Kembali melakar tulisan hati. Kurang tribulasi, kebahagiaan mulai dikecapi. Namun tanpa diuji terasa iman kian luntur? Benarkah begitu? Hanya Dia yang tahu. Dalam satu durasi, dia diuji dengan hadir, kembali dan perginya beberapa insan bernama lelaki. Sungguh lelaki sukar untuk difahami. Bukan niat untuk mengecewakan, cuma hati tidak ingin dicemari dengan rasa yang mengganggu emosi. Bimbang pudarnya cinta kepada Ilahi. Dia lebih tahu apa yang dia ingini. Terasa diri semakin dewasa..
Dia kini di alam awal dewasa. Suatu period yang penuh dengan konflik. Semakin banyak berfikir tentang hidup.“Siapakah aku di masa hadapan?”.. “Sampai manakah kehidupanku?”.. “Di manakah destinasi terakhirku?”Menungannya ditemani persoalan-persoalan futuristik. Pernah dulu berpersepsi bahawa diri tidak akan sampai ke usia sekarang. Semakin diimbau kisah semalam, semakin dia bersyukur dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah..
Bait kata-kata pujangga terlintas di mindanya..
“Hari ini adalah impian kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.”
Suatu ketika, pernah dia terfikir, berpeluangkah aku menjejakkan kaki ke menara gading? Lalu disingkir putus asa..berusaha untuk terus hidup. Yang ada di minda..”aku ingin hidup lebih lama”..Dan kini..dia masih berdiri.. dia masih di sini..masih menumpang nikmat kehidupan kurniaan Ilahi. Dan hidupnya juga hanya untuk-Nya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)