlepasdaripada bahaya.” (At-Tirmidzi)

6 MENUTUPI AIB DIRI
Kata hukama, menasihati orang yang bersalah itu tidaklah salah. Yang salah ialah memikirkan kesalahan orang serta memperkatakannya kepada orang  lain..
Kata hukama lagi, kalau orang menghina kita, bukan kita terhina sebaliknya orang yang menghina kita itulah yang sedang menghina dirinya sendiri.
*********************************************************************
Sebagai manusia kita berhak memperkatakan apa juga yang kita rasa dan kita yakini boleh mengembalikan motivasi diri kita. Namun manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali secara diam. Diam membawa kepada sabar dan tenteram secara hakiki. Diam melambangkan kekuatan dalaman yang kita miliki. Dengan ini saya mengajak diri dan rakan2 untuk menjadi pendiam yang punya kekuatan dan kaya dengan ilmu.
Lebih baik memaksa diri untuk diam daripada membiarkan bicara tanpa manfaat jadi ucapan..terlajak perahu boleh diundur lagi,terlajak kata buruk padahnya…
P/S
Jika dengan diam hanya mendatangkan fitnah ke atas diri kita,maka berbicaralah tentang kebenaran. Jika kita mampu mengeluarkan kata2 yang akhirnya menimbulkan salah paham, jgn kemudiannya dijadikan diam sebagai alasan untuk tidak memperbetulkan keadaan. Apa salahnya memperbetulkan yang silap. Apakah kita ingin terus menimbulkan salah paham sedangkan dengan bicara kita kemungkinan segalanya selesai? Be responsible. Diam itu ibadah jika niatnya betul, jgn jdkn ibadah diam sebagai alasan untuk tidak menyatakan kebenaran yang merupakan kewajipan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)