Assalamualaikum, minna-san~
Di kesempatan kali ini, aku ingin berkongsi tentang tawadhuk atau merendah diri, or modesty berdasarkan Syarah Al-Hikam daripada Syeikh Ibn Atho'illah as-Sakandary dan Quick Grasp of Faith by Harun Yahya.
Syeikh Ibn Atho'ilah as-Sakandary membincangkan tentang sifat tawadhukatau merendah diri ini dalam syarah ke 250-253.
250. Siapa yang merasa diri bertawadhuk, maka bererti ia benar-benar sombong, sebab tidak mungkin dia merasa tawadhuk kecuali kalau ia merasa besar/tinggi, kerana itu bila engkau menetapkan bahawa dirimu itu besar/tinggi, maka benar-benar engkau telah sombong (mutakabbir). Maka apabila engkau menetapkan dirimu bertawadhuk (merendah diri) yakni padahal engkau itu seorang besar dan tinggi, maka itu bererti engkau benar-benar telah sombong (mutakabbir).
251. Bukan orang yang tawadhuk itu, seorang yang bila bertawadhuk lalu merasa bahawa ia telah merendahkan dirinya, tetapi orang yang tawadhuk itu adalah yang bila berbuat sesuatu merasa diri belum layak mendapatkan kedudukan itu.
252. Hakikat tawadhuk (tawadhuk yang bersungguh-sungguhnya) ialah yang timbul kerana melihat/ memperhatikan kebesaran Allah, dan terbukanya sifat-sifat Allah. Tawadhuk dalam pendapat ahli tauhid, adalah kesombongan sebab siapa yang merasa dirinya ada kemuliaan dan kedudukan, maka perasaan yang demikian itulah kesombongan.
253. Tidak ada sesuatu yang dapat mengeluarkan (melepaskan) engkau daripada sifat kesombonganmu, kecuali jika engkau melihat sifat-sifat Allah.
On the other hand, Harun Yahya discussed about modesty in the 1st question of Quick Grasp of Faith 2.
1. What does modesty signify in believers?
Modesty is mentioned in the Qur'an as an important attribute of believers. Allah, in His verses, commands believers to be modest. It is also related in Qur'anic verses that Allah does not love those who are haughty and boastful. Believers are those who are aware of the fact that Allah is the Creator and the only Lord of everything, and that it is He Who bestows His blessings on mankind. A believer is cognisant of his weakness before Allah, and therefore never displays an unjust arrogance. No matter how beautiful, how rich, how intelligent or how esteemed he may be, he does not boast of these things, because he knows that it is Allah Who grants them to him. For that reason his behaviour towards other believers is also modest. He does not try to emphasise his own abilities or good features; he expects the recompense for all he does only from Allah.
Contrary to the arrogance of unbelievers, believers behave with a humility, which is also reflected in their appearance. The modesty of their manner is described in the following verse:
The servants of the All-Merciful are those who walk lightly on the earth [i.e., with dignity but without arrogance] and, who, when the ignorant speak to them, say, "Peace". (Surat al-Furqan: 63)
As a result of this attitude, Allah gives believers the glad tidings of Paradise:
"… Your God is One God so submit to Him. Give good news to the humble-hearted." (Surat al-Hajj: 34)
Tricky, isn't it?
Bila kita merasakan bahawa kita telah merendahkan diri atau being humble hanya kerana kita merendahkan perasaan tinggi diri (rasa bagus) atau merasa mulia, sebenarnya, itulah hakikat kesombongan dan itulah yang dimaksudkan dengan takabbur, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
"Sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina orang lain."
Menghina orang lain, biarpun tidak secara zahir, disebabkan merasa diri tinggi atau mulia.
Selagi kita tidak memperhatikan dan ingat selalu kepada sifat ketuhanan, kebesaran dan kekuasaan Allah, selagi itulah kita merasa besar, dan bongkak. Selagi kita tidak melihat sifat kesempurnaan Allah, maka selagi itulah kita tidak mengakui kekurangan-kekurangan atau kehambaan diri kita kepada Allah.
Lalu tanpa kita sedar, kita sebenarnya sedang takabbur.
Jadi, kita perlu sentiasa ingat bahawa setiap kebaikan yang ada pada kita semuanya datangnya dari Allah. Malah kita ni pun adalah ciptaanNya. Jadi, adakah wajar bagi kita untuk bersikap sombong dengan apa yang kita miliki?
Sumber:
Terjemahan Al-Hikam: Pendekatan Pengabdian Pada Khaliq oleh Syeikh Ibn Atho'ilah as-Sakandary
Quick Grasp of Faith 2 by Harun Yahya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)