Pages

26 November 2014

Misc......membaca...

"Nadia, nah. Sementara tunggu akak, baca la ni dulu. Malam nanti kita diskus." Modul 'Ini Sejarah Kita dan 'Syahadatul Haq' dihulurkan kepada Qaisara sebelum berangkat ke pejabat.


Sudah separuh modul 'Ini Sejarah Kita' dibacanya. Jam baru menunjukkan pukul 10 pagi. Mata mulai terasa berat. Sudah beberapa kali posisi diubah. Sesekali dia berbaring di lantai sambil kaki di atas kerusi. Kemudian, meniarap di atas kerusi sambil membaca modul yang diletakkan di lantai. Terasa semakin bosan. Pembacaannya terhenti. Modul diletakkan di atas muka. Tiba-tiba, telefon bimbit berbunyi.

'One message recieved'. SMS dari Kak Aafiyah. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Rupanya dia tertidur sebentar tadi. SMS dibuka dan dibaca.

"Akak dah on the way jemput Nadia ni. Kita makan tengah hari di luar." Qaisara terus bangun dan bersiap.

"Banyak dah baca?" Aafiyah bertanya sebaik sahaja Qaisara duduk di kerusi penumpang di sebelahnya.


"Banyak juga kak." Jawabnya ringkas.

"Jadi, apa yang Nadia faham setakat ni?" Nak tanya apa2?" Sambil memasukkan gear lalu bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu.


Qaisara mengerutkan dahi, cuba mengingat kembali bacaannya pagi tadi.

"Tak ingat pula apa yang dah dibaca tadi. Hehe."


"Emm...itu lah bezanya membaca dengan menghayati. Sama la macam belajar untuk dapat A dengan belajar untuk mendalami. Contohnya mudah saja, kita belajar KAFA zaman sekolah dulu, diajar yang solat tu salah satu daripada rukun islam, tau solat tu bagaimana pelaksanaannya, malah tau kalau tak solat, kita berdosa. Tapi, tetap kita tinggalkan. Sebabnya kita belajar kerana itu yg diajar, menghafal ayat-ayat dalam solat, sebab nanti akan diuji dalam amali. Camtu la jugak bezanya antara orang yg hidup sebagai seorang muslim pada identitinya saja dengan orang yg menjadikan islam itu sebagai cara hidupnya. Orang yang benar-benar menghayati islam itu akan sentiasa jadikan islam itu sebagai cara hidup, bukan hanya sebagai satu identiti."


Diam seketika.

"Jadi, kenapa Nadia baca modul tu?"


"Sebab kakak suruh."

"Aaaa, itu lah sebabnya. Jadi, lepas ni baca dengan niat nak tahu, nak belajar, bukan kerana disuruh."


Qaisara mengangguk faham akan maksud Aafiyah. Diam memandang jalan. Refleksi. 

'Baca dengan hati, huh...' Monolog hatinya.



******************************************

Teringat pula zaman sekolah dulu, untuk projek NILAM, berlumba-lumba dengan kawan-kawan nak penuhkan buku NILAM. Buku-buku diletak bertimbun di atas meja di library, hanya sinopsis dibaca. Haha. Masa tu aku masih kurang rajin nak membaca. Sejak bila entah, membaca ni jadi hobi aku. Aku ni kedekut sikit nak keluarkan duit, even untuk hobi aku. Kalau pocket money tak sampai RM400,  jangan harapla aku nak keluarkan duit untuk beli buku walaupun harganya x sampai RM30. Kadang-kadang sampai setengah jam berfikir sama ada nak beli ke tak buku tu. Rak buku penuh pun sebab dapat Baucer Buku 1 Malaysia time study dulu. Alhamdulillah..

Today, just realized, kenapa aku tak berapa suka group chat messenger. 

^^

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)