Pages

28 April 2011

Hari Lahir


~Time passed…
Never stop…
We’re nearer to death…
Nearer to the end of life…


Dengan izin Allah S.W.T, saya masih lagi berdiri teguh di atas tanah persinggahan ini setelah genap 21 tahun hari ini..
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan kehidupan sehingga hari ini..dan Alhamdulillah, masih berada dalam nikmat islam dan nikmat iman, insyaAllah.. 21 tahun sudah saya bertamu di bumi Allah ini, menumpang segala nikmat yang Dia beri. TanpaNya, maka tiadalah saya di muka bumi ini.
Hari lahir…
Beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah..itu sepertimana yang kita ketahui merupakan rukun iman yang terakhir. Sebagai seorang muslim, kita wajib percaya akan Qada’ dan Qadar, begitulah juga percaya bahawa jodoh dan kematian itu telah Allah S.W.T tentukan sejak azali lagi. Hari lahir bukanlah hari untuk kita bersuka ria atau berparti, tetapi untuk kita lebih mensyukuri dan mengingati mati. Inilah prinsip saya berkenaan dengan hari lahir. Ya, ianya adalah persepsi, bukanlah saya mengajak pembaca untuk berfikir seperti saya, tetapi cukuplah sekadar membaca bait kata-kata ini. Dan apa2 yang kurang itu, abaikanlah. Kematian yang telah Allah Ta’ala tetapkan tidak dipercepatkan atau dilambatkan biarpun setengah saat. Maka, saban hari yang kita lalui, terus mendekatkan kita dengan kematian. Apalah kiranya sedikit waktu kita gunakan dalam sehari-hari untuk berfikir dan bertanya pada diri kita sendiri;
Apakah yang telah aku buat untuk islam?
Diterimakah segala amalanku selama ini?
Adakah aku bersyukur dengan nikmat yang Allah beri?
Dan kita kira, berapa kerap kita memuji kebesaran Allah dengan melafazkan Subhanallah, bersyukur kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah dalam sehari… Berapa kerap kita mengingati Allah dalam sehari, atau apakah kita hanya mengingati Allah apabila dihimpit kesusahan?? Ayuh kita bermuhasabah, saudara saudari yang saya kasihi lillahita’ala.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 41-43.yang bermaksud;
Wahai orang2 yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya (memohonkan keampunan untukmu) supaya mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.
Disebut dalam sebuah hadith riwayat Imam Ahmad;
“Hendaklah kamu mengingati Allah, nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajatmu.
Saya bukanlah seorang mu’alim yang benar-benar layak untuk berkongsi ilmu agama dengan kalian dalam keadaan saya masih kekurangan ilmu, tetapi saya hanyalah seorang saudara seislam kalian yang ingin mengajak kalian bermuhasabah dan mengingati Allah, kerana saya ingin menjadi teman atau sahabat yang baik buat kalian.
Hazrat Abu Darda meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
“Allah S.W.T akan membangkitkan pada hari kiamat beberapa golongan yang bercahaya wajah mereka(cahaya yang bergemerlapan). Mereka berada di atas mimbar-mimbar daripada mutiara. Orang ramai akan mencemburui (mengagumi) mereka, sedangkan mereka itu bukan para nabi dan bukan juga para syuhada.” Maka seorang badwi berkata, “Ya Rasulullah, terangkanlah kepada kami sifat2 mulia mereka supaya dapat kami mengenali mereka.” Rasulullah S.A.W bersabda, “Mereka adalah orang2 yang berlainan kaum dan berlainan tempat, mereka berkasih-sayang semata-mata kerana Allah, mereka berkumpul untuk mengingati Allah dan menyebut namaNya.”
(HR Thabrani)
Sesungguhnya dengan zikir atau mengingati Allah serta taqwa atau takut kepada Allah akan menghindarkan kita daripada perkara2 yang dimurkaiNya. Marilah kita sama-sama mengingati Allah dengan berzikir kepadaNya. Dan ayuh kita luangkan masa untuk bermuhasabah, refleksi diri, adakah kita seorang hamba yang bersyukur?
Pada hari lahir saya yang ke-21 ni, seperti tahun2 sebelumnya juga, saya mengharapkan agar Allah memberi kekuatan dan keikhlasan untuk saya berusaha untuk lebih banyak memberi kepada orang lain. Bagi saya, kepuasan dalam kehidupan ni bergantung kepada sebanyak mana saya memberi dengan segala nikmat yang Allah pinjamkan kepada saya. Memberi demi agama, insyaAllah, kerana Allah Ta’ala. Mengoptimumkan tenaga yang Allah beri untuk menjadi orang yang banyak manfaatnya kepada orang lain., agar segalanya kembali kepada Allah Ta’ala..
Innasolati wanusuki wamahyaaya wamamati lillahirabbil’alamin..
Moga ikhlas dalam mengamalkannya…
Moga tulisannya bermanfaat..
Wallahu’alam.
I’m no one
I’m nothing without You~

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)