Pages

02 January 2012

Bahaya Amarah Tak Terkawal

Tempat: Ujana Kewangan Labuan, 2009

Sekumpulan pelajar perempuan bergerak ke surau muslimah di ujana kewangan bagi menunaikan solat fardhu zohor. Di surau, mereka terjumpa seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lebih kurang 8-9 tahun, dikatakan anak kepada pekerja awam di situ. Kanak2 tersebut sangat buruk perangainya dan asyik mengeluarkan kata-kata kesat di hadapan mereka. Paa mulanya, mereka tidak mempedulikannya, namun, dia amat bising dan mengganggu muslimah yang sedang solat.

Salah seorang daripada pelajar (A) menasihati kanak-kanak tersebut dengan lembut, namun kanak-kanak tersebut semakin galak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelajar tersebut. Hilang sabar, A mulai main tangan. Daripada mencubit pipi, kemudian memukul. Tiada yang cuba menghalang, mungkin kerana semua membenci knk2 tersebut dan merasakan dia memang patut diperlakukan begitu. Kanak2 tersebut menangis. Keadaan mulai bising, dan pelajar2 lain sekadar menyuruh A berhenti, namun tiada yang meleraikan, sekadar berkata, "sudahla, berhentila..". Kerana terlalu marah, A menggenggam bahagian leher baju kanak2 tersebut dan mengangkatnya, lalu menghempasnya. Kemudian menggenggam kedua belah tangan kanak2 tersebut dengan kuat dan mengangkatnya dan bertindak kasar lagi. Seorang pelajar lain, B bangkit lalu cuba meleraikan A daripada kanak2 tersebut. Genggamannya sangat kuat, dan tangannya ditepis dengan kuat oleh A. Tanpa menghiraukan kesakitan, B terus meleraikan dan meminta pelajar lain membantu menenangkan A. 

Setelah berjaya meleraikan A drpd kanak2 tersebut, kanak2 tersebut terus memeluk B. B meminta yang lain membawa A keluar dari situ. B mengesat air mata kanak2 tersebut dan mulai menasihati.

B: Lain kali jangan cakap benda tak baik, jaga mulut tu. Semua orang tak suka. Duduk diam2 tunggu mak habis kerja. Jangan ganggu orang lain. Kalau bosan pun, main dengan orang elok2, jangan keluarkan sumpah seranah cam tadi tu. Dosa...ti masuk neraka. Ingat tu..

Kanak2 tersebut sekadar mengangguk. B bangun untuk beredar, namun kanak2 tersebut memeluk kakinya dengan erat. 

B: Orang takkan pukul kamu kalau kamu baik..jangan risau, kalau kamu berkelakuan baik, perkara macam tadi takkan berlaku lagi...akak nak balik ni, dah lewat..

Kanak2 tersebut melepaskannya lalu masuk ke dalam stor di surau tu dan duduk seorang diri.


**************************************

Daripada abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W. "Berwasiatlah kepadaku, "Lalu Nabi S.A.W menjawab: "JAnganlah engkau menjadi seorang yang pemarah." Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi S.A.W menjawab: "Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah." -HR Bukhari-

Sabda Nabi S.A.W maksudnya : 


”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)


Sabda Nabi S.A.W maksudnya :


”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)