Pages

29 February 2012

Meminta-minta..


Tengah hari tadi, aku balik dari mengambil modul yang aku fotokopi di Jinki. Semasa aku nak masuk rumah, tiba-tiba ada makhluk kecil memanggil-manggil. Makhluk tu adalah seorang budak lelaki yang berusia lebih kurang 7-10 tahun..mungkin..

"Kak, kak.."

"Apa?"

"Ada singgit sik?"

"Aaahh?"

"Singgit."

"Apa tek?" Bagaikn si pekak aku bertanya lagi.

"Singgit, singgit.."

"K pa?"

"Beli kopok."

"Em, xda."

"Please..." Sambil buat muka kesian x jadi.

"Xda,xda..xpat.."

"Em..50sen?"

"Xda, xpat.."

Then, budak tu pun berlalu sambil mendengus.
Bila aku masuk dalam rumah tadi, aku cakap sendiri...

"Sori dik, bukannya nak kedekut, tapi nak ajar sikit tentang sifat malu. Xda benda yang free kat dunia tok.."

Sedikitpun aku tidak bersimpati. Masa dia minta duit dengan aku tu, aku teringat zaman kanak-kanakku. Ya..aku diajar, dalam dunia ni xda benda yang free. Kecik2 dulu, kalau aku dan adik-beradikku nak duit, mak buat kuih untuk kami jaja petang2. Pastu dapatla upah 50sen, singgit jarang2. Aku bersyukur dapat didikan camtu dari mak ayahku.

Aku kesal dengan tindakan budak tu memita-minta tanpa rasa malu.,malah dengan orang yang tidak dikenali. Seolah-olah, apa yang dia buat tu satu common sense. 

Kalaulah aku bagi je, mungkin esok lusa dia minta lagi. Jujur..,aku terkejut disebabkan kewujudan budak camtu. Mana pergi mak ayah? Adakah mereka membiarkan saja kelakuan nak mereka tu? Aku xtau budak tu sekolah ke x, sebab tadi baru jam 12 lebih. Zaman aku sekolah rendah dulu, abis sekolah jam 1250...

******************************

Last but not least, aku nak kongsikan sedikit perkongsian dari laman saifulislam.com yang dikongsikan lecturerku semalam...

Common Sense: Kebiasaan Yang Kini Luar Biasa


Selamat Membaca!  ^_^


2 comments:

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)