Pages

29 December 2014

Misc...school~

Suasana blok kelas mulai riuh menandakan para pelajar sudah mulai bergerak ke kelas masing-masing selepas solat berjemaah maghrib di surau. Tidak terkecuali kelas 4 D yang terkenal dengan kenakalan pelajar-pelajarnya.

"Q, jom main sekali." Zafirah mengajak Q yang sedang duduk di sudut belakang kelas.

"OK." Tanpa berbasa-basi, Q menurut.

Zafirah memusingkan pensil HB stabilonya. Amira, Fatin, Qaisara, Mazwin, Johari dan Nathan berdiri di keliling meja Zafirah sambil memerhati Stabilo HB itu. Mata pensil berhenti mengarah ke arah Qaisara.

"Ceh, baru main dah kena. Dare." Belum sempat yang lain bertanya 'Truth or Dare?' dia sudah terlebih dahulu menjawab.

Yang lain segera berbisik sesama sendiri. Mereka kembali memandang Qaisara sambil tersengih-sengih.

"Dare nya, awak pi cakap kat wafdan 'I love U'." Mazwin bersuara. "Mesti jelas dan jangan bagitau yang kita tengah main. Zafirah dan Johari jadi saksi." Sambungnya lagi.

"OK. Jom."  Ajak Johari. 

"Asal main ni, terus kena, asal kena, dare nya mesti macam tu, hari tu Asyraf jadi mangsa. Ni Wafdan. Ni nak jadikan aku ni playgirl ke apa?" Sambil bergerak ke kelas 4 A untuk mencari Wafdan, Qaisara merungut.

"Dare tu memang sesuai untuk awak." Jawab Zafirah. Johari tergelak.

"Assalamualaikum." Semua pelajar di kelas itu memandangnya serentak.  "Wafdan ada?" Tanyanya.

"Belum sampai." Serentak beberapa orang pelajar menjawab. "Owh. Terima kasih." Mereka bertiga kembali semula ke kelas.

"Wafdan tak ada." Johari memberitahu yang lain sebaik sahaja masuk ke kelas.

"Belum sampai." Sambung Zafirah.

"Tu Wafdan." Safina yang duduk di sebelah pintu bersuara.

Qaisara memandang yang lain. Mereka masing-masing memberikan isyarat supaya Qaisara melaksanakan 'Dare' nya sekarang. Kelihatan kelibat Wafdan berjalan bersama Hamdan, rakan sekelasnya.

"Dan." Qaisara memanggil. Keduanya menoleh, berhenti dan menunggu Qaisara berkata-kata. Seisi kelas 4 D mulai senyap.

"I love U." Q mengucapkan bersahaja.

Wafdan dan Hamdan memandang satu sama lain. "Ko ke aku?" Sama-sama menjungkit bahu, lalu terus berjalan menuju ke kelas tanpa mempedulikan. Keadaan itu disambut dengan tepukan tangan dari kawan-kawan Qaisara. Qaisara hanya diam. Dadanya terasa berdebar dengan kuat sekali. Dia terus duduk di tempatnya.

"Q, tak nak main lagi?" Johari bertanya.

"Tak nak la. Dah pukul 8, sekejap lagi warden meronda." Jawab Qaisara. Mereka pun ikut sama berhenti bermain. Semua kembali ke tempat masing-masing dan mulai mengeluarkan buku masing-masing.

************************************************

"Assalamualaikum. Q, dah makan ubat?" Farha datang dari kelas sebelah, 4C. Seperti kebiasaannya, Farha mengingatkan Qaisara untuk makan ubatnya.

"Lupa bawa air la hari ni." Jawab Qaisara. Dia paling liat apabila disuruh makan ubat.

"Dah agak dah. Nah." Farha yang sudah biasa dengan taktik Qaisara itu menghulurkan sebotol air.

"Malasnya…" Keluh Qaisara sambil membaringkan kepalanya ke meja lalu memejamkan mata.

Farha terus membuka beg Qaisara dan mengeluarkan ubat-ubatnya. "Makan..aku panggil Wafdan kang." Ugut Farha.

"Ko ni tak da taktik lain ka?" Qaisara mulai menelan satu per satu kapsul pil, lalu merebahkan kepalanya semula.

"Ni." Farha menggerak-gerakkan botol ubat cecair di hadapan mukanya.

"Yang tu tak nak. Tak perlu." Qaisara buat muka.

Farha membaca arahan pada botol ubat itu. "3 kali sehari kot." Ujar Farha. 

Qaisara masih membaringkan kepalanya. Farha keluar dari kelas. Qaisara mengeluh lalu menongkat dagunya sambil memandang ke luar tingkap. Seketika kemudian, Farha datang kembali bersama Wafdan. "Ni Wafdan, dia tak mahu makan ubat ni." Sambil memberi botol ubat itu kepada Wafdan.

"Cis. Ko ni Farha." Qaisara terus membetulkan duduknya sambil melepaskan keluhan. "Bagi sini ubat tu." Minta Qaisara pada Wafdan dengan nada tidak puas hati. 

Wafdan hanya diam. Dia membaca arahan di botol ubat itu. Kemudian, dengan perlahan dia menuangkan 10ml cecair itu ke dalam cawan sukatan kecil di atas penutup botol itu dan menghulurkan ubat itu kepada Qaisara.

Muka terasa panas. Bekas itu disambut tanpa memandang ke arah Wafdan. Namun, masih belum diminum. Rasa pelik menyukarkannya untuk menelan ubat itu. "Minumla." Arah wafdan, lembut.

"Kau balik la kelas. Karang Warden sampai." Rendah suaranya. Malu.

"Selagi kau tak minum ubat tu, selagi tu aku berdiri di sini." Jawab Wafdan.

Dengan teragak-agak, Qaisara meneguk ubat itu. Cepat-cepat dia minum air suam sampai habis untuk menghilangkan rasa ubat itu di lidahnya. Wafdan mengeluarkan sebiji gula-gula Kiss Me berperisa ceri dari poket seluarnya lalu diberikan kepada Qaisara.

"Terima Kasih." Sekadar tunduk tanpa memandang Wafdan dek malu yang terasa.

"Sama-sama. Farha, kalau dia tak nak makan ubat lagi, bagitau je aku." Sempat Wafdan meninggalkan pesan kepada Farha yang hanya diam sambil memerhati dari tadi.

"Semestinya." Jawab Farha sambil tersengih ke arah Qaisara. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)