Pages

07 December 2014

Pelikkah?

Aku cuma berterima kasih kerana aku benar-benar menghargai, dan meminta maaf kerana aku bersalah. Bagi aku, itu biasa, common sense bak kata orang kampungku. Tiada niat untuk membuat mereka risau, apalagi untuk menggesa. Aku jadi keliru, pelikkah meminta maaf apabila merasa bersalah? Salahkah aku bila cuba untuk meletakkan diriku di tempat mereka? Salahkah aku berfikir dari perspektif pihak lain sebelum melihat dari sudut pandang peribadi?

Aku biasa. Aku lakukan yang biasa. Aku mohon, jangan disalaherti kebiasaanku.

'I'm Sorry' is not a negative words. It's one good words, like 'Thank you' and 'I Love You'. It doesn't necessarily express negativity. It's just a word of repent. To say that one realizes his/her mistakes. To mean that he/she will learn and not repeat the same mistake. That's it. 'I'm Sorry' is a simple word with simple meaning. Once you make it complicated, it'll be hard for you to say it. At least, that's what 'I'm Sorry' is for common people like me.

****************************************

One day,


"Dil, cmne ek, nk buat hati kita sentiasa senang?"

"Senang? Maksud?"

"Tak da benci, sakit hati. Tak fikir sangat bende2 hok negatif."

"Zikir. Dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang. Itu satu. Pastu, berlapang dada, memaafkan orang lain. Kalau something berlaku, cuba berfikir dari sudut pandangan pihak lain dulu sebelum fikir tentang diri kita sendiri, insyaAllah, kita akan faham situasi mereka dan mudah berlapang dada dan memaafkan. Kalau kita cuma fikir dari sudut pandang peribadi je, memang kita cuma nampak silap orang, tak nampak silap sendiri."

"Erm."

"Nak jaga hubungan, terima kasih, n 'I'm sorry' tu sangat penting. Tak salah minta maaf. Supaya orang tak simpan rasa xpuas hati dengan kita. Jangan sampai tak dapat kemaafan sampai mati. Jangan tunggu raya baru nak minta maaf. Kalau tak sempat raya? Izrail datang jemput kita balik ke sana bila-bila je. Bila sampai masanya dia cabut nyawa, bukannya dapat cakap 'ilek lu..' kat dia."

"Dil, sori aa kalau penah wat salah kat awak."

"Saya juga, sori n thanks for everything."

"Thanks juga, Dil."




Have you ever heard of 'there's no need of 'Thank You' and 'Sorry' between friends?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)