Pages

15 November 2014

Misc....revision.

Jangan bertangguh untuk perkara kebaikan. Tiada penangguhan untuk mati, hanya Allah yang tahu. Semoga Allah memberkati, dan semoga cahaya menerangi hati kita. Mati adalah pengakhiran bagi kehidupan di dunia, maka, pilihlah untuk mati dalam keimanan. Perjalanan kita xterhenti dengan mati, kerana ada SYURGA dan NERAKA menanti.

-Quote dari post aku sebelum ni-

Assalamualaikum semua. Ni saja nak tambah. Dalam Syarah Al-Hikam ke-26, Syeikh Ibn Atho'illah menyebut,

"Menunda amal perbuatan (kebaikan) kerana menantikan kesempatan yang lebih baik, suatu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa."

Kerana;

1. Kerana ia mengutamakan duniawi, sedangkan Allah S.W.T telah berfirman dalam surah al-lail ayat 16-17 yang bermaksud,

"Tetapi kamu mengutamakan kehidupan dunia, padahal akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya."

2. Penundaan amal itu kepada masa yang kita sendiri tak tahu apakah kita akan mendapatkan kesempatan itu, atau kemungkinan ia dilanda oleh ajal (mati) yang telah menantikan masanya.

3. Kemungkinan azam, niat dan hasrat tu menjadi lemah dan berubah.

Kata pujangga,

"Janganlah menunda sampai esok, apa yang dapat engkau kerjakan hari ini."

"Waktu itu sangat berharga, maka janganlah engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga."


*********************************************

"Q, biasanya kan orang2 macam kau ni kawen untuk mengelakkan fitnah. Aku rasa situasi tu kena dengan kau." Isfa memecah sepi tatkala keduanya sedang menyiapkan tugasan masing-masing.

Tangan terhenti dari menaip, lalu menoleh ke arah Isfa. Diam, hanya menggelengkan kepala.

"Betul la kan. Ramai je yang usha2 kau tu. Malah bukan yang sembarangan. Sampai bila kau nak tutup hati kau untuk terima orang lain, Q?" Sambung Isfa agi.

Qaisara duduk tegak lalu menghadap ke arah Isfa.

"Ini topik serius ni." Senyum. "Aku ada sebab kenapa aku abaikan atau tolak 'orang lain' tu. Bukan hanya kerana Wafdan, Fa." Qaisara menjawab.

"Jadi, kenapa la?" Isfa ingin tahu.

"Aku tak nafikan, diorang tu baik2 belaka, insyaAllah. Tapi 1 benda aku kurang senang."

"Apa dia?"

"Cara diorang. Diorang jadikan orang yang takda kena mengena denganku sebagai pengantara, padahal aku ada ayah, waliku. Dulu masa usrah, melalui akhowat. Sekarang ada yang melalui surat2, melalui member, chatting, dah maju..haha... Frankly, aku rasa cara macam tu agak kurang menghormati orang tua aku. Camna la aku nak anggap diorang tu betul2 serius?"

"Emm..betul jugak. Jadi lepas ni kalau ada yang pi jumpa ayah kau, kau terima?"

"Entahla. Tapi sekurang-kurangnya, aku akan fikirkan, dan beri jawapan. Yang pasti, buat masa ni, aku belum lagi terfikir ke arah tu. tak yakin yang aku mampu jadi isteri yang baik. Tanggungjawab sebagai seorang isteri itu besar, Fa."

"Honestly, aku rasa kau dah layak kawen."

"Erk, kawen pun ada kelayakan ke sekarang? Soal hati, Fa. Yang kau ni tetiba bukak topik kawen ni apa kes?"

"Teringat pengajian pagi tadi. Syarah al-Hikam tu. Kawen tu kan satu ibadah, amal kebaikan? Jadi aku ingat kau ni bertangguh, padahal calon ada je. As if u're waiting for Wafdan. Sedangkan antara kau dan dia tak ada apa2 yang pasti.

"Emm." Qaisara mengangguk.

"Kau obviously suke kat die, kenapa tak cakap je yang kau pun suke dia? Tak paham aku." Sambung Isfa lagi.

"Sebab aku suka dia, Fa, sincerely. Nak jaga hati aku dan dia. Masa tu masih sekolah, banyak lagi komitmen dan perkara yang kami nak capai dalam hidup ni sebelum 1 perhubungan. So, it's good somehow. We don't have to waste our time and feeling for something yang tak pasti. Perjalanan kami masih jauh, dan kami akan jumpa ramai lagi orang, siapa tahu, orang2 yang kami jumpa selepas tu, antaranya jodoh kami masing2. Jadi, kan lebih mudah untuk kami buka hati kami untuk orang lain, untuk memilih pasangan dengan rasional, bukan kerana emosi atau perasaan semata-mata. Hehe. Apapun, Allah lagi tau."

"Kau fikir camtu masa kau form 5??!"

"Eh, takla...masa form 5 dulu aku simply shocked and confused. Haha. Pastu things became awkward. Banyak benda nak cakap kat dia before tamat sekolah, tapi rasa confused whether it's a good thing to do or not. Plus, segan juga. " Qaisara tunduk.

"Haha..drama remaja."

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)