Pages

21 March 2012

Naratif 19: Pentas Baru

Dunia tidak berubah. Perjalanan diteruskan, namun kini bermula sebuah perjalanan di pentas yang baru. Pentas kehidupan yang mencabar, yang memerlukan kesabaran dan kecekalan hati. Sekali terleka bisa terbuai selamanya, tersasar hala tujunya. Tiada lagi insan yang mengingatkan diri, namun segalanya pilihan sendiri. Dia hanya ingin menyendiri, jujur pada hati, mencari identiti sendiri, tak ingin hilang diri.

Terasa diri terlalu jauh dari mereka yang tampak dekat pada pandangan mata. Sungguh benar, pandangan mata seringnya dusta. "Di sini bukan tempatku. Sungguh, aku tak layak."

Pentas perubahan beberapa tahun yang lalu dibinanya sendiri, bukan kerana sesiapa. Seorang demi seorang hadir di atas pentas yang dibinanya, atas takdir Allah. Namun entah kenapa...semakin mereka dekatinya dan cuba mengenalinya, hati semakin cuba menjauh, seolah-olah takut untuk dikenali..,lalu mulai menyembunyikan realiti diri. "Plastikkah aku?" Terasa diri hipokrit. Atau adakah ego yang membatasi? Dia sendiri tak pasti.

Tidak ingin terus menipu dan memaksa diri, lantas lari membina pentas yang baru. Pasti, tiada siapa yang memahami. Pentas baru dipenuhi cermin, melihat ke dalam diri, mengingatkan diri sendiri,belajar sendiri...ya.,berdiri di atas kaki sendiri. Cermin2 itu dijaga cermat agar tidak pecah dan membahayakan diri.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)