Pages

19 December 2014

Misc...high school 2

Sambungan the 1st Misc...


Bangunan kelas kedengaran sunyi daripada kebiasaannya. Hanya sedikit pelajar yang tidak balik bermalam minggu ini. Buku Fizik masih dibelek-belek. Seketika kemudian, kepala dibaringkan di atas meja. Farha dan Zila sekadar memerhati. Beberapa minit kemudian, kepala diangkat semula. Pensil 2B dan penknife dikeluarkan dari bekas pensil. Mulai meraut pensil yang tidaklah begitu tumpul. Diam.

"Weh Q, habisla pensil kau nanti." Farha bersuara.

Pensil dan penknife diletakkan semula ke dalam bekas pensil. 

"Cepat jugak korang belajar, aku tertinggal 2 chapter kot. Oh Madam..." Keluh Qaisara. 

2 minggu dia tidak berada di sekolah kerana mewakili sekolahnya dalam beberapa aktiviti. Mejanya penuh dengan post-it senarai homework dari rakan sekelasnya. 

"Sakit kepala aku nak mencerna ni." Kepala dibaringkan semula ke atas meja.

Keduanya ketawa. "Aku ni bukan tak nak tolong, tapi takut nanti tak pasal-pasal ajaran sesat aku bagi kat kau." Ujar Farha.

"Aku pun." Sahut Zila. Keduanya kemudian saling berpandangan dan tersenyum.

"Emm..cuba kau tanya budak kelas A." Farha memberi pendapat.

"Betul tu, kalau kau nak betul-betul faham la." Zila mengangguk sambil tersengih nakal.

Keduanya kemudian tunduk memandang buku masing-masing, berlagak sibuk dengan homework masing-masing. 

Qaisara mengemas buku dan alat tulisnya lalu bangun menuju ke kelas A.

Hanya Wafiy dan Wafdan ada di kelas itu. 'Cis...' Sedar akan muslihat Farha. Teringat peristiwa 2 bulan lalu.

"Sebenarnya aku suka kat ko." 

***************************************

"Assalamualaikum." Keduanya menoleh ke arah Qaisara sambil menjawab salam.

Qaisara melangkah masuk ke kelas itu lalu menuju ke arah Wafdan. Sedikit berdebar, namun cuba berlagak biasa. 

"Korang Fizik dah sampai chapter berapa?" Tanya Qaisara sambil meletakkan barangnya di atas meja di hadapan Wafdan.

"Chapter 7." Jawab Wafdan, ringkas.

"Wahh..lagi advance." 

"Kenapa Q?" Wafdan bertanya.

"Takde, aku kan baru balik semalam. Sampai kelas tengok diorang dah sampai chapter 6. Aku tertinggal 2 chapter. Ingat nak minta tunjuk ajar dari sifu2 di kelas A ni." Qaisara menjelaskan tanpa memandang ke arah Wafdan.


"Boleh2. No hal."

Qaisara duduk di hadapan Wafiy dan Wafdan. Wafdan dan Qaisara memulakan perbincangan. Wafiy sekadar memerhati. Sesekali, mereka berhenti berbincang sementara Qaisara cuba menjawab soalan latihan. 

"Q, tau tak gosip terkini? Wafdan ada peminat, budak form 4 baru." Wafiy yang tadinya hanya sebagai pemerhati bersuara.

Tangan Qaisara terhenti seketika dari menekan butang-butang kalkulator. Diam.

"Dia siap bagi love letter dengan lirik lagu." Sambung Wafiy.

"Haha..jiwangnya budak-budak zaman sekarang." Qaisara tersenyum sambil meneruskan pengiraannya. Mata tidak beralih dari buku di hadapannya.

"So, apa lagi Wafdan..dah ada yang berkenan, bagi la reply kat budak tu." Wafiy mengusik Wafdan.

"Erm...malasla. Daripada aku fikir pasal tu, lebih baik aku tunggu orang yang aku dah lama suka." Qaisara dipandangnya. "Kan Q?" Bersahaja.

Qaisara terkedu. Wafdan dipandangnya. Tiada riak. Muka mulai terasa panas. 

"Aku balik kelas jap." Qaisara bangun lalu keluar dari kelas itu. Malu. 

'Sampai bila nak rasa awkward camni..?' Teringat hubungan persahabatan mereka sebelum ini yang tidak terganggu oleh rasa kekok dan segan.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)