Pages

04 February 2012

Sempena Maulidur Rasul

Bersempena dengan Maulidur Rasul, aku ada beberpa video nasyid untuk di share kan di sini...



"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."

-Hadith Riwayat Ibn Mas'ud R.A-


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan Dia (Allah) akan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Seseorang pernah berpesan; 

Jika tiba suatu ketika kamu merasa ujian dalam meneruskan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W itu berat, hayati kembali sirah perjuangan baginda S.A.W. Sesungguhnya belum ada orang yang memperjuangkan islam itu melalui jalan yang mudah dan bersenang-lenang. Ujian yang kita lalui tak seberat ujian yang baginda Rasulullah lalui.

Jika selepas membaca ayat di atas, terdetik di hati kita, "Aku bukan nabi." sebaiknya kita muhasabah balik, apakah kita ikhlas ingin mencontohi Rasulullah dan mengamalkan sunnahnya? Apakah kita benar2 menjadikan Rasulullah sebagai idola kita?

Selama ni aku hanya mempelajari sirah Nabi Muhammad S.A.W, melalui kitab Fiqh As-Sirah. Jadi teringat balik kenangan zaman sekolah dulu masa belajar KAFA dan Sirah di sekolah menengah. Dan aku teringat buku yang aku baca masa sekolah rendah dulu, Kisah dari Hadith.

Lepas tu, aku baca satu entri dari blog seorang kakak ni, berjudul 'revise'. Baru aku terperasan, banyak juga yang aku dah lupa tentang sirah 24 orang rasul dan nabi-nabi yang lain. Then, aku teringat buku yang aku baca sebelum Kisah dari Hadith, iaitu Kisah dari Al-Quran.

Di bilik sumber sekolah rendahku dulu, 2 rak penuh dengan buku-buku agama sahaja. Ada 2 buah buku sirah jilid 1 dan 2. Tu la buku setebal novel dan xda kartun pertama yang aku baca dalam hidup aku. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)