Pages

Showing posts with label Pandangan. Show all posts
Showing posts with label Pandangan. Show all posts

04 January 2018

Takdir

Happy New Year, everyone...

Hidup ni kena percaya pada Qada' dan Qadar Allah. Tak la stress2 hidup tak tenang. Percaya kepada Qada' dan Qadar Allah tu merupakan Rukun iman yang ke-6. Tengok, nice kan ajaran Islam. Kalau kita ikut, insyaAllah, kita boleh merasa nikmat kebahagiaan.

Beriman atau percaya kepada qada dan qadar itu bermaksud percaya dengan sepenuh hati bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu yang akan terjadi untuk mahluknya (qada dan qadar).

Setiap manusia telah diciptakan dengan ketentuan sejak azali lagi. Takdir ni ada 2 jenis, iaitu;

1.Takdir Muallaq

Takdir muallaq yaitu takdir yang masih dapat diubah dengan usaha atau ikhtiar. Contohnya, kalau nak berjaya, kena berusaha, nak kaya, kena bekerja. Dan juga jodoh pun perlu diusahakan. Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mau mengubah nasib mereka sendiri. (Ar-Ra'd: 11)

2. Takdir Mubran

Takdir mubran yaitu takdir yang tidak dapat diubah. Contohnya, MATI. Syarat mati itu bukan sakit, tapi hidup.
Dengan beriman/ percaya kepada Qada' dan Qadar, kita akan lebih bersyukur kepada Allah, menjadi lebih dekat kepada-Nya, dan turut menjadikan kita orang yang sentiasa berusaha dan tidak berputus asa. Selain tu, kita akan mendapat ketenangan, jauh dari sifat sombong, dan sentiasa bersabar dan bertawakkal lepada Allah.

**********

Misc: Epilog Q

Ya. Sebelum ni aku pernah betul-betul suka dekat sorang insan bernama Wafdan. For many years. Suami aku ni adalah cinta keduaku, dan insyaAllah yg terakhir buatku.

Wafdan. Aku suka dia sejak di bangku sekolah, tapi aku mulai sedar yang aku betul2 serius mencintainya semasa aku buat degree. Kalau ditanya kenapa aku suka dia, aku pun tak tau. Nak kata hensem, sejujurnya, suami aku ni lagi hensem. Tambah comel dengan lesung pipit di pipi. Nak kata sebab dia sweet, memang tak la. Orang kata, cinta itu datang tiba-tiba. Unexpectedly, towards unexpected someone. Dan masa tu, Wafdan bagiku. Perasaanku tak pernah goyah. Ada saja jejaka yang ingin berkenalan dengan aku, tapi aku punya setia tu, sangatlah tak bertempat. Nak kata aku 'in a relationship dengan Wafdan', tak juga. Sehinggalah Shu@Lutfi jumpa ibu dan ayahku. Masa tu, aku tak boleh nak reject senang2. Aku sedar, perasaan bukan lagi sekadar saluran kebahagiaan, tapi dokumentari kehidupan.

Masa aku terima suami aku ni pun, perasaanku pada Wafdan masih bersisa. It has been years after all. Orang kata, kalau kita keep on doing certain things tu, boleh jadi habit. Mungkin itu yang terjadi padaku. Hatiku dah terbiasa mencintainya. Sehinggalah aku baca diari suamiku hari tu. Member aku pernah cakap, to be with someone who really loves you is better than being with someone you love. Dan untuk aku, that someone adalah my Mr. Right, Shu@Lutfi.

I love you, Shu. May Allah bless our marriage, till jannah. InsyaAllah.

#misc #epilogQ

10 November 2014

Misc...perjalananku bakal berubah..

"Yo, bro.." Beberapa rakan sekuliahnya duduk di tangga apabila seorang daripadanya melambai dari atas sambil menyapa. 
"Yo, guys.." Spontan, disambut senyuman dan gelak ketawa. Kebetulan, lalu tiga orang junior bertudung labuh, memandang dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. 
Qaisara senyum. 
"Assalamualaikum." Salam diberi sambil tersengih. 
"Waalaikumsalam." Serentak ketiga-tiganya menjawab.

"Wei, agak-agakla...tegur aku macam tu. 'Bro' lagi tu.." Headphone dilurutkan dari kepala, sambil mata memberi pandangan serius pada rakan-rakannya. 
"Hee..rilekla Sara. Tudung, baju besar, sah-sah perempuan." Sahut Carol. 
"Ha'a..ingat ade ke lelaki nak berbungkus macam awak tu hari panas-panas gini." Sambung Romi disambut gelak ketawa pelajar lain. 
"Ni untuk menghalang dari sinaran UV to the max. Maklumla, saya mana ada bajet nak beli sunblock." Ujar Qaisara berseloroh. 
"Qaisara..Qaisara..." Ayuni sekadar menggeleng kepala. "By the way Qaisara. nah." Ayuni menghulurkan sepucuk surat kepada qaisara. 
"Apa ni kak?" 
Surat itu dibeleknya. Tiada nama pengirim. Hanya  'Kepada Qaisara Nadia binti Nasrudin' tertulis di bahagian bawah di belakang sampul surat itu. 
"Love letter, rasanya." Bisik Ayuni. 

******************************************************** 

Ustazah gangster. Qaisara gangster. Itulah gelarannya di kelas. Namun, dia tetap tunduk di hadapan lelaki. Bukan control ayu, cuma dah terbiasa, refleks agaknya.
Selesai menyiapkan tugasan Pembelajaran Organisasi, surat yang diterimanya tengah hari tadi dibuka dan dibaca, kemudian, dilipat dan dimasukkan semula ke dalam sampul surat. Ada setengah jam lagi sebelum masuk waktu asar. Selepas asar, dia akan ke kuliah Pengurusan Prestasi. Bunyi notification Y!Messenger mengalih perhatiannya yang sedang memikirkan rutin mingguannya.  
Cursor digerakkan ke arah notification Y!Messenger tadi. 
Shin: Sara, tolong baca research proposal saya, boleh? Nak tau boleh faham ke tak. Check format sekali, Dr. suruh refer format report awak. 
Qaisara: Sure, emelkan je.
Cursor terus digerakkan ke button Google Chrome untuk membuka e-mel.
Shin: Sent. 
Qaisara: Ok. 20 minutes, k. 
Shin: TQVM.
Dokumen yang baru di download tadi dibacanya dengan tekun. Sesekali, dia menaip dengan font berwarna merah. Selesai membaca, dokumen itu di uploadkan semula ke Y!Messager.
Qaisara: Dah baca. OK je. Ada yang saya add dengan font merah tu sekadar cadangan saya. Saya dah baiki sekali format nya. 
Shin: Thank you very much! I love u soooo much!!!
Qaisara: U're welcome. 
Shin: Btw, awak di mana sekarang? 
Qaisara: Library. Nak solat dulu, pastu p kelas. 

******************************************************* 

Skuter diparkir di tempat biasa, lantas bergegas menuju ke kelas. Sesampainya di luar bilik kuliah, para pelajar masih menunggu di luar dewan kuliah. Headphone dipasang ke telinga. 'Istikharah Cinta' nyanyian kumpulan nasyid Sigma menjadi halwa telinga. 
Masuk sahaja ke bilik kuliah, matanya melilau mencari kelibat Ayuni. 
"Kak, nah." Surat yang sudah dibacanya tadi diserahkan kembali kepada Ayuni. 
"Amboi, akak ni bukan posmen korang." Gurau Ayuni. 
"Tak, bukan macam tu. Tolong kembalikan surat ni. Dia akan faham sendiri." Rendah suara Qaisara. 
"Em. Baiklah." Jawab Ayuni lalu memasukkan surat itu ke dalam tas tangannya. 
Qaisara kemudian duduk di baris yang kosong di sebelah kiri. Headphone dipasang semula. Seketika kemudian, seorang pelajar cina datang menghampirinya.  
"Qaisara, may I sit here?"  
"Sure." Ringkas.  
"How's your FYP's progress?" Cynthia bertanya. 
Headphone dilurutkan dari kepala. 'Manner, manner..' Bisik hati mengingatkan diri untuk menghormati orang lain. 
"Working hard on it. Doing my best, as usual. U?" 
"Yea, in progress. Waiting for my supervisor's feedback. Hope there'll no problem to proceed." 
"It will be OK, since it's u. Hehe.."
Cynthia mengeluh sambil mengeluarkan buku nota dari beg nya.
"Having trouble dengan group assigment lagi?" Seperti dapat mengagak maksud keluhan Cynthia. 
Teringat satu ketika Cynthia mengadu stress kerana tugasan kumpulan. Sejak itulah mereka semakin rapat dan sering mengulangkaji pelajaran bersama. 3 kali seminggu mereka berjumpa di luar waktu kelas untuk mengulangkaji dan berkongsi idea dan pemahaman masing-masing tentang subjek-subjek yang dipelajari.
"Yea..I don't understand why some people can't take the assignment seriously. I think I did a good job explaining all information I gathered. Saya minta tolong diorang tulis saja, info semua saya dah bagi." Luah Cynthia. 
"Kalau saya kan, saya buat je sendiri semuanya dulu. Macam dah terbiasa member2 buat keja last minute or tak buat keja. Tambah sekarang ni final year, FYP ada masalah la, nak kena submit draf la. Macam-macam alasan. Memang kadang-kadang rasa tak adil. Tapi kita yang berusaha dapat lebih walaupun hakikatnya markah sama je. Study ni bagi saya bukan tentang gred or CGPA, tapi tentang apa yang kita dapat. Dalam kepala ni kita dapat lebih, insyaAllah." 
"I like talking with you." 
"Aaa? Tiba-tiba je awak ni." 
"Awak macam ada positive aura. Awak lainla." 
"Wow. You're funny. Haha." Qaisara ketawa sambil Cynthia dipandangnya pelik. 'Positifkah aku?' 
Wajah cynthia dipandangnya. Masih muram. 
"Cyn, petang ni kita main basketball nak? Ke awak sibuk dengan aktiviti kolej?" Sudah sedia maklum akan komitmen Cynthia sebagai Ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej. 
"Boleh juga. Sekarang ni tidak sibuk. Pukul berapa? Di mana?" 
"Saya selalu main di kolej A kira-kira dalam pukul 4.30 petang. Lepas solat asar." 
"Okay."
Puan Rashida masuk ke dewan kuliah. Keduanya langsung berhenti berborak dan mengalih perhatian ke depan dewan kuliah. 

******************************************************* 

"Sara, where are you now?" Tanya Cynthia setelah panggilan bersambung. 
"Gelanggang." Ringkas. 
"Saya on the way." 
"Fine."
Bola kembali dilantun dan dijaringkan. Sudah hampir 2 bulan gelanggang bola keranjang itu menjadi tempat kegemarannya. Kelihatan kelibat Cynthia bersama seorang rakannya yang lain.
"Hi. Saya bawa kawan saya hari ni. Kenal kan? Azwa." Cynthia memperkenalkan kawannya kepada Qaisara. 
"Kenal. Selalu nampak dengan kamu di kelas." 
"Awak sudah sembahyang?" Tanya Cynthia. 
"Sudah, sebelum datang sini tadi." 
"Awak, Azwa?" Cynthia mengalih pertanyaan kepada Azwa. 
"Hee..belum lagi. Balik nanti la solat."Jawab Azwa sambil tersengih. 
"Kenapa macam tu... Tak baik tau." Ujar Cynthia. 
"Haha..tau awak Cyn." Qaisara sekadar senyum.
Mereka bertiga mula bermain sepenuh tenaga sehingga letih. Tanpa sepatah kata, seolah-olah masing-masing hanyut dalam permainan, atau mungkin hanyut dalam minda yang penuh dengan tekanan.
"Aaa..sudah, sudah. Letih dah." Ketiga-tiga nya duduk di kerusi yang disediakan di tepi gelanggang. Sambil termengah-mengah, Azwa meneguk air mineralnya. 
"Kita lepak la dulu." Cynthia mengajak Qaisara.
"OK." Ringkas responnya sambil bola dijaringkan sebelum duduk dengan Cynthia dan Azwa di tengah gelanggang. 
"Awak ada bola sendiri, mesti selalu main kan? Dari sekolah lagi main basketball?" Tanya Azwa kepada Qaisara sambil duduk di depan Qaisara. 
"Takla, main untuk suka-suka je." Jam di tangan di pandang. "Azwa, dah jam 5.30 dah ni. P la solat dulu. Nanti  tergesa-gesa pula solatnya." Ujar Qaisara kepada Azwa.
"Ya tak ya juga. Mana surau?" Azwa bertanya. 
"Situ je. Tu musolla muslimah." Sambil menunjuk ke arah bilik tinggat 1 bangunan di sebelah gelanggang. 
Azwa terus bangun menuju ke musolla, meninggalkan Qaisara dan Cynthia di gelanggang.
"Cyn, how am I different" Qaisara bertanya, memecah sepi. Tertanya-tanya apa yang lain tentang dirinya. Baru semalam seorang rakan sekelas bagi komen yang sama.
'Awak ni unik la.' Teringat akan kata-kata kak Niza semalam.
"Em, u tak sama macam kakak-kakak bertudung labuh di kelas kita tu. Pakai tudung labuh, tapi nampak brutal je." 
"That's it?"   
"You nampak macam a loner, selalu saja sorang-sorang, tapi you open-minded. Kalau tak approach you, mesti orang ingat u ni sombong. Then, seronok berborak dengan u. Dengan budak tudung labuh lain, takut nak bergurau. Kakak-kakak tudung labuh di kelas tu pula serius je. Saya buat lawak pun muka serius je. Tak selesa dengan diorang, tapi dengan awak, selesa. Dengan diorang, macam susah nak rapat."
"Lawak awak tak cukup lawak kot..? Ujar Qaisara dengan nada gurauan. 
"Mungkin la." Jawab Cynthia. "Tapi diorang tak berapa mesra dengan saya." Sambungnya lagi. 
"Ooo..mesti awak approach diorang time diorang tengah takde mood. Salah timing." 
"Mungkin juga. Kena sangka baik, kan?" 
"Ya, betul tu..So, macam mana la dengan masalah group assignment you tu?" 
"Malas sudah saya fikir. I almost finish everything. Kalau mereka buat kerja mereka, saya include la dalam assignment tu, kalau tak, biarlah. Malas nak peduli." 
"Good then."
Azwa menghampiri. "Borak pasal apa?" 
"Pasal study.""Tengah main pun cakap pasal study? Cakapla pasal personal life ka, macam,..Qaisara ada boyfriend?" Tanya Azwa sambil tersengih nakal. 
"Cehh..dah namanya personal." 
"Alaa... So, awak ada boyfriend tak?" Masih bertanya. 
"Ya, saya pun ingin tahu." Ujar Cynthia sambil memandangnya. 
"Haha, tak ada la." 
"Yaka? hari tu saya dengar ada budak kelas kita ni confess kat awak." Tanya Azwa lagi. 
"Emm...camni la. Saya ni tak de boyfriend, tak terfikir pun nak ada boyfriend. Tapi ada someone yang saya suka." Bukan sekali dua dia ditanya dengan soalan yang sama. Timbul jenuh menjawab. 
"Owh..jadi orang yang awak suka tu budak course apa?" Azwa melanjutkan pertanyaan. 
"Dia study tempat lain. Jomla kita sambung main." Tak mahu terus ditanya.
Mereka bertiga bangun. Tiba-tiba terdengar suara yang memanggilnya. Dia menoleh. Isfa menghampirinya lalu menghulurkan sebungkus kentang goreng. "Your favourite." Lalu memaut lengan Qaisara.
Bungkusan kentang goreng bertukar tangan. Qaisara mengajak mereka duduk. Kentang goreng tadi dihidangkan di tengah-tengah.
"Kawan?" Tanya Cynthia. 
"Ya, saya girlfriend dia." Belum sempat Qaisara bersuara, Isfa terlebih dahulu menjawab sambil mengenyitkan mata kepada Qaisara. 
Cynthia dan Azwa saling berpandangan. 
"Aa..kawan. Selalu main dengan saya di sini, tapi sepatutnya hari ni dia ada kelas sampai jam 7." Jawab Q. Pandangannya beralih ke arah Isfa. 
"Sampai jam 5 je tadi. Short Quiz. Lecturer tak ada." Faham maksud pandangan Qaisara. Lengan Qaisara masih dipautnya rapat. 
Pandangan Cynthia dan Azwa masih pelik. "Dia memang macam ni." Ujar Qaisara. 
"Ni? Saje. Q tak kisah pun. Mungkin ada la yang pandang pelik." Jelas Isfa, ringkas. 
"Tu la aku suh kau ubah habit kau ni. Behaaaavveeee." Sambil melepaskan lengannya dari pautan Isfa. 
"Q?" 
"Nickname saya."

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sabda Rasulullah S.A.W, KHAIRUNNAS ANFA'UHUM LINNAS. 'Sebaik-baik manusia dia antara kalian adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain'. Kata Albert Einstein pula, 'try not to become a man of success, but rather try to become a man of value'.

Taburkan jasa dan semaikan budi, jadilah kita warga yang berbakti.. 

Aturan Allah tu memang the best! Subhanallah.

05 March 2013

Honesty + Naratif 21






"Honesty is hardly ever heard, and mostly what i need from u..."

Susah nak jumpa orang yang jujur, tapi kejujuran itulah yang kita perlukan dari orang2 di sekeliling kita. Nak berlaku jujur tu bukannya mudah. Ada saja penghalang, ada saja kebimbangan. 

'Apa semuanya akn jadi lebih baik dengan berlaku jujur?'

'Apakah kejujuran itu tidak akan menyebabkan perubahan pada perhubungan yang telah kita cipta?'

Aku sendiri tidak pasti. Yang aku pasti, ketidakjujuran itu bisa membajai rasa tidak selesa dalam diri. Semakin lama disimpan, semakin menyakitkan... (gila ayat karangan abis...)

Jujur tentang suatu perkara yang positif, mahupun jujur tentang suatu perkara yang negatif, impak ke atasnya adalah sesuatu yang sukar untuk dijangka. Mungkin inilah sebabnya jujur itu susah untuk dilakukan.

Ada kalanya, kejujuran dari kita membuatkan pihak lain menjadi kurang selesa dengan kita, ringkasnya, merubah keadaan perhubungan yang selama ini biasa ataupun baik kepada kekok. Namun begitu, kejujuran boleh melegakan hati, malah  kadang-kadang, is seakan-akan melepaskan butang 'pause' pada drama hidup kita yang pada hakikatnya terhenti biarpun masa terus berlalu. Kita rasa lebih mudah untuk bergerak ke hadapan, tiada lagi doubt, tiada lagi distraction dalam hati, dan tiada lagi kekeliruan dalam minda.

POSITIVE

Honesty is one of the elements in being positive. By spreading honesty, maybe it can lead other people to be honest too..The one who can spread honesty is usually someone who can accept any kind of honesty. The one who always honest is usually someone who is easy to be honest to. This theory is based on own's experiences and people's stories, therefore, it can be doubted...hehee...^_^

   

#If I lost after I did everything I can, I can accept it.#

***********************

NARATIF 21

Sinar terik mentari memedihkan matanya. Lampu isyarat masih merah. Direnggangkan badan yang terasa lenguh. Letih...baru 2 minggu, namun keletihan membuatkannya terasa ingin berhenti. Melalui jalan yang dahulu sering dilalui untuk mengisi rohani. 'Sampai bila aku akan terhenti?' Tidak ingin menyalahkan keadaan, sedang segalanya terpulang pada diri. Apa yang harus dilakukan untuk terus teguh di jalan hakiki? 

Zain Bikha menyanyikan Allah Knows di telinga. Lirik dihayati, diyakini...mengingatkan diri, bajai taqwa di hati. Ya, Allah Maha Mengetahui..yang nyata mahupun yang tersembunyi. Minda ligat memikirkan solusi pada tribulasi yang melanda diri. Sambil mata fokus pada jalan yang sesak dengan pelbagai jenis kenderaan, berhati-hati...



Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta mnusia

Sebagai khalifah mentadbir bumi ini

Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku

Di mana... Di mana ku berada?
Di mana... di manakah diriku?

Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku?
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku

Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu


Nyanyian lagu ciptaan Munif Ahmad oleh Saff-One membawa diri ke dunia refleksi. Memikirkan kehidupannya sekarang. Apakah masih di jalan itu? Dia sendiri kurang pasti. Apakah masih ikhlas dalam ibadah sehari-hari? Bertanya pada diri. 


Sulaman rindu pada hati yang meraih cinta Pencipta
Bisikan redha demi mengejar sebuah halawatul iman
Cipta grafiti cinta berseni hakiki penuh makna
Indah terlakar dalam tiupan ketenangan 




~Rhapsody~

14 April 2012

Muhasabah Cinta

Sakit tu pun salah satu pelajaran dari Allah..indirectly...sebab bila kita merasa sakit yang teramat sangat, kita mula berfikir tentang mati, yang mungkin kita lupa selama ni..

Pernah sekali tu aku merasa sakit yang teramat sangat...kebiasaannya kesakitan tu reda setelah beberapa minit, tapi hari tu ia berlanjutan sepanjang hari. Dan tu la kali pertama aku menangis kerana sakit. Dahla masa tu da exam, final exam, last paper kalau tak silap. Dah tu skuter ku pula buat hal. Aku bangun awal pagi tu, sebab mlam sebelumnya berniat nak bangun qiam. Tapi bila aku sedar, dadaku sakit. Bertambah sakit setiap kali aku bernafas, jadi aku xdapat nak bangun. Tapi aku paksa diriku bangun, sebab aku betul2 rasa nak qiam, at least tahajjud. Aku berjaya berwudhuk. Tapi bila aku berdiri nak solat, tetiba kesakitan tu bertambah, lalu aku baring semula atas katil. Masa tu aku fikir, "Allah dah nak cabut nyawa aku ke? Dah sampai masanya ke?". Dan masa tu la semua dosa2 yang pernh aku lakukan bermain2 di fikiran. Masa tu aku sedar banyak perkara...Macam...mati itu pasti, dan bila masanya kita xtau, tapi ia tetap akn berlaku pada masa yang telah tertulis di luh mahfuz, regardless of kita ready ke tak..



Aku terus berbaring, sambil berharap kesakitan tu berkurang bila azan subuh berkumandang. Masa tu aku tak ingat famili, kawan2..aku cuma ingat dosa, khilaf aku selama aku hidup. 

Jadi, kesakitan tu adalah peringatan. Kita ni mudah lupa asal-usul kita, lupa pada yang menciptakan, lupa pada yang memberikan kita kehidupan ni. Jadi setiap peringatan tu datangnya bersama kasih-sayang. Allah sayang, maka Dia ingatkan kita, kawan2 sayang, maka mereka ingatkan kita bila kita leka. Tinggi nilai kasih-sayang tu. Tapi jika seseorang tu hanya mengajak kita leka, lalai, terhadap dunia, itu bukanlah kasih-sayang yang sebenar, sebaliknya musibah. Seriously~

Akhir kata, remember..kita ni dimiliki, bukan memiliki...that's the reality~

*********************************

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.






02 January 2012

Sekadar pandangan peribadi

I'm not being patriotic, but i simply do not fully agree with what's happening there. And i'm just a person with perception toward things..

I hate corruption, and i hate violence. I know they're just using their right, but they might have forgotten others right to live peacefully..and they might have forgotten that their right can never win against authority power especially if they're using violence. If they negotiated peacefully, that's way better...coz most of people perceive people by observing their action...if their action is seen as bad, they'll be perceived as unreasonable people, and at the end, they'll just be ignored...that's just my opinion though. 

I really hate corruption, and seeing what had happened make me feel worst, as if terrorism started to begin. Scary, don't you think so? Do you think people who always try to prevent violence to occur will support people who are using violence? If this happen, in the future, people will continue using violence to solve their  problem and propose their demand.

There's room for negotiation, wasn't there? Generally, negotiation will make other party to think that they're reasonable, rational, honest and sincere with their demand. Does impudence and rudeness are the only way to show that you are being earnest with your demand? I don't think so. Collecting information, providing arguments and reason, and using intellectual speaks and negotiation are most preferable in this era. Coz that's the best way to convince and satisfy other party. Make them believe and confident in what you propose. How can they believe in people that use violence to get what they want? U're just make them feel insecure with your demand..The feeling of insecurity believed to cause insecurity..,people generally perceived it that way..

Oleh kerana zaman sekarang ni golongan bijak pandai dipandang tinggi dan diberi kepercayaan, bukankah lebih meyakinkan jika menggunakan intelektualiti bagi mempengaruhi mentaliti? Dan harus diberi perhatian, untuk melaksanakan suatu sistem atau perkara baru, ia mengambil masa kerana memerlukan perdebatan dan pendapat dari semua pihak yang berkenaan. Sokongan setengah orang sahaja tidak relevan bagi memulakan sesuatu perlaksanaan kerana kita hidup dalam satu komuniti. Berilah masa, bertindak secara dewasa..

Saya keliru dengan apa yang mereka inginkan. Kata putus telah diumumkan selari dengan permintaan, tetapi dikatakan pula sebagai propaganda. Bukankah itu menunjukkan bahawa ia sedang dalam proses perlaksanaan? Ada kalanya kita perlu keluar dari pemikiran yang dipengaruhi ketidaksetujuan kita terhadap keseluruhan sistem. Mahu apa tidak sebenarnya?

Saya menyokong apa yg mereka mahukan, tp cara mereka menakutkan saya. Apatah lagi tindakan yang bertambah x baik dengan melakukan vandalisme ke atas sebuah tempat yang tidak bersalah. Ia menakutkan bagi saya, seriously. Saya juga ingin hidup di bawah naugan islam, bukan di bawah 'negara islam' yg tidak mnjalankan undang2 islam sepenuhnya. 


Don't just believe in preconception, avoid misperception~peace!





*sekadar pandangan peribadi bukan untuk mempengaruhi...


19 July 2011

Perasaan Negatif


Kenapa harus benci, kenapa perlu berhasad dengki, sedangkan ia hanya meletihkan diri, mengganggu emosi, merosakkan hati.

07 July 2011

Dulu, Kini dan Selamanya-2


Dalam entri sebelum ni, saya ada bagi pendapat saya tentang peranan masa lalu(past) dalam membentuk diri kita yang sekarang dan peranan langkah yang kita ambil pada masa kini(present) dalam membentuk masa depan kita.
Kali ni saya nak menyatakan pendapat saya tentang peranan masa depan (future) dalam membantu kita memilih langkah yang patut kita ambil pada masa sekarang demi masa depan yang cerah. Jika difikirkan secara logik, sememangnya kenyataan saya ni kurang munasabah, apa tidaknya, masa depan adalah sesuatu yang tidak kita ketahui. Mungkin kita jangkakan, tapi x mustahil hasilnya kelak adalah di luar jangkaan.

06 July 2011

Dulu, Kini dan Selamanya-1


Setiap langkah yang kita ambil pada hari ini membawa kepada siapa diri kita pada msa hadapan.
Jadi, make sure u;
“Think twice before u talk 
and
Think thrice before u do”

01 July 2011

The Right to Perceive


“U need to change the way u think”
Is it necessary to ask people to change the way they perceive things? I believe that everyone have their right to perceive things the way they like. And everyone also have the right to disagree with other’s thoughts or perceptions.
We can’t force other people to agree with us and to perceive things like us.
I rarely ask for other’s opinion, i like to decide on my own, because i know that different people looks at things differently. Different people are differ in the way they perceive. However, when it comes to the matter that i never experienced before, i’ll consult with the others..I'll accept their opinion as long as it is not opposing my principle.
The best perception comes together with knowledge and experience.

28 April 2011

Hari Lahir


~Time passed…
Never stop…
We’re nearer to death…
Nearer to the end of life…

25 April 2011

KCB-Meraih Mardhatillah


Saya baru selesai menonton sinetron Ketika Cinta Bertasbih- Meraih Mardhatillah. Saya jadi berfikir betapa sukarnya untuk kita temui watak-watak utama dalam sinetron tersebut dalam dunia realiti masa kini. Yakni orang-orang yang teguh menjalankan perintah Allah, kewajipan sebagai seorang muslim biarpun pada ketika itu ditimpa musibah. Orang-orang yang mencintai Allah Taala lebih dari segalanya, merasa sedih tatkala sedar akan khilaf yang telah dilakukan. Malah, saya sendiri menyedari, betapa saya ni begitu banyak kekurangan setelah menonton sinetron itu. Betapa sensitiviti saya terhadap agama dan iman saya masih lemah. Astaghfirullahal’azim.

02 January 2011

Cantik Berdiam


Lazimnya,kita gemar meluahkan apa yang kita rasa dengan orang lain. Kita senang bila teman kita turut gembira bila mana kita gembira dan turut sama bersedih bila mana kita bersedih. Malah bila mana kita dibelenggu masalah,konflik,atau ketidakpuasan hati terhadap seseorang,kita akan melampiaskannya dengan teman bicara yang kita percayai,dan mengharap mereka bisa membantu kita menyelesaikan masalah yang membelenggu diri.

19 December 2010

Pretending


Don’t ever pretend TO NOT to if u actually ARE, that’s EGOIST..
Don’t ever pretend TO if u’re NOT, that’s HYPOCRITE..
If u do,u’re actually lying to urself..
Pretending=lying to yourself
Be yourself..coz u’re the best..
To believe in The Creator is including to trust in urself..