Go to Misc... kalau nak baca Part 1
“Hello.” Suara yang lama tidak dia dengari menyapa di hujung talian.
***************************************************
“Hello.” Suara yang lama tidak dia dengari menyapa di hujung talian.
“Hello, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
“Wafdan, Qaisara ni.”
“Aaa..Q. Apa khabar? Lama tak dengar khabar.”
“Alhamdulillah, biasa-biasa je. Kau?”
“Alhamdulillah, sihat.”
“Aku dengar kau nak berangkat ke France.”
“Ya..lusa. How did you know?”
“Tetiba banyak SMS masuk hari ini. Haha. So, ambil course apa?”
“Haha..Chemical Engineering. Kau di mana sekarang? Study
course apa?”
“UKM. Mechanical Engineering. Baru 1st year.”
Sepi. Habis modal?.
Ahhh, this is awkward. Ini gara-gara langsung tak dengar khabar lepas SPM sampai
tak tahu mana nak mula. Banyak persoalan, banyak nak dibualkan. Namun masih memikirkan
kronologi yang sesuai. Lalu tinggal suara background dan desiran angin.
“Emm..aku langsung tak tahu menahu tentang kau lepas SPM
hari tu. Dah lebih 2 tahun.” Q memecah sepi.
Kali terakhir berjumpa adalah semasa mengambil keputusan
SPM, selepas dia tamat menjalani Program Latihan Khidmat Negara. Itu pun
langsung tidak bercakap. Lepas saja dapat slip keputusan, dia terus pulang ke rumah.
“Ya. Aku pun.” Jawab Wafdan. Ringkas.
Mereka kemudiannya bertukar-tukar cerita tentang pengajian,
tawaran-tawaran pengajian yang mereka terima, niat Q untuk bertukar program
pengajian dan tentang kawan-kawan yang lain. Jam di dinding dipandang sekilas.
Sudah lebih sejam.
“Wafdan, will you be okay with the changing whether and
temperature?” Minda mengimbau kembali saat Wafdan diserang asma sewaktu mereka berjaga
sepanjang malam bersama ahli Majlis Pemimpin Pelajar yang lain bagi menyiapkan
dewan untuk Majlis Anugerah Cemerlang sekolahnya.
“Okay, InsyaAllah.”
“OK la kalau camtu. So, take care.” Perbualan sudah hampir
sampai ke panghujungnya.
“Kau juga. Take care.”
“Inhaler jangan lupa.”
“Dah pack.”
“Good. Don’t drive.”
“Why not? Aku ada lesen.”
“Better not. Minta orang lain drive kalau boleh.”
“Kenapa?”
“How did you differentiate the green and red light? Kalau
masih confius confius baik jangan. Kalau dah master, tak pa. Plus, driving di
sana tak sama dengan sini. Driver’s position, and peraturan jalan pun mungkin
berbeza.” Ceh Q, macamla ko pernah ke
sana. Bisik hati.
Dia pernah menjadi pembantu Wafdan semasa Wafdan menyiapkan
tugasan pendidikan seni semasa mereka berada di kelas yang sama di tingkatan 1.
Dia juga yang membantu semasa mereka sama-sama mewarna polisterina huruf untuk
backdrop majlis-majlis di sekolah semasa mereka berada dalam biro yang sama
dalam Majlis Pemimpin Pelajar. Tiba-tiba hati merasa cemburu dengan kebolehan
dan kebijaksanaan Wafdan.
“Em..”
“Send me postcards.” If
you send at least one, i’ll wait for you. Don't really have time and space in my heart for that, anyway. Haha.
Nakal hati berbisik sambil tersenyum sendiri.
“Nanti aku tag di FB.”
“Tak bestla camtu. Aku mana ada akaun FB.”
“Tu la gunanya social network. Sign up then.”
“Ceh. Whatever. OK la. Maaf ganggu malam-malam ni.”
“Tak pa. Aku sampai sana nanti aku call.”
“Tak perlu. Save kredit tu untuk family.”
“Ada skype?”
Masing-masing bertukar nama Skype.
“Assalamualaikum. G'Nite.”
“Waalaikumsalam. Thanks for calling. Nite.”
End Call. Sama-sama. Bisiknya
sendiri.
Q merebahkan badan berbaring sambil mengenang kembali zaman
sekolahnya yang penuh dengan warna-warni kehidupan.
"Siapa Wafdan pada kau?" Persoalan Farha siang tadi menerjah
fikirannya. Dia sendiri tidak pasti jawapannya. Yang pasti, Wafdan itu seorang yang dia kagumi dan hormati. Sebagai kawan atau
lebih dari itu, biarlah masa menentukannya.
Let the postcard
decide?? Senyum sendiri.
************************************************
* Sekadar contengan peribadi, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)