"Nadia, pakai seatbelt."
"Perlu ke kak. Hukum manusia je kan." Tali pinggang keledar ditariknya malas.
"Peraturan yang ditetapkan untuk maslahah, wajib kita patuhi." Pandangan tidak beralih dari hadapan.
"Maslahah tu ape kak?" Tanya Qaisara kepada kakak yang baru saja dikenalinya itu.
"Sesuatu yang memberikan manfaat dan menghindarkan dari keburukan serta tidak bercanggah dengan prinsip syara`. Contohnya, dalam aspek peraturan lalu lintas ni, semua peraturan tu sah2 untuk kepentingan keselamatan kita. Kalau kita tak ikut, selain berdosa, kita turut mengundang bahaya. Cuba kalau berlaku eksiden, kita mati dalam keadaan tak mematuhi peraturan memandu or peraturan jalan raya, tak ke mati dalam keadaan berdosa kita. Sebab pemimpin dah tetapkan peraturan untuk kepentingan kite, tapi kite sendiri yang taknak ikut. Sengaja memudaratkan diri sendiri la kiranya tu kan." Panjang lebar Aafiyah menjelaskan.
"Aaaa...betul jugak..logik2." Qaisara mengangguk faham.
Keduanya diam seketika.
"Emm, kita taaruf dulu..."
"Q.." Isfa memanggil Qaisara sambil menggerakkan tangannya di hadapan muka Qaisara.
"Uhh, sori. Apa dia?" Qaisara tersentak dari lamunannya.
"Amboi, dah sampai mana tadi?" Tanya Isfa kepada Qaisara yang kelihatannya jauh termenung sebentar tadi.
"Takla, teringat kisah awal tarbiyyah. Kau tanya apa tadi?" Isfa dipandangnya semula.
"FYP. Kau jadi buat pasal HRIS?"
"Tak. Aku buat topik yang SV ku bagi. Cuma agak troublesome la, data collection nya."
"Jadi, kau nak buat juga? Kau propose la topik lain."
"Masalahnya aku memang propose topik lain, dibaginya topik tu kat aku."
"Kau ni memang sanggup je kan." Isfa menggelengkan kepala lalu kembali menghadap laptop.
"Time camni la kita belajar mengubah tentangan menjadi peluang, Fa."
"Maksud kau?" Kurang faham maksud kata-kata Qaisara.
"Yala, jujurnya aku takut nak buat projek tu. Of course la, sebab kalau tak jadi nanti, tak pasal2 aku sangkut lagi setahun di sini. Tapi, aku boleh jadikan cabaran ni peluang untuk aku belajar..keyakinan tu kan datangnya dari pengetahuan atau penerokaan. Lagipun, tak adil la." Jelas Qaisara.
"Tak adil?" Kurang faham.
"Yala, tak adil untuk diri kita sendiri. Dah dapat peluang untuk uji dan tingkatkan kebolehan diri, tapi kita mengelak. Tak adil la tu. Aku cuba anggap ini sebagai peluang yang dibagi kat aku untuk belajar benda baru, bangunkan diri sendiri. Tu satu keuntungan, Fa."
"Emm..tapi Q, kalau la kan, data collection kau tak mencapai target kau, camna la?" Tanya Isfa lagi.
"Tu kemungkinan yang menakutkan tu. Aku usaha dulu Fa. Kalau lepas usaha masih tak dapat capai target, panjangla recommendation ku nanti. Allah bagi kita setimpal dengan usaha kita. InsyaAllah, pasti ada jalan keluar bagi setiap masalah." Mata tidak beralih dari laptop.
"Ada masanya aku rasa kau ni terlalu optimis, Q. Harap tak memakan diri." Bimbang.
Qaisara duduk tegak lalu memandang ke arah Isfa.
"Being optimis pun kena besederhana, aku sedar tu. Cuma kalau kita pesimis, susah nak move forward. At least being optimistic might be able to push us forward, even just a step. That one step might be inspirational. Sapa tau, kan..?" Senyum.
Isfa menjungkit bahu. "Entahla."
"InsyaAllah, Fa. Dengan izin Allah."
******************************
Kebelakangan ni aku makin sensitif dengan asap rokok. Sakit dada sakit kepala dan batuk dibuatnya. Orang kata, kalau dah biasa hidu asap rokok, lambat laun jadi terbiasa, immuned. Tapi tak pula bagi kes aku, dan mak aku.
Aku betul-betul tak faham. Di kotak rokok,
'AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN'
Tapi masih juga dibenarkan rokok. Perokok pun satu, masih juga merokok, macam sengaja nak memudaratkan diri sendiri. Berdosa tuuu...
Majlis Fatwa pun dah putuskan bahawa rokok tu HARAM di sisi islam. Bukan saja-saja nak mengharamkan, tapi dah jelas is memudaratkan, bukan pada si perokok saja, tapi juga pada orang-orang di sekelilingnya. Benda yang memudaratkan ni memangla haram. Macam arak, mencederakan diri sendiri dan bunuh diri.. Panduan hidup kita sebagai Muslim adalah Al-Quran dan Sunnah. Pastu Ijmak, Qiyas, dan Ijtihad. Kiranya hasil muzakarah Majlis Fatwa tu pun, patut kita jadikan panduan.
Sila klik link di bawah untuk keterangan lanjut.
(portal rasmi majlis fatwa malaysia)
Nak merokok atau berhenti merokok tu, pilihan sendiri. Merokok tu kehendak nafsu, berhenti merokok tu kehendak iman, insyaAllah. Pilihla mana nak diutamakan. Moga kita terpelihara dan diberi kekuatan untuk menuju ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 222, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah senang kepada orang yang bertaubat dan senang kepada orang yang membersihkan diri.”
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)