"Yo, bro.." Beberapa rakan sekuliahnya duduk di tangga apabila seorang daripadanya melambai dari atas sambil menyapa.
"Yo, guys.." Spontan, disambut senyuman dan gelak ketawa. Kebetulan, lalu tiga orang junior bertudung labuh, memandang dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
Qaisara senyum.
"Assalamualaikum." Salam diberi sambil tersengih.
"Waalaikumsalam." Serentak ketiga-tiganya menjawab.
"Wei, agak-agakla...tegur aku macam tu. 'Bro' lagi tu.." Headphone dilurutkan dari kepala, sambil mata memberi pandangan serius pada rakan-rakannya.
"Hee..rilekla Sara. Tudung, baju besar, sah-sah perempuan." Sahut Carol.
"Ha'a..ingat ade ke lelaki nak berbungkus macam awak tu hari panas-panas gini." Sambung Romi disambut gelak ketawa pelajar lain.
"Ni untuk menghalang dari sinaran UV to the max. Maklumla, saya mana ada bajet nak beli sunblock." Ujar Qaisara berseloroh.
"Qaisara..Qaisara..." Ayuni sekadar menggeleng kepala. "By the way Qaisara. nah." Ayuni menghulurkan sepucuk surat kepada qaisara.
"Apa ni kak?"
Surat itu dibeleknya. Tiada nama pengirim. Hanya 'Kepada Qaisara Nadia binti Nasrudin' tertulis di bahagian bawah di belakang sampul surat itu.
"Love letter, rasanya." Bisik Ayuni.
********************************************************
Ustazah gangster. Qaisara gangster. Itulah gelarannya di kelas. Namun, dia tetap tunduk di hadapan lelaki. Bukan control ayu, cuma dah terbiasa, refleks agaknya.
Selesai menyiapkan tugasan Pembelajaran Organisasi, surat yang diterimanya tengah hari tadi dibuka dan dibaca, kemudian, dilipat dan dimasukkan semula ke dalam sampul surat. Ada setengah jam lagi sebelum masuk waktu asar. Selepas asar, dia akan ke kuliah Pengurusan Prestasi. Bunyi notification Y!Messenger mengalih perhatiannya yang sedang memikirkan rutin mingguannya.
Cursor digerakkan ke arah notification Y!Messenger tadi.
Shin: Sara, tolong baca research proposal saya, boleh? Nak tau boleh faham ke tak. Check format sekali, Dr. suruh refer format report awak.
Qaisara: Sure, emelkan je.
Cursor terus digerakkan ke button Google Chrome untuk membuka e-mel.
Shin: Sent.
Qaisara: Ok. 20 minutes, k.
Shin: TQVM.
Dokumen yang baru di download tadi dibacanya dengan tekun. Sesekali, dia menaip dengan font berwarna merah. Selesai membaca, dokumen itu di uploadkan semula ke Y!Messager.
Qaisara: Dah baca. OK je. Ada yang saya add dengan font merah tu sekadar cadangan saya. Saya dah baiki sekali format nya.
Shin: Thank you very much! I love u soooo much!!!
Qaisara: U're welcome.
Shin: Btw, awak di mana sekarang?
Qaisara: Library. Nak solat dulu, pastu p kelas.
*******************************************************
Skuter diparkir di tempat biasa, lantas bergegas menuju ke kelas. Sesampainya di luar bilik kuliah, para pelajar masih menunggu di luar dewan kuliah. Headphone dipasang ke telinga. 'Istikharah Cinta' nyanyian kumpulan nasyid Sigma menjadi halwa telinga.
Masuk sahaja ke bilik kuliah, matanya melilau mencari kelibat Ayuni.
"Kak, nah." Surat yang sudah dibacanya tadi diserahkan kembali kepada Ayuni.
"Amboi, akak ni bukan posmen korang." Gurau Ayuni.
"Tak, bukan macam tu. Tolong kembalikan surat ni. Dia akan faham sendiri." Rendah suara Qaisara.
"Em. Baiklah." Jawab Ayuni lalu memasukkan surat itu ke dalam tas tangannya.
Qaisara kemudian duduk di baris yang kosong di sebelah kiri. Headphone dipasang semula. Seketika kemudian, seorang pelajar cina datang menghampirinya.
"Qaisara, may I sit here?"
"Sure." Ringkas.
"How's your FYP's progress?" Cynthia bertanya.
Headphone dilurutkan dari kepala. 'Manner, manner..' Bisik hati mengingatkan diri untuk menghormati orang lain.
"Working hard on it. Doing my best, as usual. U?"
"Yea, in progress. Waiting for my supervisor's feedback. Hope there'll no problem to proceed."
"It will be OK, since it's u. Hehe.."
Cynthia mengeluh sambil mengeluarkan buku nota dari beg nya.
"Having trouble dengan group assigment lagi?" Seperti dapat mengagak maksud keluhan Cynthia.
Teringat satu ketika Cynthia mengadu stress kerana tugasan kumpulan. Sejak itulah mereka semakin rapat dan sering mengulangkaji pelajaran bersama. 3 kali seminggu mereka berjumpa di luar waktu kelas untuk mengulangkaji dan berkongsi idea dan pemahaman masing-masing tentang subjek-subjek yang dipelajari.
"Yea..I don't understand why some people can't take the assignment seriously. I think I did a good job explaining all information I gathered. Saya minta tolong diorang tulis saja, info semua saya dah bagi." Luah Cynthia.
"Kalau saya kan, saya buat je sendiri semuanya dulu. Macam dah terbiasa member2 buat keja last minute or tak buat keja. Tambah sekarang ni final year, FYP ada masalah la, nak kena submit draf la. Macam-macam alasan. Memang kadang-kadang rasa tak adil. Tapi kita yang berusaha dapat lebih walaupun hakikatnya markah sama je. Study ni bagi saya bukan tentang gred or CGPA, tapi tentang apa yang kita dapat. Dalam kepala ni kita dapat lebih, insyaAllah."
"I like talking with you."
"Aaa? Tiba-tiba je awak ni."
"Awak macam ada positive aura. Awak lainla."
"Wow. You're funny. Haha." Qaisara ketawa sambil Cynthia dipandangnya pelik. 'Positifkah aku?'
Wajah cynthia dipandangnya. Masih muram.
"Cyn, petang ni kita main basketball nak? Ke awak sibuk dengan aktiviti kolej?" Sudah sedia maklum akan komitmen Cynthia sebagai Ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej.
"Boleh juga. Sekarang ni tidak sibuk. Pukul berapa? Di mana?"
"Saya selalu main di kolej A kira-kira dalam pukul 4.30 petang. Lepas solat asar."
"Okay."
Puan Rashida masuk ke dewan kuliah. Keduanya langsung berhenti berborak dan mengalih perhatian ke depan dewan kuliah.
*******************************************************
"Sara, where are you now?" Tanya Cynthia setelah panggilan bersambung.
"Gelanggang." Ringkas.
"Saya on the way."
"Fine."
Bola kembali dilantun dan dijaringkan. Sudah hampir 2 bulan gelanggang bola keranjang itu menjadi tempat kegemarannya. Kelihatan kelibat Cynthia bersama seorang rakannya yang lain.
"Hi. Saya bawa kawan saya hari ni. Kenal kan? Azwa." Cynthia memperkenalkan kawannya kepada Qaisara.
"Kenal. Selalu nampak dengan kamu di kelas."
"Awak sudah sembahyang?" Tanya Cynthia.
"Sudah, sebelum datang sini tadi."
"Awak, Azwa?" Cynthia mengalih pertanyaan kepada Azwa.
"Hee..belum lagi. Balik nanti la solat."Jawab Azwa sambil tersengih.
"Kenapa macam tu... Tak baik tau." Ujar Cynthia.
"Haha..tau awak Cyn." Qaisara sekadar senyum.
Mereka bertiga mula bermain sepenuh tenaga sehingga letih. Tanpa sepatah kata, seolah-olah masing-masing hanyut dalam permainan, atau mungkin hanyut dalam minda yang penuh dengan tekanan.
"Aaa..sudah, sudah. Letih dah." Ketiga-tiga nya duduk di kerusi yang disediakan di tepi gelanggang. Sambil termengah-mengah, Azwa meneguk air mineralnya.
"Kita lepak la dulu." Cynthia mengajak Qaisara.
"OK." Ringkas responnya sambil bola dijaringkan sebelum duduk dengan Cynthia dan Azwa di tengah gelanggang.
"Awak ada bola sendiri, mesti selalu main kan? Dari sekolah lagi main basketball?" Tanya Azwa kepada Qaisara sambil duduk di depan Qaisara.
"Takla, main untuk suka-suka je." Jam di tangan di pandang. "Azwa, dah jam 5.30 dah ni. P la solat dulu. Nanti tergesa-gesa pula solatnya." Ujar Qaisara kepada Azwa.
"Ya tak ya juga. Mana surau?" Azwa bertanya.
"Situ je. Tu musolla muslimah." Sambil menunjuk ke arah bilik tinggat 1 bangunan di sebelah gelanggang.
Azwa terus bangun menuju ke musolla, meninggalkan Qaisara dan Cynthia di gelanggang.
"Cyn, how am I different" Qaisara bertanya, memecah sepi. Tertanya-tanya apa yang lain tentang dirinya. Baru semalam seorang rakan sekelas bagi komen yang sama.
'Awak ni unik la.' Teringat akan kata-kata kak Niza semalam.
"Em, u tak sama macam kakak-kakak bertudung labuh di kelas kita tu. Pakai tudung labuh, tapi nampak brutal je."
"That's it?"
"You nampak macam a loner, selalu saja sorang-sorang, tapi you open-minded. Kalau tak approach you, mesti orang ingat u ni sombong. Then, seronok berborak dengan u. Dengan budak tudung labuh lain, takut nak bergurau. Kakak-kakak tudung labuh di kelas tu pula serius je. Saya buat lawak pun muka serius je. Tak selesa dengan diorang, tapi dengan awak, selesa. Dengan diorang, macam susah nak rapat."
"Lawak awak tak cukup lawak kot..? Ujar Qaisara dengan nada gurauan.
"Mungkin la." Jawab Cynthia. "Tapi diorang tak berapa mesra dengan saya." Sambungnya lagi.
"Ooo..mesti awak approach diorang time diorang tengah takde mood. Salah timing."
"Mungkin juga. Kena sangka baik, kan?"
"Ya, betul tu..So, macam mana la dengan masalah group assignment you tu?"
"Malas sudah saya fikir. I almost finish everything. Kalau mereka buat kerja mereka, saya include la dalam assignment tu, kalau tak, biarlah. Malas nak peduli."
"Good then."
Azwa menghampiri. "Borak pasal apa?"
"Pasal study.""Tengah main pun cakap pasal study? Cakapla pasal personal life ka, macam,..Qaisara ada boyfriend?" Tanya Azwa sambil tersengih nakal.
"Cehh..dah namanya personal."
"Alaa... So, awak ada boyfriend tak?" Masih bertanya.
"Ya, saya pun ingin tahu." Ujar Cynthia sambil memandangnya.
"Haha, tak ada la."
"Yaka? hari tu saya dengar ada budak kelas kita ni confess kat awak." Tanya Azwa lagi.
"Emm...camni la. Saya ni tak de boyfriend, tak terfikir pun nak ada boyfriend. Tapi ada someone yang saya suka." Bukan sekali dua dia ditanya dengan soalan yang sama. Timbul jenuh menjawab.
"Owh..jadi orang yang awak suka tu budak course apa?" Azwa melanjutkan pertanyaan.
"Dia study tempat lain. Jomla kita sambung main." Tak mahu terus ditanya.
Mereka bertiga bangun. Tiba-tiba terdengar suara yang memanggilnya. Dia menoleh. Isfa menghampirinya lalu menghulurkan sebungkus kentang goreng. "Your favourite." Lalu memaut lengan Qaisara.
Bungkusan kentang goreng bertukar tangan. Qaisara mengajak mereka duduk. Kentang goreng tadi dihidangkan di tengah-tengah.
"Kawan?" Tanya Cynthia.
"Ya, saya girlfriend dia." Belum sempat Qaisara bersuara, Isfa terlebih dahulu menjawab sambil mengenyitkan mata kepada Qaisara.
Cynthia dan Azwa saling berpandangan.
"Aa..kawan. Selalu main dengan saya di sini, tapi sepatutnya hari ni dia ada kelas sampai jam 7." Jawab Q. Pandangannya beralih ke arah Isfa.
"Sampai jam 5 je tadi. Short Quiz. Lecturer tak ada." Faham maksud pandangan Qaisara. Lengan Qaisara masih dipautnya rapat.
Pandangan Cynthia dan Azwa masih pelik. "Dia memang macam ni." Ujar Qaisara.
"Ni? Saje. Q tak kisah pun. Mungkin ada la yang pandang pelik." Jelas Isfa, ringkas.
"Tu la aku suh kau ubah habit kau ni. Behaaaavveeee." Sambil melepaskan lengannya dari pautan Isfa.
"Q?"
"Nickname saya."
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Sabda Rasulullah S.A.W, KHAIRUNNAS ANFA'UHUM LINNAS. 'Sebaik-baik manusia dia antara kalian adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain'. Kata Albert Einstein pula, 'try not to become a man of success, but rather try to become a man of value'.
Taburkan jasa dan semaikan budi, jadilah kita warga yang berbakti..
Aturan Allah tu memang the best! Subhanallah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)