Pages

23 January 2012

Kenapa perlu menyelami kisah di sebalik ayat-ayat di dalam al-Quran?



Al-Quran bukan hanya untuk dibaca tika ingin mencari ketenangan hati, tetapi untuk dipelajari dan difahami.

Turunnya setiap ayat di dalam al-Quran itu bersama maksud dan kisah tersendiri. Oleh itu, untuk memahami ayat2 di dalam kitab suci ini, kita digalakkn untuk mempelajari asbabul nuzul atau sebab turunnya ayat bagi setiap ayat di daam al-Quran. 

Sikap2 manusia terhadap al-Quran...antaranya ialah;

1. Mereka yang gemar mendengar bacaan al-Quran dari MP3 tika mengalami ketidaktenangan hati, tetapi tidak pula membaca al-Quran sendiri.

2. Mereka yang membaca al-Quran hanya untuk menenangkan hati, tetapi lupa pada al-Quran bila tidak dilanda keresahan.

3. Mereka yang mengamalkan membaca al-Quran sebagai rutin tetapi tidak memahami maksud setiap ayat yang dibaca.

4. Mereka yang membaca al-Quran serta terjemahannya.

5. Mereka yang membaca al-Quran, terjemahan dan tafsirnya serta bertanya apabila kurang faham.

6. Mereka yang membaca al-Quran, terjemahan, tafsir serta sebab atau peristiwa di sebalik turunnya ayat2 al-Quran tersebut.


7. Mereka yang membaca al-Quran, terjemahan, tafsir serta sebab atau peristiwa di sebalik turunnya ayat2 al-Quran tersebut, serta mengamalkan suruhan2 Allah.

Tidak ketinggalan mereka yang seakan-akan benci akan ayat al-Quran..

Mempelajari al-Quran bukan bermakna belajar membacanya dengan betul, tetapi memahaminya. Jika kita mampu belajar ilmu dunia sepanjang hari, kadang-kadang x cukup tidur untuk study, apa salahnya diluangkan sedikit masa untuk mempelajari isi al-Quran. Sedikit demi sedikit, insyaAllah, akan khatam juga. Biarlah kita hanya meluangkan 1/7 daripada masa belajar sekalipun, daripada terus langsung tidak mempelajarinya. Percayalah, tiada kisah atau cerita yang lebih menarik daripada cerita2 dari al-Quran, sebuah kitab panduan kehidupan, cukup sempurna untuk dijadikan pedoman. Segala yang tidak jelas, dijelaskan di dalam hadith. Hayati al-Quran dan hadith, insyaAllah hidup di atas jalan yang lurus dan benar, x sesat, x menyimpang.


Al-Quran sumber cahaya dalam kehidupan
Bagi yang belum mula, bermulalah dari sekarang biarpun bermula dengan 10-15 minit. Jangan bertangguh untuk perkara kebaikan. Tiada penangguhan untuk mati, hanya Allah yang tahu. Semoga Allah memberkati, dan semoga cahaya menerangi hati kita. Mati adalah pengakhiran bagi kehidupan di dunia, maka, pilihlah untuk mati dalam keimanan. Perjalanan kita xterhenti dengan mati, kerana ada SYURGA dan NERAKA menanti.

All the best!

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)