Pages

03 November 2015

Misc....Mau atau Tidak

Melakukan kebaikan itu bermula dengan kemahuan sendiri.

Antara mau atau tidak...


******************************************


"Q, solat subuh macam mana ek?"

Dihabiskan ayat yang sedang dibacanya. Shadaqallahul'azim..menoleh ke arah rakan platunnya itu.

"2 rakaat, tak da tahiyyat awal. Selainnya macam biasa." Ringkas.

"Yang orang baca di tengah2 tu, sambil berdiri..?"

"Doa Qunut?" Tanya Qaisara kembali.

"Yang tu macam mana?" Dahi dikerutkan. "Sejujurnya, aku tak pernah solat. Selama ni pun mana ada aku solat. Mesti ko tak perasan. Tapi kalau aku terus-terus tak solat ni, takut nanti kantoi pulak, uzur sepanjang kem.." Sambungnya.

"Emm...dah berwudhuk?" Sambil melihat jam. 15 minit lagi masuk waktu subuh.

"Belum. Wudhuk, muka, tangan, telinga, kaki, kan?"

"Niat smbil basuh muka, tangan ujung jari sampai siku, ubun-ubun, kaki." Sambil tangan menunjukkan caranya.

"Owh.." Namun masih duduk di sebelahnya.

"Jom." Bangun lalu mengajaknya berwudhuk.

Usai berwudhuk, keduanya kembali duduk, menunggu masuknya waktu subuh.

"Doa Qunut ni bagi kita bermazhab syafi'e hukumnya sunat ab'ad, sunat yang dituntut, kalau tertinggal, diganti dengan sujud sahwi. Dalam kes kita ni, kita solat berjemaah, alhamdulillah. Jadi kita ikut je imam. Lepas ruku' rakaat kedua, berdiri kan? Sami'allahu liman hamidah tu kan, lepas tu kita tadah tangan untuk doa qunut." Jelas Qaisara sambil menunjukkan pergerakannya. "Aminkan Doa Qunut tu. Lagi beberapa minit masuk waktu, jadi, lepas solat, bila2 lapang, kita hafal doa qunut." Sambung Qaisara lagi.

"Sujud sahwi tu amende?."

"Sujud sahwi tu sujud bila kita terlupa sesuatu atau ragu dalam solat TANPA SENGAJA. Penjelasannya, insyaAllah, nanti saya request ustazah jelaskan untuk sesi pengisian kerohanian nanti. Lebih tepat dan meyakinkan kalau ustaz ustazah yang jelaskan."

"OK. Terima Kasih, ya." Senyum.

"Sama-sama." Senyuman dibalas.

Azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu subuh. Berdiri dan bersedia untuk melaksanakan solat fardhu subuh.

Allahuakbar.

Misc..ke berapa ntah..

Assalamualaikum..

Tangan gatal nak menaip, tapi xtau nak tulis apa.

Let's see........

Emmm..it comes to me just now that when someone has always like writing as his/her hobby, then, he/she has to write as part of their job, sometimes, it makes working feels harder. I actually needs to write a web content now, but I really don't know how to start. Huhu... It has been months, actually.

I have always like writing. Not a good writer, though. It's my way of expressing my thoughts, since I'm bad at talking. My junior keep on asking when will I continue 'Misc'... I actually have been asking myself the same question. I have 2 major writing that needed to be completed by the end of this year, yet I find it difficult to start and continue those writing. Why??? Yea, it's frustrating.

Before that, CONGRATULATION to my BIG little sis who has officially graduated today from Universiti Kebangsaan Malaysia. Yeay..! Kakak tepuk tangan di PI1M jak la ow..huhu... All the best in your next journey. Mudahanla niat nak sambung study sama-sama kesampaian.

Amiin Ya Rabb.

***************************************

10 tahun... Jangkamasa yang dulunya dianggap begitu lama kini dirasakan singkat. Terasa seperti baru semalam menduduki kertas terakhir peperiksaan SPM. Sedekad yang berlalu tanpa pernah bertemu, semua yang hadir membawa identiti baru sebagai insan bekerjaya, ramai juga yang sudah berkeluarga. Qaisara bergerak menuju sekumpulan wanita yang sedang berborak di pintu belakang dewan. Langkahnya terhenti seketika apabila perasan kelibat seorang jejaka yang amat dikenalinya menghampirinya. Wafdan. Sepatah kata nama yang hanya terungkap dalam bisu bisikan hati.

"Yo, Q." Sapa Amal.
"Yo." Senyum. "Assalamualaikum". Sambungnya.
"Waalaikumsalam." Jawab mereka serentak.
"Q." Sepatah Wafdan bersuara.
"Aaa..emm. Hai." Kekok.
Respon Qaisara disambut tawa kawan-kawannya. Amal, Farha, Zila, Yana, Aisha, Ein, dan Balqis.

"What's with the awkwardness?" Bisik Farha kepada Q.
"It has been 10 years kot."

Mereka terus berborak, bercerita tentang pengalaman, dan perjalanan hidup meniti kedewasaan. Mereka bukan lagi remaja yang  tak jemu menutur angan, berfantasi tentang alam dewasa. Kini mereka berada di realiti dunia mimpi yang dulunya hanya imaginasi. Ada yang sudah berjaya menggapai impian, ada yang telah berubah haluan, namun semuanya sudah cukup matang menerima siapa diri mereka, dan berbahagia dengan pilihan masing-masing. Kematangan sememangnya bukti kedewasaan.
"Q, kejap." Wafdan mengajak Qaisara keluar dari dewan.
"Kenapa? Di sini je la." Jawab Q, tidak selesa dengan ajakan Wafdan.
"Are u sure?" Wafdan mengangkat kening.
"Yup, sini je. My business, is theirs too." Jawab Qaisara.
"Ya, betul tu. Teruskan." Sahut Aisha.

"OK then." Wafdan diam seketika. Q dan kawan-kawannya berdiri di hadapannya sambil menunggu dia bersuara.
"Q, aku suka ko." Ringkas.
"Wow" Sahut Balqis.
"That's kinda unexpected." Amal menyambung.
"Dah sudahhh." Jawab Ein.
"Aku dah agak dah." Farha tersengih sambil memandang Qaisara yang masih tunduk.
"Jadi, Q?" Yana memancing respon Qaisara.
"Q..." panggil Wafdan.
"Aku suka ko...tapi aku tak pasti." Qaisara menjawab, lantas kembali tunduk. Kata2 Shu bermain di minda. Keliru.

*********************************************
Haih...ni agaknya musim otakku generate fiksyen kot... Alahai...bila la nak siap keja gini.
Mak cerita... Hari tu sorang colleague ni datang rumah, dia tanya "Lala ada?". Blur mak kejap. Haha...
Adila, Dila, Dil, Ila, Nur, Iman, Aida, Lala.
The first 5 is common.
Iman. Ada sebuah novel ni. Heroinnya nama Iman, bawak skuter pink. They said, aku resemble that girl. Coz zaman study d UNIMAS dulu aku bawak skuter pink. N they said perwatakan aku pun macam sama. Ntah betul ke tidak. -_-
Aida. Ni masa amik course French Language 1 di UNIMAS. Miss tu asyik panggil aku Aida. Katanya, aku resemble kawan dia yg bernama Aida. N namaku hampir sama. Jadi sepanjang sem tu memang dia panggil aku Aida. 1st half of the semester, I kept on correcting her. After that, "Aida!".."Oui, mademoiselle!" dengan semangat aku menyahut seruan. Gave up. Jadi, semua yang amik course tu panggil aku camtu.
Lala. The 1st person to call me by that name is Deena. Classmate zaman sekolah. Masa f4, aku ikut conduct senamrobik. Sekolah masa tu buat senamrobik setiap ahad yang x balik bermalam. 1st day aku join geng instructor, then, macam biasa kami sarapan pagi di dewan makan. Kebetulan, TV di dewan makan main cerita Teletubbies. Tinky Winky, Dipsy, Laa-laa, Po. Tu la sejarahnya. Tapi, sekarang ni colleagues Sarawak pula panggil aku dengan nama itu. 'Pulang ke Lala gik...' bak kata mak.


Nak Revise 'Ini Sejarah Kita: Analisa Sejarah Sebuah Ummah.'.. Jom la baca sekali. Download kat sini.

Ini Sejarah Kita - Analisa Sejarah Sebuah Ummah.pdf

Sekian.

Maaf tau kalau merapu lebih. Abaikan jak. Heee. ^^

Malam ni kena tido awal. Esok kena bangun awal takut sesat bazir masa di jalan.

'Kerana integriti, banyak bangsa menjadi dewasa.' (Yusuf Al-Qhardawi) -Prolog sendiri..haahaha.