Saja nak ingat balik zaman hati yang keras ni mula2 reti tersentuh...
Keraskah hatiku? Mula2 tertanya soal tu bila sorang abg ni ckp pasal hati out of the blue.
Everyday aku tanya diri aku, 'keras sangat ka hatiku? hati yang lembut tu cmna?'
Then, tiba waktu cuti. Aku tinggal sorang2 di kolej kediaman. Bosan tahap gaban, aku jalan pusing kolej, cari bahan untuk berfikir. Tak berniat nak muhasabah, tapi 'ter'muhasabah diri. Menelaah balik diri. Aku pandang langit biru yang luas, entah kenapa hatiku tiba-tiba sayu, mata terasa basah. 'Homesick agaknya', bisik hatiku. Malam-malam tergerak hatiku nak baca Al-Quran yang aku dah tinggalkan selama beberapa tahun. Terasa keras lidah, bacaan tak lancar seperti sebelumnya. Entah kenapa, aku rasa sedih sangat, lalu menangis teresak-esak. Sebab tak ada orang tengok, aku menangis puas-puas. Lepas tu aku keluar dari bilik, pandang ke langit. Cuaca mendung agaknya, tak ada bintang. Aku jadi sedih lagi. Pelik...
Lepas cuti tu, aku ikut satu program yang entah apa namanya. Tu pun sebab budak surau tu main tunjuk ikut sedap hati siapa yang akan ikut. Boleh dia tunjuk aku yang 1st time dia nampak di surau tu. Or mungkin sebab tu 1st time dia tengok aku, jadi nak bantu aku menuju ke arah yang lebih baik. Syukran ya Ukhti!
Program tu program khas untuk muslimah. Ada sorang pakcik datang wat pengisian. Ada video. Tak ingat dah apa jadi hari tu, tapi sampai sekarang aku masih ingat isi video-video tu dan perasaan time ia tu dimainkan. Video tu cakap tentang siapa kita. Hati rasa sebak masa video itu dimainkan. Rasa nak menangis. Apa kejadah. Mata dah basah. Ku genggam tanganku, ego...masa tu boleh duk fikir "bila agaknya kali terakhir aku menangis"?
Tiba-tiba sorang kakak fasi berdiri di sebelah.
"OK ke?"
Aik, obvious sangat ke? "OK, Okeyh.." Cuba bernada cool..
"OK ke?"
Aik, obvious sangat ke? "OK, Okeyh.." Cuba bernada cool..
Dia terus duduk di sebelah. Then, masa rehat dia tanya. "Apa yang adik fikirkan tadi.?"
"Entah." Jawab nak tak nak.
Diam. Namun kakak tu terus duduk di sebelah aku.
"There's this strange feeling inside while watching the video." Aku bersuara, namun tetap tunduk.
"Emm.." Terus kembali diam, mungkin menunggu aku untuk terus bercakap. Tapi, aku hanya berdiam, organizing my feeling.
Ni lah salah satu video yang dimainkan dalam program tu. Ayuh hayati bersama.
Ni lah salah satu video yang dimainkan dalam program tu. Ayuh hayati bersama.
Program itu merupakan langkah ketiga aku nak strive to be a better person. It seems more like a coincidence, tapi sebenarnya ia satu jalan yang Allah tunjukkan untuk aku. Langkah pertama, intention. Kemudian, langkah kedua, cuba mendekatkan diri dengan orang-orang yang baik.
Walaupun sampai sekarang ni aku ni takla baik mana, tapi aku masih cuba lalui jalan tu. Jalan untukku terus berusaha agar jadi lebih baik. Jalan yang penuh dengan duri, tapi dapat ku lalui dengan tenang. Moga terus istiqamah.
Thank You Allah, kerana membuka jalan untukku kembali kepada fitrah Muslim yang sebenar. Masih jauh lagi, namun akan ku teruskan.
Doakan yea!