Pages

22 December 2014

Misc.....Shu 2

Sy dh smpi. Dpn S.O.S ni.
Message sent.
Qaisara berdiri di depan kedai kasut S.O.S sambil memerhati sekeliling bangunan shopping complex itu.
"Oit. Assalamualaikum." Bahunya dicuit dari belakang, lantas dia berpaling sambil menjawab salam.
Jejaka bermata sepet di hadapannya diperhatikan dari bawah ke atas. Tingginya! Erk. What's with that hair? Dah macam kulit durian aku tengok.
"So, mak cik OK?"
"Mak? Lusa operate. Lepas zohor ni ayah jemput pi hospital balik. Ni kebetulan nak semak keputuan permohonan Matrikulasi di CC atas tu."
"Owh..So..dapat kat mana?"
"Kolej Matrikulasi Pahang, Fizik... Ni takpe ke borak-borak ni. Bos awak asyik pandang je dari tadi."
"Takpe."
Perbualan terhenti. Masing-masing terasa kekok.
Dah 2 minggu dia di KL, terus cari kerja sambilan sementara menunggu tawaran belajar. Minggu lepas, terserempak dengan Asyraf yang datang membeli kasut di situ. Sempat lagi dia mendapatkan nombor telefon Qaisara dari Asyraf. Tanpa sedar, Qaisara menjadi topik utama perbualan mereka setelah 6 tahun tidak bertemu.

Qaisara yang berdiri di sebelahnya dipandang sekilas. Kemudian, senyum sendiri.
Azan zohor berkumandang dari masjid di sebelah shopping complex itu.
"Shu, saya naik solat dulu." Qaisara cuba lari dari kekekokan itu.
"Jom sekali. Jap ya." Shu menuju ke arah bos nya. Minta izin naik solat agaknya.
Mereka kemudiannya beriringan menuju ke musolla yang terletak di tingkat teratas bangunan itu.



"Nadia, lepas solat nanti tunggu saya ya. Da something nak bagi." 





*******************************




Telekung dilipat kemas, lalu merapikan tudungnya sebelum keluar dari musolla. Shu sudah menunggu di luar musolla sambil menyandar di dinding. Senyum, menampakkan sepasang lesung pipit di pipinya.



'Ai budak ni. Senyum je dari tadi. Comel lesung pipit.' Hati berbisik nakal.



Qaisara berjalan di belakang Lutfi. Sesekali Lutfi menoleh ke belakang. Berhenti seketika sehingga Qaisara berada di sebelahnya.



"Asyraf cakap awak pendek." Lutfi memecah sepi antara mereka.



Qaisara menoleh. "Tapi takla pendek sangat." Sambung Lutfi.



Qaisara hanya tersenyum mendengar komen Lutfi. 



"Pastu dia cakap awak takde boyfriend."



"Jap, 1st time jumpa lepas 6 tahun, korang mengumpat saya?"



Teringat minggu lepas, kali pertama mendapat SMS dari Shu.



Assalamualaikum Qaisara Nadia c rambut perang.



Sp ni?



Lutfi. Shu. X igt ke?



Ehhhh...Lutfi..sklh rndh? It has been 6 years! Ingat2. Agk2la, rambut2 jgnla sebut. Org dh bsr kot. Mn dpt no ni?



Haha..sorry. Asyraf bg. Hr tu trserempak dgn dia.



"Haha. Bukan mengumpat. Bertanya, rindu." Qaisara dipandang lagi. Senyum.



"Awak ni senyum je dari tadi apa hal?" 



"Excited, jumpa awak. Tak sangka dapat jumpa lagi." Diam. "Nadia, kejap ye." Lutfi masuk ke dalam kedai sebaik sahaja sampai di hadapan S.O.S.



Seketika kemudian, dia keluar dengan buku nota nipis bersaiz A6 di tangan.



"Happy becoming birthday!"  Buku itu dihulurkan kepada Qaisara. 



Qaisara terkedu. Buku yang baru bertukar tangan itu dibeleknya. Setiap muka surat dipenuhi dengan lukisan kartun yang dilukis menggunakan pensil.


"Siapa lukis?" Tanya Qaisara. Tangan masih membelek-belek buku nota kecil itu. Baru separuh buku nota itu dibeleknya, Lutfi mengambil buku itu dari tangan Qaisara.

"Setakat tu je ye buat masa ni. Yang selebihnya awak tengok nanti." Buku nota itu diserahkan kembali kepada Qaisara.

"Fine." Ujar Qaisara lalu meletakkan buku nota itu ke dalam beg tangan nya.

"Saya lukis. Ingat nak bagi time birthday  nanti. Tapi dah alang-alang berjumpa ni." Ujar Lutfi.

"Comel awak lukis." Qaisara memuji.

"Thanks." 

Telefon bimbit Qaisara berbunyi. 

1 message received.

SMS yang baru masuk dibukanya.

'Sara, ayah dah sampai ni.'

Butang reply ditekan lalu membalas mesej dari ayah nya. 

'OK. Jap.'

"K la Shu. Ayah saya dah sampai."

"Hmm..k.. Malam nanti saya call ye."

"Saya di hospital la. SMS je."

"Eh, ya tak ya.. OK la, OK la..SMS."

"Assalamualaikum." Ucap Qaisara sebelum meninggalkan Shu.

"Waalaikumsalam warahmatullah." Shu menjawab salam sambil melihat Qaisara berlalu pergi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)