Pages

21 March 2014

Kisah Semalam-UNIMAS

Kebiasaannya, aku teringat memori-memori zaman sekolah coz semua good memories dapat memadam bad memories. Tapi hari ni aku teringat zaman universiti. Kenangan pahit di universiti ni banyak mengaburi kenangan-kenangan manis. Jadi i have to find a way to not think too badly about it. Healing, i guess.
 
Apply UNIMAS bukanlah sesuatu yg aku decide sendiri. Coz back then aku nak sambung pengajian dalam bidang geologi actually. Tapi famili tak kasi p jauh2. Aku malah tolak 2 offer p oversea. Satu ke UK, satu ke France. N I'm glad I did so. Nak isi UiTM pun takut dihantar ke kampus Shah Alam. Kiranya, aku memang tak ada pilihanla masa tu. Jadi aku pun apply la tanpa berfikir. Mechanical and Manufacturing Engineering. Aku dapat masuk aku punya 1st choice. Well, actually aku tak ingat pun tu 1st choice aku, balek dari CC(since masa tu tak ada internet di rumah), aku check balek borang permohonanku. Xda perasaan.
 
Awal2 dunia kampusku teruk...kalau bahasa org muda zaman sekarang ni, 'like hell', or 'hellish'. That's hyperbola. Totally. Minggu aluan pelajar dipenuhi dengan aktiviti2 tak berfaedah, lebih banyak dari yg berfaedah. Macam orientasi tingkatan 1 pun ada. Macam mana la student nak mature kalau camtu. Hoho.. Sehingga aku hilang sabar satu hari ni, aku terlepas geram kat abang LO yang jaga makanan. Baik2 abg tu suruh makan, aku jawab, 'dah orang cakap xnak, xnakla!'. Ni la jadi bila berpura-pura OK dan hepi padahal hati geram rasa nak tumbuk2 orang yang plan minggu aluan pelajar tu.
 
Masuk kelas, lepas sesi perkenalan, terus dapat gelaran 'ustazah rock'. Setiap kali org panggil camtu, tak jemu aku perkenalkan diri. Dalam kelas, ada beberapa orang yang aku dah kenal sejak sekolah dan matrik, jadi takla masalah sangat nak adapt.
 
Di musim H1N1 pula, aku dikuarantin di BRC, satu bangunan disedia utk kuarantin. Tak boleh p mana2, makan minum ada delivery. Baru 2 hari stay situ, aku lari balek kolej. Aku cakap kat pengerusi MPK BRC, aku dah sihat, malah, dah boleh buat rock climbing. Dia cakap, tunggu sehari, esok doktor datang check. Malas aku menunggu, maka, aku pun lari.
 
Satu hari masa pembentangan TITAS, aku dapat tepukan gemuruh, budak2 lelaki siap berdiri lagi. Bila balek tempat duduk, aku tanya sorang classmate ni, 'kenapa, aku buat something pelik ke?'. Dia cakap aku ada sense of humour. Padahal aku tak buat lawak pun. Kenapa agaknya bila masuk HRD, aku tak pernah buat pembentangan dengan baik? That's something to ponder. Hampir setahun di fakulti kejuruteraan, aku mulai memberontak. 'What am i doing?', sering bermain di minda. Aku pun plan nak tukar fakulti, nak amik IT, sebab lepas fizik, tu la yang aku senang nak serap masuk. Kiranya, anything practical would be better.Tapi famili tak kasi. Mula la aku ponteng kelas sampai tak dibenarkan duduk exam, dan tak masuk exam. Finally, aku dianugerahkan dengan pingat GB, gagal dan diberhentikan. I was in an agony back then, kinda weak, huh.. Sebelum tu, aku consult dengan mentor ku. Aku cakap aku nak pindah fakulti, xdapat bawa engineering, nak masuk IT. Dia cakap aku takkan dapat bawa IT, baik masuk HRD, senang. Hati rasa macam bangunan runtuh masa tu. Terus hilang 100% self confidence ku. Aku pun masukla HRD, bkn sebab aku percaya kat mentor aku, tapi sebab aku betul2 down xdpt fikir apa2 terus ikut flow je. That was when i cried for the 2nd time in UNIMAS. Aku punya 3rd choice masa tu kaunseling, tapi program tu nak ditutup masa tu.
 
Masuk HRD, awkward habis. Semua pun tau kan university trending. Budak engine, camni, budak fakulti tu camni..mcm perbezaan antara gaya n personaliti pelajar dari lain2 fakulti la kiranya. Terasa la juga perbezaan tu, tapi tak reti nak describe. Dari 1st week  lagi aku dikenali...dengan tag budak engine. Setepatnya, 'kakak engine'. Oleh kerana nama aku tak ada dalam list, aku dipersoalkan lecturer. Aku cakap nama aku tak ada dalam list, sebab bukan naturally freshie, tp drop-out dari fakulti kejuruteraan. Masa tu aku di belakang sekali, semua pandang aku. Malu... Nasib baik ada kak mimi, yang pindah dari fakulti seni. Dia la jadi member aku di HRD. Kak mimi ni satu group dengan aku masa MAP. 
 
Di HRD tak ada apa2 yang menarik nak diceritakan. Cuma ada a few times classmate yg tak dikenali approached aku n cakap things like 'awak ni unik', 'awak ni lain dari yang lain' dan interview aku pasal background ku. Ada la juga rasa macam alien. What made they think that way, i never bother to ask. Masa di HRD aku tak da inisiatif nak kenal dengan classmates ku. Believe it or not, i only know 1/6 of their names in my final year of study. 1/6 tu semuanya yang pernah satu group assignment sahaja. Mungkin sebab ada tragedi yang buat aku takut nak cari kawan baru. Agak low profile la kiranya, lecturer pun tak kenal aku. Sengaja aku mengelak dari rapat dengan sesiapa. I even had my headphone on my head, though I played nothing, just to avoid talking to people. Oh ya, ada 1 benda yg menarik masa aku di HRD. Dalam satu kuliah ni, satu hari cikgu tanya semua orang soalan. Aku duduk di bahagian tengah. Cikgu mula dari atas, sehingga giliran budak sebelah aku, aku pun bersedia nak menjawab. Tapi, kemudian, cikgu mula dari depan sekali pula, aku ingat dia nak tanya aku last sekali. Tapi lepas budak depan aku yang sepatutnya giliran aku lepas tu, cikgu tak tanya. To be frank, aku terasa hati masa tu. Then cuba nk optimis aku cakap kat diri aku, 'mungkin aku invisible','mungkin dia lupa dia belum tanya aku'. Kalau ia disebabkan tamat waktu, mungkin aku fikir 'lucky!'. 
 
Satu lagi, aku ingat lagi masa di 1st year HRD. Aku, husna n kak zainab p ke rooftop CAIS. Siap panjat tingkap lagi tu, sebab pintu ke rooftop kunci. Siapa punya idea ntah. Hehe. Masa tu, husna ni study partner aku. Malam2 kami p study di CAIS. Tapi lepas someone cakap 'saya rasa saya silap kawan dengan kamu', aku mula jauhkan diri dari dia. Takut pula aku..kesian husna, tapi dia x pernah mempersoalkan, jadi mungkin tak penting
.
Aku lalui banyak cabaran masa di HRD. Dengan member group yang terlalu bergantung dengan aku sampai banyak juga group assignment yang aku buat sendiri, classmate yang minta jawapan assignment aku, yang minta jawapan time midterm exam n quizzes. Ada masanya aku jawab je sembarangan, then tak la diorg minta jawapan aku lagi. Pelik sebenarnya, nak kata aku pandai, ramai je yang hebat2 dalam kelas tu. Ni semua gara2 aku ni bekas budak engine. There was this chinese girl. Kay namanya. Dia ni antara yang agak ngam dengan aku. Mungkin sebab dia ni ngam dengan semua org. Satu group dengan dia, best. Sebab betul2 study. Kongsi2 idea, walaupun sebenarnya dia yang banyak bagi input. Dia cakap aku ni ada aura positif. Aku rasa nak tergelak bila dia cakap camtu, tapi sebab dia tengah serius, aku just reply, 'i'm not that positive'.
 
2nd year 2nd sem aku menumpang bilik Ckin for a while bila aku berhenti menyewa sebab kami kena pindah ke rumah yang lebih mahal. Best, sebab masa tu rasa macam zaman sekolah. Di sekolah dulu, 3 tahun aku sebilik dengan Ckin. Ckin la banyak ajar aku pasal programming. Then, Final year, 1st sem aku menumpang di bilik kak mimi. I really appreciate kesudiannya tumpangkan aku. Masa tu aku dah tak ada financial support. Sebab dah tamat kontrak dengan Yayasan Sarawak. Aku mula la jaga kiosk. Pendapatan takla banyak. Seminggu aku kerja dalam 12-15 jam sahaja. Upahnya RM2.50 sejam. Tapi dia bagi makan tengah hari. Petang pula kalau ada makanan tak habis, kami la yang kena bawa balik sebab takut membazir. Kiranya setiap hari bekerja tak perlu keluarkan duit untuk makan. Lepas tu jaga gerai di bazaar, karnival, dan pesta konvo. Dapat juga tampung belanja hari2. Letih juga, tapi ia meningkatkan motivasi. Final year yg hectic tu la aku dapat 3.7++ untuk kedua-dua sem. Ia bukanla something yang membanggakan, it was not a 4.00 after all. Cuma aku tak jangka aku akan dapat skor more than 3.5, coz walaupun org cakap HRD ni senang, aku tak pernah ada passion dengan courses nya. Since aku suka study, ia jadi interesting. Macam yang aku pernah tulis sebelum ni, there's no such thing as unworthy knowledge.
 
Aku juga pernah buat printing service untuk menampung belanja ink dan kertas. Tak ingat di tahun berapa. Siap ada regular customer lagi.
 
Final sem lebih mencabar sebab aku kena ulang alik dari rumah dengan skuter. Di kuching, tapi bukanlah sekadar kuching. Perjalanannya kira2 ulang alik samarahan ke pasar kuching. Kpg Telaga Air, kalau diambil kira jauhnya dari bandar, aku boleh kata kawasan pedalaman la juga. Hee. Orang yang pernah aku bawa ke rumahku, tau la perjalanannya. Tapi, ramai pulak group member yang inconsiderate. Buat discussion malam dan weekend. Bila aku tak datang, mulai dianggap tak bertanggungjawab, kena komplen belakang2. Tapi bila aku datang jauh2, ada pula member yang tak dapat datang dengan alasan beli stok makanan. Paham2la kalian apa aku rasa. Bila dh lewat petang, mak suruh menumpang bilik kawan. Jalan ke kampung aku tak ada lampu jalan, tu la sebabnya. Bila la org nak pasang lampu jalan ni. Ada je kawan2 nak bagi aku menumpang di bilik diorang, tapi aku prefer ulang alik. Kalau stay d kolej banyak belanja. Ulang alik setiap hari cuma perlu belanja minyak skuter je. 'Since I can't be useful to my parent, i shouldn't be a burden for them'. That simple thinking is enough to give myself strength.
 
Dua kali aku accident jatuh sendiri gara2 letih sangat. Bukan saja physically, mentally pun letih dengan karenah diorang. Physical tiredness is nothing as compared to mental tiredness. Letih lagi time aku training badminton dan kawad bomba zaman sekolah dulu. PLKN pun tak seletih tu. Stress sampai menggeletar dan lemah  tangan kaki. Mana taknya nak jatuh moto. Ada juga la yang considerate buat discussion lepas lecture, macam Kay. Aku ingat aku tak dapat survive. Tapi alhamdulillah, i was fine dan study ku tak terjejas. Ada la juga masanya aku rasa tak tahan, tapi aku just nangis untuk melegakan keletihan. Ada masanya aku mengamuk sendiri dalam bilik sampai bilik jadi macam tongkang pecah. Lepas tu kena kemas balek, tak ke menyusahkan diri sendiri namanya tu. Ada masanya aku tumbuk dinding sampai lebam buku lima ku. Now that i'm thinking about it, sakit giler penumbuk aku masa tu! Haha. Tu lebih baik dari aku ended up accident jatuh sendiri, kan. Nyusah orang di jalan. Still, sakit tumbuk dinding dan accident di jalan tu is nothing much as compared to the pain in my heart. Aiseh...
 
Itu my personal way nak lepas geram. Kalau pendam boleh jadi disoriented. Blood pressure jatuh, tambah lagi aku ni anaemic. Tak jaga betul2 jadi severe. Pitam tak tentu masa dan tempat. Haha.. Bila jantung dah mengurangkan speed degupannya, aku solat.
 
Apapun, UNIMAS punya life dah menyuntik sensitiviti dalam hati aku. Banyak kali juga aku nangis lepas masuk UNIMAS. Padahal sebelum tu someone pernah cakap yang hati aku ni keras. Sangat susah menangis. Even masa arwah datuk ku meninggal dunia pun aku tak nangis sampai makcik2 sindir n pandang semacam. Di UNIMAS  juga aku belajar rasa marah. Banyak life lesson dapat dari alam universiti. Yang paling penting, aku belajar untuk berfikir positif. Optimis. Apapun, yang kita lalui tu takla penting sangat, yang penting adalah apa yang kita pelajari dari semua tu. Cabaran adalah satu precious lesson. Kalau belajar dari ia la. Living without obstacle, don't you think it's kinda lifeless? All those hard times make our life interesting and make us grows up, mentally or psychologically. That's why, it's essential...to spice up our life. Fikir-fikirkan, dila...

7 comments:

  1. Akak, nak tanya, kalau GB semester 1 boleh tukar fakulti ke? And kalau tak boleh, do I have to wait until next student intake untuk masuk semester 1 semula? Need consult from you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Baru jenguk blog. Boleh tukar fakulti. Cuma akak tak pasti prosedurnya masih sama atau tak...sebab sistem banyak berubah. If adik rasa nk talk with me, do PM me on my FB. Tp mungkin lmbt juga reply nya.

      Delete
  2. Kak,sya rasa saya ada peristiwa yg sama dgn kakak..sya dilabel dan jadi bahan gossip..benda ni buat saya down kak..student unimas jga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn smpai down. Akak dulu mula2 ja down...duk pikir 'kenapa???'...dh lama2 abaikan ja..n fokus utk abiskn study n tgglkn unimas. X sgka plak skrg msk unimas balik. ��

      Delete
  3. Hihi.. Byk kengn mengusik jiwa di unimas.. Mmg pernah rasa down.. Bila tkme assignment group org x nk satu group nga kita.. Haha

    ReplyDelete
  4. Akak nak tanya sya mau habis first year sudah dalam degree saya tapi saya mau tukar fakulti at the end of my first year. Boleh ka macm tu di unimas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat permohonan tukar fakulti. Kalau zaman akak dulu, akak isi borang, dptkn sokongn mentor dan timb dekan prasiswazah bg kedua2 fakulti. Sekarang ni akak tak pasti prosedurnya. Boleh tanya BPPS. Kalau dulu, sebaiknya dibuat sblm tmt tempoh tmbh gugur kursus sem baharu. Kalau tak GB mcm akak dulu, nnti boleh pindah gred utk kursus elektif. Fikir elok2 sbb nnti thn pengajian akn bertmbh melainkn adik tkr drpd program 4 tahun kepada program 3 thn. Selamat maju jaya.

      Delete

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)