Pages

26 April 2011

Naratif 14: Rindu


Konsentrasinya terganggu. Sekali lagi dia diancam rasa rindu yang mencantas egonya. Berlinangan air matanya lalu mengaburi pandangannya. Ditahannya agar ianya tidak jatuh, namun ia tetap gugur membasahi pipi. Dibukanya laci meja lalu dikeluarkan sebuah naskhah kecil;
Letters to Jerusalem
(8)
JERUSALEM LIBERATED
THE LEGACY OF SALADIN
Su’ud Abu Mahfuzh
Lalu bermain di matanya sebuah kenangan yang benar2 mengubah dirinya, cara pemikirannya. “Kenapa aku perlu menangis? Bukankah perkenalan itu adalah suatu nikmat yang sepatutnya membuatkanku gembira?” Dibukanya helaian utama naskhah itu;
Jadilah adik yg baik :P
You have to come back!       ~kakak
Pandangan teralih ke sudut meja. Sebuah gambar kecil, gambar seorang insan yang memberinya ilham tentang fenomena ukhuwah yang hakiki. Biarpun tidak pernah berbicara secara langsung, namun ukhuwah itu masih segar setelah beberapa tahun. Perkenalan yang bermula dari satu SMS, sehingga kini masih belum berpeluang untuk bertemu. Ingin sekali dia berjabat tangan dengannya dan memeluknya,lalu membisikkan di telinganya, “aku mengasihimu kerana Allah,terima kasih utk ukhuwah ini, terima kasih untuk segalanya.”
Hatinya bertambah rindu pada kedua insan itu. Air matanya jatuh kian laju. Lantas beristighfar. “Apakah kasih dan rinduku pada mereka melebihi cinta dan rinduku pada Al-Khalik?” Astaghfirullahal’azim..berhenti menangis.
Mereka… Tatkala aqidahnya hampir terpesong, diilhamkan olehNya kepadanya utk menghubungi mereka. Lalu dia berpatah balik menuju laluan utama hidupnya. Mulai mempelajari islam, cuba mengenal Tuhan. Tika dia merasa bimbang untuk kembali kepada keluarganya, diingatkan olehnya tentang sebuah kisah perjalanan Rasul junjungan. Dari situ dia mengenal hakikat kehidupan insan. Lalu tanpa ragu diteruskan perjalanannya…
Perkenalan yang telah Allah takdirkan itu membawanya ke laluan yang dia lalui sekarang. Kerana Allah mereka bertemu, dan kerana Allah mereka berukhuwah. Berbaring..pandangannya kosong pada kipas yang berputar di siling bilik. Dipejamkan mata lalu membayangi kedua insan itu. Lantas hatinya berbisik. “Ya Rabb, ikhlaskan kami dalam ukhuwah yang terbina ini keranaMu. Semoga kasih dan rinduku pada mereka meningkatkan lagi cinta dan rinduku padaMu ya Rabb. Dan janganlah kasih dan rinduku ini melebihi cintaku kepadaMu, Ya Rahim. Andai telah sampai masaku untuk kembali kepadaMu, izinkan aku memeluk mereka dan menghadiahkan senyuman terakhirku buat mereka, kerana merekalah yang telah Engkau hadirkan dalam hidupku untukku mengenaliMu dan belajar mencintaiMu.”
Dibuka kembali matanya lalu disegarkan diri dengan wudhuk. Kembali menelaah, dalam ketenangan…

2 comments:

  1. pertemuan dan perpisahan itu lumrah. andai diri menyayanginya, doakanlah supaya mereka di bawah naunganNya kerana ukhuwwah yang berlandaskan Islam demi menggapai mardhatillah tidak pernah terputus seperti terputusnya benih-benih untaian tasbih.

    ReplyDelete

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)