Pages

23 July 2011

>>

BACALAH SEBANYAK MUNGKIN BUKU-BUKU YANG BERMANFAAT, MOGA DAPAT MENDIDIK DIRI MENJADI ORANG YANG BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN. 

Sabda Rasulullah S.A.W, "Khairunnas anfa'uhum linnas", maksudnya;

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain." 



Saya sering ditegur oleh sahabat2 supaya jangan membaca atau mempelajari tanpa berguru. Saya sendiri malah memahami maksud mereka kerana mempelajari kitab-kitab agama tanpa guru boleh membawa kepada salah faham. Namun, apabila sudah mulai membaca, saya begitu mudah tenggelam ke dalam teks-teks ucapan dalam sesebuah kitab itu. Seringkali juga ditegur kerana mempelajari kitab2 yang dianggap sampingan. Lalu saya berusaha menyelesaikan terjemahan dan tafsir al-Quran serta kitab tauhid yang lebih utama. Lagipun, sekarang ni sudah ada penjelasan dalam buku-buku tafsir tentang ayat-ayat Kalamullah itu, yang memudahkan lagi saya memahaminya. 

Sudah menjadi hobi saya membaca buku2 seperti itu. Kalau ditanya sama ada sudah membacanya atau belum, akan saya jawab belum, kerna pasti akan ditanya, dengan siapa mempelajarinya. Kalau saya cakap hanya membaca sendiri, pasti akan di'lecture' lagi. Saya tidak suka dihalangi dalam melakukan sesuatu yang saya gemari, apatah lagi saya tidak melihat di mana silapnya saya membaca sekadar untuk mengisi masa dengan sesuatu yang bermanfaat, bukan untuk mengkaji. Lagipun, membaca buku-buku seperti itu sangat menarik, dan saya belum jumpa hobi yang lebih menarik daripada membaca buku2 agama.

Saya mengambil masa yang lama untuk menghabiskan satu kitab atau buku, kerana apabila menemui istilah, atau pernyataan yang saya kurang jelas, saya akan merujuk kepada kitab atau buku2 yang lain. Kenapa tidak merujuk  ustaz2 atau alim ulama? Saya sendiri tidak tau nak merujuk kepada siapa. Oleh sebab itu, pembacaan saya hanya saya anggap sebagai hobi bagi menambahkan pengetahuan, bukan untuk benar-benar mndalaminya sehinggalah mungkin satu masa nanti, akan ada orang yang bakal menjelaskan isi kandungan kitab2 yang telah saya baca.

Dengan membaca perenggan pertama dalam tajuk pertama  Syarah Al-Hikam , 'Perbuatan Zahir dan Suasana Hati' sudah cukup untuk membuatkan saya ingin cepat2 menghabiskan pembacaan Fadhilat Amal. Membuatkan saya tersenyum sendiri. Tinggal sedikit lagi, namun harus dihabiskan dengan teliti dan berhati-hati. Tak perlu tergopoh-gapah...memujuk kesabaran diri. Keinginan untuk mempelajari bidang tasawwuf dan fiqh semakin membuak-buak. Apakah akan tiba peluang yang dinanti-nanti bagi seorang yang bukan berlatarbelakangkn bidang agama seperti saya?? Xpala, apa jua bidang yang saya pelajari, pasti ada jalan untuk dimanfaati untuk Islam. InsyaAllah, semoga Allah memberkati.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)