Kali ni,
aku nak cerita pasal bersangka baik..sebenarnya, ni adalah peringatan buat diri
sendiri..Tentang bersangka baik ni, personally bagi aku, ia ibarat satu daya
yang mebuatkan kita merasa lega dari perasaan-perasaan negatif...Macam 'jampi'
"Go Go Prejudice!"..Macam tak patut pula guna word 'jampi' tu..don't
misunderstand, k… Bersangka baik ni juga merupakan satu doa, sebab bila kita
bersangka baik, secara tidak langsung, kita berdoa untuk kebaikan.
Aku rasa
tak perlu bagi aku berceloteh panjang soal ni, sebab banyak lagi
blog-blog org2 yang lebih arif
menjelaskan tentang nya.. Mungkin cukup dengan aku sertakan bersama
dalil2, hujah2, quote2 yang berkaitan untuk kita jadikan iktibar dan kata
mutiara yang boleh dijadikan bekalan dalam rutin seharian kita..beringat-ingat
selalu!! ^_^
Alright,
molek kiranya aku memulakan dengan bait-bait hikmah firman Allah S.W.T, dari
kitab panduan sepanjang zaman, Al-Quran…
Dari
surah Al-Hujurat ayat 12, Allah berfirman:
"Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan
itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh
itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (49:12)
Allah juga berfirman
dalam surah Al-Fath ayat 12, yang bermaksud:
“Dan syaitan telah
menjadikan kamu memandang baik dalam hatimu persangkaan itu, dan kamu telah
menyangka dengan sangkaan yang buruk dan kamu menjadi kaum yang binasa.”
(48:12)
Bersangka baik juga
menjadikan kita hamba yang bersyukur. Contohnya, daripada mempersoalkan tentang
kenapa kita tidak mendapatkan apa ang kita hajati, dengan bersangka baik, kita
akan mampu untuk redha dengan keyakinan bahawa setiap apa yang berlaku ke atas
kita itu adalah kurniaan Allah untuk menguji kita, dan pasti ada hikmah di
sebaliknya.
Firman Allah dalam
surah Saba' ayat 13, maksudnya:
"Hanya sedikit
di kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur."(34:13)
Jom sertai golongan yang sedikit itu!
Rasulullah S.A.W
pernah bersabda, maksudnya:
"Jauhilah
prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta"
(HR. Muttafaqun
alaihi)
Kata Saidina Umar al-Khattab, khalifah kedua islam;
"Janganlah
kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu
(sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik."
"Seandainya
engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu
sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan
fitnah"
Seterusnya, saya
sertakan tips untuk sentiasa bersangka
baik sesama insan yang dikongsikan oleh Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, seorang ahli
tasawwuf yang tidak asing lagi dalam dunia Islam.
1. Jika engkau
bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan
dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan
lebih tinggi dariku."
2. Jika bertemu anak
kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada
Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh
lebih baik dariku."
3. Jika bertemu
orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada
Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
4. Jika bertemu
dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini
memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak
akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan
ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
5. Jika bertemu
dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) "Orang ini
bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat
kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir
umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
6.Jika bertemu
dengan orang bukan islam, maka katakanlah (dalam hatimu) "Aku tidak tahu
bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan
beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat
buruk."
Yang
meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. (Aristotle)
Bila nak
cerminkan diri,telitikan dahulu kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri.
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)