Pages

08 January 2015

Misc...adolescent..

Bola dilantun sambil berlari berulang-alik menjaringkan bola di kedua-dua tiang gol sambil mendengar lagu-lagu dari ipodnya. Minggu ini dirasakan lebih tertekan dari minggu-minggu atau semester-semester sebelumnya. Sudah setengah jam, masih belum berhenti. Kelihatan Isfa melambai-lambai dari tingkap biliknya. Sudah 2 minggu Isfa tinggal bersamanya dek kesibukan menyiapkan eksperimen di makmal fakultinya yang terletak bersebelahan dengan kolej kediaman itu. Headphone dilurutkan dari kepala.

"Woi, punya la lama aku panggil."

"Sori Fa." Sambil menunjukkan headphone di leher.

"Apa hal over semacam? Nak join pasukan kebangsaan ke? Slam dunk je ko tak buat. Sebab pendek tak sampai kot.." Tanya Isfa sambil berseloroh. Ketawa.

"Saja. Come, join me. Lawan." Ajak Qaisara.

"Girls, saya join boleh?" Keduanya menoleh ke arah suara yang memanggil lalu saling berpandangan.

"Jomla. Ajak kawan lagi sorang. Kita fight." Ujar Qaisara sambil tersenyum.

Isfa datang menghampiri gelanggang sambil membetulkan tudungnya.

"Siapa tadi tu?" Soalnya kepada Qaisara.

"Entah. Tu diorang datang, kita berkenalan la." Jawab Qaisara sambil memuncungkan mulut ke arah 2 orang pelajar yang datang menghampiri mereka.

"Qaisara. Q."

"Isfa."

"Nadia. Nad"

"Atikah. Ati."

Mereka bersalaman sambil memperkenalkan diri masing-masing.

"Dia pun Nadia." Isfa menunjuk ke arah Qaisara.

"Yeke?" Tanya Nadia kepada Qaisara.

"Qaisara Nadia Nasruddin." Jawab Qaisara, ringkas. "Korang warming up la dulu. Saya dah cukup warm ni." Qaisara bergerak ke tengah gelanggang sambil menjaringkan bola sementara menunggu mereka bertiga memanaskan badan di tepi gelanggang.

Kemudian, mereka berempat bermain dengan rancak sekali. Isfa dan Qaisara membentuk kumpulan melawan 2 orang pelajar yang baru dikenali sebentar tadi. 

"Cukup, cukup.." Nadia temengah-mengah sambil menunjukkan isyarat berhenti. Mereka berempat kemudiannya duduk di tengah gelanggang. 

"Pandai korang main." Ujar Atikah kepada Qaisara dan Isfa.

"Saya tak pandai sangat, Q pandai." Jawab Isfa.

"Kenapa tak join pasukan kolej?" Sambung Nadia.

"Korang pemain kolej ye? Patutla hebat main." Qaisara bertanya kembali.

"Ye. Tapi awak lagi hebat. Kalah kami." Jawab Nadia.

"Takla, tu ikut mood. Stress ni, sebab tu main camtu." 

"Hujung minggu ni ada perlawanan antara kolej. Jom la join. Bagus untuk hilangkan stress." Ajak Nadia.

"Sori2. Saya tak minat nak join tournament." Cepat Qaisara menolak. Pandangan keduanya beralih kepada Isfa. Isfa turut menggelengkan kepala. "Malas." Tolak isfa sambil tersengih.

Qaisara memandang jam di skrin telefonnya. "Dah dekat pukul 6 dah ni. Jom balik. Lain kali kita main lagi." 

Mereka kemudiannya bertukar nombor telefon sebelum bersurai.


*************************************************

Azan maghrib berkumandang dari surau kolej A. Qaisara dan Isfa berjalan laju menuju ke surau untuk solat berjemaah.

Usai solat maghrib, dia dan Isfa terus mengambil al-Quran dari rak.

"Kak Nadia, lama tak nampak. P mana lama tak datang surau?" Tanya seorang junior.

"Beruzlah." Jawabnya sepatah sambil tersenyum lalu menuju ke arah Isfa yang sedang menunggu di sudut belakang  dengan Al-Quran di tangan.

Qaisara mendengar Isfa membaca al-Quran sambil membetulkan bacaannya. Selesai 1 muka surat dibaca, giliran Qaisara pula membaca. Tiba-tiba, tiga orang junior menghampiri mereka. 

"Kak, kiteorang join, boleh?"

Qaisara sekadar mengangguk sambil mempersilakan mereka duduk bersama.

Selesai bertadarus, Qaisara memulakan pengisiannya.

"Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda,


لناس معادن، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ. إِذَا فَقُهُوا

Maksudnya, 

Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham.

Sebelum aku jelaskan lebih dalam lagi tentang hadith ni, kau pernah tengok film Ketika Cinta Bertasbih, kan?"

Isfa mengangguk. Ketiga-tiga pelajar tadi turut mengangguk.

"Erk. Sori. Lupa. Tak biasa. Kalian tak kisah kan kalau saya bercakap camni?" Qaisara menoleh ke arah mereka bertiga"

"Tak kisah kak. Teruskan ikut keselesaan kakak." Jawab salah seorang dari mereka.

Qaisara menarik nafas dalam. Laptop di sebelahnya dibuka. Film 'Ketika Cinta Bertasbih' dimainkan lalu di fast forward kan ke adegan perbualan Furqan dengan Azzam.

Jujur aja zam. Aku tertarik sama dia bukan semata karena kecantikannya. Tapi potensi yang ada dalam dirinya. Jika kita arahkan ke jalur yang benar, aku yakin bisa sangat bermanfaat bagi umat."

"Potensi apa misalnya?"

"Tau sendiri dong, tulisan dia dalam bahasa Inggris dan Prancis. Jagoh banget Dia juga punya pesona keartisan. Kalau kita manfaatkan untuk dakwah, dampaknya akan dahsyat Zam."


"Perumpamaan manusia ibarat logam ni bukan dilihat berdasarkan sifat fizikal yang ada pada logam, tetapi nilai logam. Logam ni kan diguna dengan meluas dalam kehidupan kita ni, sejak dulu lagi. Sehingga sekarang ni pun, logam ni tetap bernilai, kan?"

Keempat-empat sekadar mengangguk.

Sambil membuat pengisian, Qaisara mengimbau kembali saat bersama Kak Aafiyah. Malah setiap bait kata dalam pengisiannya seperti mengulang kembali ayat-ayat pengisian dari Kak Aafiyah suatu ketika dahulu yang masih jelas di ingatannya.

"Maksud nilai bagi manusia pula adalah potensi, kebolehan yang ada dalam diri. Setiap manusia ni kan ada potensi dan kebolehan masing-masing. Macam Isfa terer menulis puisi, em..dan adik-adik pasti punya kebolehan masing-masing, kan? Bezanya ke mana kita guna potensi tu?

Contohnya, Saidina Umar Al-Khattab yang semasa jahilnya terkenal dengan ketegasan, sifat garang, kesungguhan yang kuat untuk menentang atau menghalang dakwah islam di Makkah. Semasa beliau islam, sifat yang ada pada dirinya tidak berubah, cuma diarahkan ke jalan dakwah islamiah sehingga memberi impak yang besar dalam memperluaskan dakwah islam. Islam di Makkah malah menjadi teguh kerana digeruninya Saidina Umar Al-Khattab ni.

Sebab itulah nabi kata, manusia ni seperti logam. Sehebat mana kita semasa jahil, sehebat itu jugalah kita semasa islam, atau semasa sedar dan mulai mengenali islam dengan mata hati. Sebab potensi yang ada dalam diri kita tidak berubah, yang berubah cuma ke mana kita manfaatkan potensi atau kebolehan itu. Dan pastinya kita guna ia untuk perkara yang kita yakini kan. Macam Saidina Umar la. Pada awalnya dia menentang islam, tapi bila dia sudah beriman kepada Allah, meyakini islam, potensi yang ada dalam dirinya lalu digunakan untuk menegakkan islam. 

Faham ke maksud saya?" Tanya Qaisara setelah selesai berbicara.

"Faham, faham." Keempat-empat menjawab serentak sambil menganggukkan kepala.

"Kak.." Seorang dari junior bersuara memanggil Qaisara.

"Ye.." Jawab Qaisara.

"Kakak selalu buat pengisian camni ke? Kite nak join kakak boleh?" 

Qaisara memandang ke arah Isfa. Diam seketika.

"Dik, akak ni sebenarnya bukan la buat pengisian, cuma berkongsi, bercerita biasa-biasa je dengan kawan akak ni je. Sebaiknya kalau adik-adik nak dapatkan pengisian, adik-adik ikutlah mereka yang lebih berilmu. Ikut usrah ke, kelas-kelas agama ke. Lagi meyakinkan." Jelas Qaisara. "Maaf ye, dik. Bukan menolak, tapi tak yakin." Sambung Qaisara lagi.

Azan Isya' berkumandang. "So, Wallahu a'lam. Jom siap untuk Isya'."