Jam
menunjukkan pukul 1 pagi. Ahli Majlis Pemimpin Pelajar masih sibuk dengan persiapan akhir untuk program selangkah ke SBP bersama adik-adik dari Rumah Anak Yatim Munawwir yang akan berlangsung esok dan lusa. Qaisara masih fokus menggunting dan membentuk riben untuk cenderahati tanpa sepatah
kata.
"Assalamualaikum." Khairil, pengerusi majlis pemimpin pelajar masuk.
"Waalaikumsalam."
Jawab Q sepatah.
"Sorang je? Wafdan mana?" Soal Khairil.
"Napping." Sambil mengisyaratkan ke arah belakang meja.
Khairil mengambil kain-kain yang hendak digunakan untuk dibawa ke dewan.
Seketika kemudian, Khairil berlalu pergi. Qaisara menoleh ke arah wafdan yang sedang lelap sambil berpeluk
tubuh. Almari kain dibuka. Diambilnya sehelai kain besar dan kemudiannya
dilipatnya dua lalu diletakkan di atas wafdan yang kelihatannya sedang
kesejukan. Sebaik
sahaja berpaling, Farha sedang memerhatinya sambil tersenyum nakal.
"Phewwiitttt." Sambil tersengih nakal.
"Apa dia?" Tidak faham maksud Farha.
"Bukan main lagi kasih kau dengan Wafdan ni."
"Cis. I'll do the same for anyone. Dia nampak kesejukan."
"Tapi ekspresi muka ko tadi penuh dengan kasih sayang. I can feel it."
"Yala tu." Malas untuk terus melayan gurauan Farha.
Qaisara meyambung semula kerjanya sebentar tadi. Farha ikut serta.
Sepi. Hanya desiran angin kipas di siling yang kedengaran.
"Q, apa ciri-ciri lelaki idaman kau?" Mata tidak beralih dari riben yang sedang dibentuk.
"Tetiba." Sepatah, tidak menjawab persoalan.
"Aku tanya betul-betul ni. Nak juga tau kau punya taste." Qaisara dipandangnya sekilas. Senyum.
"Jujur dan berterus-terang." Berhenti seketika. "Kot." Sambungnya lagi.
"Tu je?" Sambil meregangkan tubuh.
"I hate hearing things from the third party."
"Sebab?"
"Benda macam tu buat aku rasa tak selesa dan insecure."
"Emm...kau suka Wafdan kan?"
"Aik..ke situ pulak dah..mana dapat idea ni?" Qaisara menggelengkan kepala.
"Aku tengok korang berdua macam janggal je sesama korang. Ala...bukan selalu pun nak borak pasal benda-benda camni. Girls talk katakan..." Sambil melagakan bahunya dengan bahu Qaisara.
"Hmm.." Qaisara melepaskan keluhan lalu memandang ke arah Wafdan. Wafdan sepertinya masih lelap. "Dulu." Sepatah.
"Sekarang?" Tanya Farha lagi.
"Nothing. Just respect." Jawabnya. 'Yeke?' Bisik hatinya.
Tiba-tiba, jam di tangannya berbunyi.
'Q, bangunkan aku lepas setengah jam boleh?' Teringat pesan Wafdan.
Qaisara bangun menuju ke arah Wafdan dengan sebatang pensil di tangan. Lengan Wafdan dicucuk-cucuk dengan bahagian belakang pensil. "Wafdan, bangun.." Setelah dua kali memanggil, Wafdan membuka matanya. "Thanks, Q." Ujar Wafdan dengan suara yang masih serak.
"Sama-sama." Qaisara menjawab sambil berlalu dari situ.
"For this too.." Wafdan menyambung. Qaisara menoleh ke arah Wafdan semula. Wafdan menunjukkan kain yang berada di atas badannya. Qaisara hanya mengangguk. Muka terasa panas.