Pages

31 July 2018

ISTIDRAJ: Kurniaan tanpa Nikmat

Syarah 75 (Al-Hikam): KURNIAAN YANG MENJADI ISTIDRAJ


Takutlah kamu terhadap kurniaan Allah S.W.T yang selalu kamu perolehi sedangkan kamu melanggar perintahNya, jangan sampai kurniaan itu semata-mata istidraj. (Syeikh Ibn 'Atha'illah as- Sakandari)


Firman Allah S.W.T dalam surah al-A'raf, ayat 182: 

Kami akan binasakan mereka perlahan-lahan dengan jalan yang mereka tidak sedar.


Istidraj: Kurniaan tanpa nikmat

Kurniaan yg membuatkan kita bertambah lalai dan derhaka kepada Allah. Lupa bahawa segala yang kita nikmati di dunia ni datangnya daripada Allah.


Bahayanya fikiran sebegini: 'Aku tak solat, tak berdoa pun rezeki tetap bertambah-tambah.' (contoh)

Apabila kelalaian dan kederhakaan mereka telah melampaui batas maka Allah s.w.t mendatangkan bala yang besar kepada mereka. Mereka adalah umpama orang yang diangkat ke tempat yang tinggi sambil mereka menganggap pengangkatan itu sebagai satu kemuliaan namun, setelah mereka berada di tempat yang tinggi itu mereka dicampakkan ke bawah. Kejatuhan yang demikian memberi kesakitan yang lebih kuat.


Firman Allah s.w.t dalam Surah al-An'aam ayat 44:

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).



In a nutshell, 


1. Sentiasa berhati-hati agar kesenangan dan kemewahan tidak melalaikan kita lalu menjatuhkan kita ke dalam suasana istidraj.

2. Kurniaan Allah itu (rezeki) satu peringatan. Yang menjadikan hilangnya nikmat dalam kurniaan itu adalah kelalaian kita untuk bersyukur, lalu leka tenggelam dalam kesenangan yang disangkakan nikmat.

3. Sentiasa beringat bahawa Allah sentiasa bersama kita walau di mana kita berada. Justeru, setiap kali kita dikurniakan kesenangan itu, perkara pertama yang kita rasa adalah kesyukuran kepada Allah.


Wallahua'lam.



Sumber:

Terjemahan Al-Hikam: Pendekatan Pengabdian Pada Khaliq oleh Syeikh Ibn Atho'ilah as-Sakandary

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)