Pages

Showing posts with label Naratif. Show all posts
Showing posts with label Naratif. Show all posts

05 March 2013

Honesty + Naratif 21






"Honesty is hardly ever heard, and mostly what i need from u..."

Susah nak jumpa orang yang jujur, tapi kejujuran itulah yang kita perlukan dari orang2 di sekeliling kita. Nak berlaku jujur tu bukannya mudah. Ada saja penghalang, ada saja kebimbangan. 

'Apa semuanya akn jadi lebih baik dengan berlaku jujur?'

'Apakah kejujuran itu tidak akan menyebabkan perubahan pada perhubungan yang telah kita cipta?'

Aku sendiri tidak pasti. Yang aku pasti, ketidakjujuran itu bisa membajai rasa tidak selesa dalam diri. Semakin lama disimpan, semakin menyakitkan... (gila ayat karangan abis...)

Jujur tentang suatu perkara yang positif, mahupun jujur tentang suatu perkara yang negatif, impak ke atasnya adalah sesuatu yang sukar untuk dijangka. Mungkin inilah sebabnya jujur itu susah untuk dilakukan.

Ada kalanya, kejujuran dari kita membuatkan pihak lain menjadi kurang selesa dengan kita, ringkasnya, merubah keadaan perhubungan yang selama ini biasa ataupun baik kepada kekok. Namun begitu, kejujuran boleh melegakan hati, malah  kadang-kadang, is seakan-akan melepaskan butang 'pause' pada drama hidup kita yang pada hakikatnya terhenti biarpun masa terus berlalu. Kita rasa lebih mudah untuk bergerak ke hadapan, tiada lagi doubt, tiada lagi distraction dalam hati, dan tiada lagi kekeliruan dalam minda.

POSITIVE

Honesty is one of the elements in being positive. By spreading honesty, maybe it can lead other people to be honest too..The one who can spread honesty is usually someone who can accept any kind of honesty. The one who always honest is usually someone who is easy to be honest to. This theory is based on own's experiences and people's stories, therefore, it can be doubted...hehee...^_^

   

#If I lost after I did everything I can, I can accept it.#

***********************

NARATIF 21

Sinar terik mentari memedihkan matanya. Lampu isyarat masih merah. Direnggangkan badan yang terasa lenguh. Letih...baru 2 minggu, namun keletihan membuatkannya terasa ingin berhenti. Melalui jalan yang dahulu sering dilalui untuk mengisi rohani. 'Sampai bila aku akan terhenti?' Tidak ingin menyalahkan keadaan, sedang segalanya terpulang pada diri. Apa yang harus dilakukan untuk terus teguh di jalan hakiki? 

Zain Bikha menyanyikan Allah Knows di telinga. Lirik dihayati, diyakini...mengingatkan diri, bajai taqwa di hati. Ya, Allah Maha Mengetahui..yang nyata mahupun yang tersembunyi. Minda ligat memikirkan solusi pada tribulasi yang melanda diri. Sambil mata fokus pada jalan yang sesak dengan pelbagai jenis kenderaan, berhati-hati...



Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta mnusia

Sebagai khalifah mentadbir bumi ini

Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku

Di mana... Di mana ku berada?
Di mana... di manakah diriku?

Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku?
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku

Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu


Nyanyian lagu ciptaan Munif Ahmad oleh Saff-One membawa diri ke dunia refleksi. Memikirkan kehidupannya sekarang. Apakah masih di jalan itu? Dia sendiri kurang pasti. Apakah masih ikhlas dalam ibadah sehari-hari? Bertanya pada diri. 


Sulaman rindu pada hati yang meraih cinta Pencipta
Bisikan redha demi mengejar sebuah halawatul iman
Cipta grafiti cinta berseni hakiki penuh makna
Indah terlakar dalam tiupan ketenangan 




~Rhapsody~

04 November 2012

Naratif 20: Kembali Refleksi


Hadirnya secebis rasa ingin mendalami ilmu keagamaan itu dari sekeping hati yang telah terhakis daripadanya setitik kegelapan biarpun sebesar zarah, lalu digantikan dengan rasa ingin tahu tentang kehidupan, siapa dirinya, dan siapa TuhanNya. Maka kenapa bertangguh? Kenapa ditimbulkan pelbagai persoalan berkisar keraguan sedangkan ia jelas adalah sesuatu yang baik? Jangan kau cipta alasan! Kerana alasan bisa menutup kembali ruang cahaya itu. Apa engkau tidak takut akan kegelapan?? Kegelapan hati malahan...Percayalah, itu adalah peluang yang Allah cipta untukmu, maka terimalah ia dan berilah peluang kepada dirimu untuk menuju ke ruang cahaya, terus ke jalan bahagia. Jangan berpaling! Sesungguhnya yang menentukan letaknya garisan di antara cahaya dan kegelapan pada hati manusia itu adalah tuan punya hati. Apakah ingin dibiarkan kegelapan bersemadi di hati, atau mahu dibukakan ruang cahaya sehingga hati itu menjadi hati yang bersinar dengan iman dan taqwa kepada Allah…
Diari Intishar, Julai, 11, 2012

********************************************************

from layoutsparks.com

Aku rindu pada langit malam yang dihiasi bintang...



Emosi menelusuri dingin malam yang sepi. Dalam gelap kamar sunyi, kedengaran hanya desiran angin kipas di siling. Entah kenapa hatinya begitu sedih, sakit. Kesakitan yang membuatkan air matanya jatuh ke pipi. Jantungnya berdegup kencang dek marah pada diri sendiri. Tangan digenggam erat, tak ingin terbawa  api kemarahan, tak ingin air mata terus jatuh..ego, pada diri...

Hati terasa terbeban, entah kenapa..terasa seperti kehilangan sesuatu yang amat bernilai dalam diri, namun tak dia ketahui. Rasa yang sukar sekali ditafsir, namun menyeksa pemilik hati.

Bangun dari pembaringan, duduk di tepi tingkap kamar yang sunyi. Memandang ke langit yang gelap tanpa sebutir bintang menghiasi. Sudah lama tidak merefleksi diri. Sudah lama tak menjengah hati sendiri. Apakah kealpaan mulai membelenggu diri??

"Ya Allah, ku damba petunjukMu, dalam pencarianku.."

Bisiknya dalam kepekatan malam. Keluhan dilepaskan…

"what've I been doing all this time??!"

Jerit sang hati, marah..kecewa pada diri..

Terus termenung, melayan emosi, tangisan hati yang hanya didengari diri, dan PenciptaNya...

16 July 2012

Demi Kesucian Cinta



Aku malu pada Sang Pencipta
Tika hati mulai digamit rasa
Resah keliru dibuai indahnya cinta
Aku sedar Dia mengetahui
Maka harusku suburkn cinta Ilahi
Demi menjaga kesucian hati

Ku tak ingin dirimu terus berfantasi
Fantasi cinta yg bisa merosakkan hati
Meracuni akal fikiran dengan ilusi duniawi
Hingga lupa meditasi ukhrawi

Ku tak ingin kau cemar kesucian diri
Tika hati dipenuhi cinta insani
Hilang khusyuk ibadah pada ilahi
Kerana rindu insani mengatasi rindu Ilahi

Aku tak ingin menjeratmu tanpa ku sedari
Agar dirimu terus terjaga dari fitnah dunia
Kan ku terus biarkan rasa menjadi rahsia
Yang pasti aturanNya lebih sempurna

Di akhir sujudku
Ku sisipkan doa berserta tasbih
Agar terpelihara hatiku dan hatimu
Dari fitnah cinta yang bisa meracuni hati
Moga terus teguh meraih redha Ilahi...

**********************************


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Labuhkan cintaku pada insan yang melabuhkan cintanya padaMu,
Supaya cintaku padaMu makin bertambah,

Ya Muhaimin,
JIka aku jatuh cinta,
Pelihara cintaku supaya tidak melebihi cintaku padaMu,

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkan aku menyentuh hati insan yang hatinya tertaut padaMu,

Ya Tuhanku,
Jika aku jatuh hati,
Peliharakan hatiku padanya agar tidak berpaling dariMu,

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukan aku pada insan yang merindui syahid di jalanMu,
Dan pelihara rinduku supaya tidak lalai dari merindui syurgaMu,
Ya Allah,
Jika aku sedang menikmati cinta hambaMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan munajat di sepertiga malamMu,

Ya Allah
Jika aku jatuh hati pada hambaMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu,

Ya Allah,
Jika Engkau halalkan aku merindui hambaMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,

Amin
Ya Rabbal’Alamin

(Doa cinta Sayyid Qutb)


*Sekadar coretan pena yang dah haus...mungkin punya maksud, mungkin tidak..terpulang pada yang membaca...Moga kita semua terpelihara dari fitnah dunia..

21 March 2012

Naratif 19: Pentas Baru

Dunia tidak berubah. Perjalanan diteruskan, namun kini bermula sebuah perjalanan di pentas yang baru. Pentas kehidupan yang mencabar, yang memerlukan kesabaran dan kecekalan hati. Sekali terleka bisa terbuai selamanya, tersasar hala tujunya. Tiada lagi insan yang mengingatkan diri, namun segalanya pilihan sendiri. Dia hanya ingin menyendiri, jujur pada hati, mencari identiti sendiri, tak ingin hilang diri.

Terasa diri terlalu jauh dari mereka yang tampak dekat pada pandangan mata. Sungguh benar, pandangan mata seringnya dusta. "Di sini bukan tempatku. Sungguh, aku tak layak."

Pentas perubahan beberapa tahun yang lalu dibinanya sendiri, bukan kerana sesiapa. Seorang demi seorang hadir di atas pentas yang dibinanya, atas takdir Allah. Namun entah kenapa...semakin mereka dekatinya dan cuba mengenalinya, hati semakin cuba menjauh, seolah-olah takut untuk dikenali..,lalu mulai menyembunyikan realiti diri. "Plastikkah aku?" Terasa diri hipokrit. Atau adakah ego yang membatasi? Dia sendiri tak pasti.

Tidak ingin terus menipu dan memaksa diri, lantas lari membina pentas yang baru. Pasti, tiada siapa yang memahami. Pentas baru dipenuhi cermin, melihat ke dalam diri, mengingatkan diri sendiri,belajar sendiri...ya.,berdiri di atas kaki sendiri. Cermin2 itu dijaga cermat agar tidak pecah dan membahayakan diri.

19 March 2012

Back and Forth

Beg diletakkan di bangku, jaket dibuka. Dikeluarkan MP3, headset disangkut di kepala. Bola dicapai lantas berjalan sambil melantunkan bola, menuju ke gelanggang. Hari ini, dia sendiri lagi. Dibaling bola lantas berlari 5 pusingan gelanggang. Stretching. Warming up.

Mulai bermain sendiri, seperti sedang berlatih untuk perlawanan. Segala rasa geram, marah, dilepaskan sambil melantun dan menjaringkan bola. Berlari, melompat, sejam tanpa henti. Ingin sekali menjerit melepaskan segalanya, namun di situ bukan tempatnya. Tanpa sepatah kata, terus bermain sambil MP3 terus menyanyi-nyanyi di telinganya. Hingga letih tak terhingga, namun  puas.

Nafas turun naik, termengah-mengah. Dia duduk di bangku sambil melihat ke langit. "Apakah yang belum aku temui?" Keluhan dilepaskan. 'Hold my hands' by Maher Zain berlagu di telinga..

Hold my hands
The are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we've left behind
Hold my hand my friend
We can save a good spirit of me and you
For another chance, and let's pray for a beautiful world
Beautiful world I share with you.

Dunia… Beautiful world,huh….

Fikiran melayang membayangkan entah bagaimana dunia yang indah seperti di dalam lirik lagu yang disukainya itu.

Lagu 'Heal the World' by Michael Jackson tetiba menyanyi di minda...Heal the world and make it beautiful….nice continuation, Maher Zain

Dunianya sendiri terasa sedikit kelam dek hilangnya senyum dan tawa. Berubahkah duniaku? Lagu 'Wake Me Up When September Ends' by Green Day mengambil alih peranan menjadi halwa telinga,diikuti  'Season in the Sun' by Westlife, membawanya ke zaman remaja. Begitu besar perubahan. Dipandangnya diri sendiri, lantas menggeleng kepala..this is too much beyond expectation..hatinya berkata..but alhamdulillah..bisiknya sendiri..

Apa kes aku ni tetiba buka kitab lagu zaman dulu kala ni? Bangkit dan kembali bermain. Setiap jaringan membawa kepuasan pada hatinya.

Langit yang sememangnya kelabu dari tadi mulai menitiskan air. Last shot.

Nice..!

Bergerak pulang sebelum hujan semakin lebat.

11 October 2011

Naratif 18: Tekanan tak Bernoktah

Semakin meningkat usia, semakin banyak perkara yang perlu dilalui. Semakin banyak tribulasi menguji. Entah kali ke berapa keluhan dilepaskan. Istighfar lagi.

Dalam kesibukan sebagai pelajar, dia diuji dengan pelbagai masalah. Bukan sekadar masalah pelajaran, tetapi juga dengan orang sekeliling. Dia dihurung rasa keliru dan serba salah yang cukup meletihkan minda untuk berfikir. Untuk beberapa ketika, senyum tawanya bisu. Hatinya terus beristighfar agar tidak meragui ketentuan Allah. Jiwanya meronta mengharapkan secebis pertolongan, namun begitu berat sang bibir meluahkan rasa hati yang terpendam. Tampak ekspresi wajah yang bisa membuatkan mereka terdiam tanpa kata. Terus membisu, takut berbicara kerana khuatir bicaranya beremosi. Di dalam hati tanpa henti memohon petunjuk dari Yang Maha Kuasa. 'Ya Rabb, berikan aku petunjuk agar mampu membawanya ke jalan yang Engkau redhai Ya Allah. Berikanlah dia hidayah dan lindungilah dia.' Tiada henti mempersoalkan apa yang harus dilakukan. Kusut minda memikirkan..



Sepuluh tugasan terkumpul. Perjalanan semester ini terasa semakin berat, namun dikuatkan hati untuk terus bekerja keras. Nampak rileks, namun turut celaru, ikut serabut. Tinggal bersama mereka, membuat mindanya terus tertanya-tanya. Terlalu banyak perbezaan dia dan mereka. Kenapa begini? Kenapa begitu? Sungguh dia tidak mengerti sikap mahu segalanya mudah. "Adakah aku pelik??" Monolog hati bila sendirian. Hati terus menjerit tertekan,apa tidaknya, terus akur dan memendam pandangan dan pendirian.

exhausted

18 September 2011

Naratif 17:Musim Baru

Permulaan musim yang baru dengan suasana yang baru. Meniti kehidupan sebagai seoang yang lebih dewasa di alam pengajian. Belajar, bekerja sambilan, terasa lebih dekat dengan realiti kehidupan. Letih, memang letih, namun kelak pasti akan lebih berat tanggungjawab yang perlu dipikul. Tiada salahnya memikul bebanan seawal ini. Dia mencorak hidupnya sendiri, persediaan untuk masa hadapan. Dalam kesibukan tetap istiqamah menjalankan amanah sebagai khalifah, namun khuatir tersilap langkah lalu lalai mengingati Pencipta kerana dia tetap insan biasa.

Hatinya semakin jauh dari mereka. Mesra dalam tutur namun masih mencipta jurang. Senyum diukir, namun masih kekok. Entah kenapa, dia sendiri turut tertanya-tanya. Setiap kali kaki melangkah ke ruang kuliah itu, terasa diri terlalu kerdil, malu untuk menatap wajah mereka. Di hujung belakang, dia menyendiri. Pasti ada yang menganggapnya anti sosial, namun tak perlu dihiraukan pandangan orang dalam kehidupan sendiri. Itu prinsipnya. Hanya mereka yang mengenali memahami akan dirinya. Sukar sekali bibir menutur sapa, malu, segan pada mereka yang tampak hebat. 

Dia tidak sesempurna mereka yang ayu dengan kelembutan. Terkadang diusik kerana gaya yang kasar. Hati terasa, namun sabar masih setia menemani. Tidak pernah terlintas untuk berubah menjadi gadis lembut. "Aku adalah aku, biarkan aku terus menjadi aku." Bisik hati yang sedikit tercalar dek bicara sindiran mereka. Mungkin dia terlalu sensitif, tapi bukankah dia juga insan yang punya hati dan perasaan?

24 July 2011

Naratif 16: Cita-cita

Kemiskinan harta bukan satu kesia-siaan dalam kehidupan, tetapi yang menjadikan hidup itu sia-sia adalah kemiskinan azam dan tekad. Tanpa azam dan tekad, manusia akan terus berada di takuk kemunduran dan masa lampau.

'TAMAN SERI PUTERI'..sekali lagi bayangan papan tanda itu bermain di mindanya.


Dia kini seorang anak muda yang sudah melepasi zaman remajanya. Di awal kedewasaan, masih lagi mencari suatu impian. Namun masih lagi tertanya-tanya, kenapa perlu bercita-cita? Cita-citanya masih kabur, yang jelas, dia mahu menjadi seorang yang bermanfaat buat agama dan masyarakat. Tenggelam dalam satu hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." 
(HR Bukhari)
dia mulai tercari-cari akan cita-citanya sendiri. Saban hari melalui jalan utama kampungnya, tidak pernah terlepas pandang pada sebuah papan tanda. 'TAMAN SERI PUTERI'...sebuah tempat pemulihan akhlak bagi gadis-gadis bermasalah. Tempat yang sukar dimasuki tanpa pernah mendaftar di rumah biru putih. Dekat sekali dengan tempatnya. 

Manusia memang banyak ragamnya. Ada yang menyenangkan, ada yang membimbangkan. Seringkali terdetik di hatinya keinginan untuk mendekati mereka yang membimbangkan. Bukan sekadar sebagai ahli masyarakat, tetapi sebagai orang yang mampu membuka hati-hati itu kepada kebaikan dan kebenaran yang dia yakini. Mindanya kian sarat dengan persoalan kemanusiaan. Keluhan kecil mengiringi kebimbangan. 'Apa lagi yang harus ku lakukan?'..terhenti...'pernahkah aku melakukan sesuatu?'

Keadaan bumi persinggahannya kini amat membimbangkan. Dia ingin berpijak di tanah yang teguh bernaung di bawah naungan islam, bukan tanah yang melaung-laungkn status wilayah islam. Dia ingin sekali hukum-hukum Allah dilaksanakan di bumi yang dia pijak ini, kerana dia yakin, hanya dengan terlaksananya hukum-hukum Allah, sesebuah negara itu mendapat keharmonian yang hakiki!

27 May 2011

Naratif 15: Ukhuwah


Dia akui indah alam ciptaan Ilahi, sambil lidah dibasahi dengan tasbih memuji kebesaran-Nya. Namun tak mungkin ternafi kesedihan yang membelenggu diri. Sedih bukan bermula dari amarah, tapi berasal dari rindu  di hati.Tanpa dirancang, dia kembali ke bumi di bawah bayu itu. Tak terhalang memori silam terpandar pada skrin fantasi. Lalu dirinya diserang pelbagai soalan yang mengganggu emosi. Kembali mencari erti ‘ukhuwah’.
Dia ragu pada kata ‘ukhuwah’..kekecewaan menyelubungi hati. Ternyata segalanya hanya fiktif belaka. Dipujuknya diri dengan percaya pada kata hati yang terdalam. ‘Ukhuwah itu akan kembali, kerna ia terhasil dari tautan hati mengejar redha Ilahi.’
Keluar dari menungan kosong. ‘Andai tiada kesempatan untuk bertemu di alam realiti, izinkan aku memeluknya di alam mimpi, dan berterima kasih atas segalanya,’~

26 April 2011

Naratif 14: Rindu


Konsentrasinya terganggu. Sekali lagi dia diancam rasa rindu yang mencantas egonya. Berlinangan air matanya lalu mengaburi pandangannya. Ditahannya agar ianya tidak jatuh, namun ia tetap gugur membasahi pipi. Dibukanya laci meja lalu dikeluarkan sebuah naskhah kecil;
Letters to Jerusalem
(8)
JERUSALEM LIBERATED
THE LEGACY OF SALADIN
Su’ud Abu Mahfuzh
Lalu bermain di matanya sebuah kenangan yang benar2 mengubah dirinya, cara pemikirannya. “Kenapa aku perlu menangis? Bukankah perkenalan itu adalah suatu nikmat yang sepatutnya membuatkanku gembira?” Dibukanya helaian utama naskhah itu;
Jadilah adik yg baik :P
You have to come back!       ~kakak
Pandangan teralih ke sudut meja. Sebuah gambar kecil, gambar seorang insan yang memberinya ilham tentang fenomena ukhuwah yang hakiki. Biarpun tidak pernah berbicara secara langsung, namun ukhuwah itu masih segar setelah beberapa tahun. Perkenalan yang bermula dari satu SMS, sehingga kini masih belum berpeluang untuk bertemu. Ingin sekali dia berjabat tangan dengannya dan memeluknya,lalu membisikkan di telinganya, “aku mengasihimu kerana Allah,terima kasih utk ukhuwah ini, terima kasih untuk segalanya.”
Hatinya bertambah rindu pada kedua insan itu. Air matanya jatuh kian laju. Lantas beristighfar. “Apakah kasih dan rinduku pada mereka melebihi cinta dan rinduku pada Al-Khalik?” Astaghfirullahal’azim..berhenti menangis.
Mereka… Tatkala aqidahnya hampir terpesong, diilhamkan olehNya kepadanya utk menghubungi mereka. Lalu dia berpatah balik menuju laluan utama hidupnya. Mulai mempelajari islam, cuba mengenal Tuhan. Tika dia merasa bimbang untuk kembali kepada keluarganya, diingatkan olehnya tentang sebuah kisah perjalanan Rasul junjungan. Dari situ dia mengenal hakikat kehidupan insan. Lalu tanpa ragu diteruskan perjalanannya…
Perkenalan yang telah Allah takdirkan itu membawanya ke laluan yang dia lalui sekarang. Kerana Allah mereka bertemu, dan kerana Allah mereka berukhuwah. Berbaring..pandangannya kosong pada kipas yang berputar di siling bilik. Dipejamkan mata lalu membayangi kedua insan itu. Lantas hatinya berbisik. “Ya Rabb, ikhlaskan kami dalam ukhuwah yang terbina ini keranaMu. Semoga kasih dan rinduku pada mereka meningkatkan lagi cinta dan rinduku padaMu ya Rabb. Dan janganlah kasih dan rinduku ini melebihi cintaku kepadaMu, Ya Rahim. Andai telah sampai masaku untuk kembali kepadaMu, izinkan aku memeluk mereka dan menghadiahkan senyuman terakhirku buat mereka, kerana merekalah yang telah Engkau hadirkan dalam hidupku untukku mengenaliMu dan belajar mencintaiMu.”
Dibuka kembali matanya lalu disegarkan diri dengan wudhuk. Kembali menelaah, dalam ketenangan…

22 April 2011

Naratif 13: Kenangan


Dia tersenyum sendirian.. imbauan kenangan lalu benar2 mencuit hatinya. Dia yang dulu telah lama hilang, namun bayangan persona diri yang dulu sering menjadi ilusi mata. Melihat bayangan dirinya pada orang2 di sekeliling…tersenyum lagi. Jauh di sudut hati berdoa agar mereka kembali ke jalan yang diredhai. Kejahilan lalu membuat dirinya tidak sesekali menyangka akan menjadi dirinya yang sekarang. Dalam senyuman ada ketakutan. Takut dirinya kembali ke laluan itu. Bersama ketakutan, ada kekhuatiran. "Ikhlaskah aku berubah?" Bermuhasabah…
Rindu…minda berfantasi, keluar dari dunia realiti..ingin sekali bertemu mereka. Satu demi satu wajah itu hadir dalam ilusi. Ceria..menggamit rindu di hati. Jemari menekan-nekan tetikus. Potret bersama mereka menghibur mata. Dia di situ, dia yang dulu. Dia yang ketika itu sedang meneroka hati sendiri..di situ juga awal perkenalannya dengan Dia.. Dia yang kini tidak pernah hilang dari hati, malah cuba untuk sentiasa diingati…Rabb Izzati…
Kepala berdenyut lagi. Jantung berdegup pantas. Lantas bangun menuju pembaringan. “Moga esok masih milikku”..

21 April 2011

Naratif 12: Dulu, Kini, dan Masa Hadapan


Kembali melakar tulisan hati.  Kurang tribulasi, kebahagiaan mulai dikecapi. Namun tanpa diuji terasa iman kian luntur? Benarkah begitu? Hanya Dia yang tahu. Dalam satu durasi, dia diuji dengan hadir, kembali dan perginya beberapa insan bernama lelaki. Sungguh lelaki sukar untuk difahami. Bukan niat untuk mengecewakan, cuma hati tidak ingin dicemari dengan rasa yang mengganggu emosi. Bimbang pudarnya cinta kepada Ilahi. Dia lebih tahu apa yang dia ingini. Terasa diri semakin dewasa..
Dia kini di alam awal dewasa. Suatu period yang penuh dengan konflik. Semakin banyak berfikir tentang hidup.“Siapakah aku di masa hadapan?”.. “Sampai manakah kehidupanku?”.. “Di manakah destinasi terakhirku?”Menungannya ditemani persoalan-persoalan futuristik. Pernah dulu berpersepsi bahawa diri tidak akan sampai ke usia sekarang. Semakin diimbau kisah semalam, semakin dia bersyukur dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah..
Bait kata-kata pujangga terlintas di mindanya..
“Hari ini adalah impian kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.”
Suatu ketika, pernah dia terfikir, berpeluangkah aku menjejakkan kaki ke menara gading? Lalu disingkir putus asa..berusaha untuk terus hidup. Yang ada di minda..”aku ingin hidup lebih lama”..Dan kini..dia masih berdiri.. dia masih di sini..masih menumpang nikmat kehidupan kurniaan Ilahi. Dan hidupnya juga hanya untuk-Nya.

18 April 2011

Naratif 11: Perjuangan


Ruang waktu dimanfaati untuk melihat ke dalam diri. Sambil menghayati keindahan malam purnama. Apakah dirinya masih di landasan itu? Saban hari dia melihat teman-temannya berubah. Membelok ke laluan yang telah dia tinggalkan suatu ketika dahulu. Sedih, sesal di hati. Dia tidak lagi hanya melihat. Dia selami hati-hati itu, mencuba untuk empati. Usahanya tidak membuahkan hasil, biarpun sedikit. Laluan itu, laluan yang mereka pilih. Apakah bisa dia ubah keinginan hati mereka? Lemah memikirkan mereka yang dia sayangi lillahita’ala.  Melepaskan keluhan kecil. Lantas dia beristighfar, kembali mengembalikan kekuatan, merujuk minda rasional.
“Ya..Allah melihat usahaku. Hasilnya adalah urusan Allah. Maka, yang perlu aku lakukan adalah terus berusaha.”
Monolognya sendirian.  Tiada noktah untuk tulisan perjuangan. Ya..perjuangannya takkan terhenti, dengan apa cara sekalipun, apa saja alternatif, perjuangan harus diteruskan… Kembali merenung ke langit. Bintang-bintang yang tadi bertaburan berkerlipan telah hilang dari pandangan. Angin malam bertiup, lebih kencang daripada biasa. Dadanya mulai sesak. Lantas ditinggalkan serambi rumahnya itu, langsung menuju ke kamar. Seketika kemudian, titisan hujan mulai kedengaran. Malam bakal dingin…

15 January 2011

Naratif 10: Tersedar

Dari musibah yang menimpa seseorang yang pernah dia kenali, dia tersentak dari menungan jiwa yang hampir mati. Subhanallah..begitu Allah aturkan hari2nya dengan penuh dugaan dan cabaran shingga dia hampir berputus asa, kemudian,tika dia mempersoalkan takdir yang menimpa diri,Allah tunjukkan padanya bahawa ada lagi yang lebih teruk diuji. Lantas dirinya berdoa agar dirinya kuat dan dirahmati. 

"Allah menyayangiku..lalu aku disedarkan dari keluhan jiwa."

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Dalam setiap langkah perjalanan kita,Dia terus menguji agar kita lebih kuat.. Ya, dia diuji,namun dia harus terus berlari.

25 September 2010

Naratif 9: Ketenangan Yang Hilang


Mulai menyedari akan perubahan pada diri. Terasa kekurangan,seperti ada yg telah sirna dari jiwa itu. Terbit rs kesal di hati kerana membiarkan permata itu menghilang. Sungguh,dia perlukan ruang untuk menelaah diri,menyelami hatinya lantas mencari permata ketenangan yang telah hilang sinarnya itu. Akankah mereka memahami? Bisik persoalan melemahkan hati. Lantas mengubah persepsi,husnuz zhon..
Dia tidak sesekali ingin beralasan,apa lagi ingin berhenti di tengah jalan. Namun pasti keputusannya akan disangkal dgn hujah2 dr mereka yg lebih dahulu mengenal erti hidup. Aaaahh..sekali lagi rindu itu menyapa sang hati. Rindu yang terbit dari rasa cinta kpd Pencipta,yang seringkali mencantas ego,lalu dibiar manik2 jernih membasahi pipi…sekali lagi.. Insan itu..darinya dia mengenal Pencipta,darinya dia mengenal erti hidup,darinya dia merasa indahnya ukhuwah kerana Allah,ukhuwah yang membawa hati mencari identiti,keluar dari alam fantasi,kembali ke dunia realiti.
Dibacanya bait kata2 Syeikh Muhammad al-Ghazali;
  “Dalam suasana pengangguran, akan terlahir ribuan keburukan,akan menetas berbagai bakteria yang membinasakan.Jika kerja merupakan denyutan kehidupan, maka para penganggur adalah orang-orang yang mati. Jika dunia ini merupakan kesan dari tanaman kehidupan yang lebih besar, maka para penganggur adalah sekumpulan manusia yang paling sesuai dikumpulkan dalam keadaan muflis, tidak ada hasil bagi mereka selain kehancuran dan kerugian.”
Bukan dia ingin menganggur,bukan dia ingin bermalasan,tapi dia cuma inginkan ruang untuk dia mencari kembali permata ketenangan yang hilang itu,agar dirinya lebih kuat,lebih bersemangat dalam beristiqamah.

11 September 2010

Naratif 8: Takkan Terhenti


Perjalanan kian penuh dgn onak duri. Sang hati mencari di mana silapnya diri. Sendirian,bermuhasabah. Sekian lama mencari solusi,namun sekadar bertemu fantasi. Sekali lagi jiwa itu mengeluh,bukan berniat menyesali takdir,namun terasa letih memikul beban yang sekian lama sepi dari solusi. Cepat2 beristighfar,bimbang syaitan mempengaruhi hati. Sungguh,syaitan itu musuh yang nyata..selamanya.. Bimbang terhenti perjalanan kerana bisikan syaitan durjana. Bibir tidak henti beristighfar,tak ingin hilang identiti diri. Terasa terlalu banyak berfikir,dia bangkit dari pembaringan,diraupnya wajah,lantas dibiar gerimis kembali membasahi pipi.

‘Semua ini tarbiyah dariNya,yakinlah duhai hati,sabarlah..’ 

bisiknya ke dalam diri. Terdengar titisan hujan mulai membasahi bumi,seolah-olah memahami kondisi diri. Dia keluar dari kamarnya,menuju ke pintu utama,melihat limpahan rahmat membasahi bumi. Sang angin bertiup,dingin menyengat tubuh,kedinginan yang menenangkan. Subhanallah,memuji kebesaran Ilahi. Duduk bersama mereka,mata memandang skrin hiburan,namun fikiran melayang entah ke mana. Dalam suasana yang jauh dari fitrah manusia,dia bertanya pada diri,’apakah aku pernah cuba mngubah suasana itu?’,terasa perjuangannya hanya sehadar mimpi,tiada yg berubah,malah terus hanyut dalam fantasi duniawi. Ingin sekali membawa mereka ke dunia realiti,namun sukar sekali. Doa,senjata sang hati, meneman perjuangan yang xkan pernah terhenti.

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِلَا يَعْلَمُونَ

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(Surah Ar-Rum:30)

12 March 2010

Naratif 7: Kembali


Pagi yang damai…suasana masih kelam..dia berjalan sendirian menuju ke sebuah kolej kediaman lain yang jaraknya kira2 20 minit berjalan kaki dari syaqahnya.,berjalan meniti jambatan di tasik sambil menghayati keindahan suasana pagi di institusinya itu. Kedengaran irama bunyi burung2 yang berterbangan di angkasa memecah kesunyian pagi. Membuat hatinya sedikit terhibur. X henti hatinya memuji kebesaran dan kekuasaan Allah. Seketika dia berhenti untuk merakam foto2 keindahan pagi.
Dimanfaatkan sejenak membebaskan fikiran dari belenggu masalah yang dihadapi. Ditepis segala kebimbangan dan kedukaan. Beristighfar dalam kesyahduan menginsafi kelemahan diri.. mencari motivasi membina kekuatan diri.
“PERJALANAN HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W”
 Dibeleknya kitab yang baru berganti tangan sebentar tadi selembar demi selembar sambil mata menuruti baris2 ayat yang tertulis di dalamnya. Dicuba untuk dihayati dengan hati. Indahnya peribadi baginda. Teguhnya aqidah para sahabat. Di situ dia menemui motivasi diri…lantas kembali berikrar di dalam hati,buat meluruskan niat..
 “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanya kerana Allah, Tuhan sekalian alam.”
 Di dalam perjalanan sepasang mata itu tertumpu ke luar tingkap..mencari-cari pemandangan buat penghibur mata. Dilihatnya langit cerah dengan mentari yang menyinar.,berserta kepulan2 awan yang membentuk berbagai rupa menghiasi langit biru. Matanya mengarah ke langit yang luas, juga pepohon2 hijau merimbun di sebelah kiri dan kanan jalan.

06 March 2010

Naratif 6: Ku Harap Redha-Nya


Silau pandangan dek panahan mentari.Langkahnya terus pantas bersama harapan. Kini dia bebas membuat keputusan. Mindanya sedikit ringan berbanding sebelumnya. Sungguhpun begitu,masih ada sedikit kerisauan bertapak di hatinya. Mindanya kembali ligat berfikir.. Hati mula menyesali keegoan silam. Mula memarahi diri. Dalam menangisi kejahilan diri, bisikan kedamaian menyapa hati.
“Yakinlah bahawa segala yang berlaku,segala yang engkau lalui adalah ketetapan Allah,yang punya hikmah tersendiri,buat menguji sekeping hati.”
Lantas hatinya mengingati bait2 kalam Allah…
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?
2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.
3. Yang telah memberatkan belakangmu.
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).
5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu
“Ya Allah, lapangkanlah dadaku,dan permudahkanlah daku dalam urusanku, serta berkatilah perjalanan hidupku.”
Seketika hatinya bermunajat. Jauh di sudut hati tidak ingin kecewa lagi. Besar sekali harapannya kali ini. Dia ingin mula melukis di atas potret kehidupannya sendiri yang selama ini suram lakaran insan2 kesayangannya. Bercita-cita agar lakaran ikhlas mampu mewarna ceria harinya. Dia kini telah menjadi seorang insan yang mampu melakar mimpi. Segala tindakannya adalah demi sebuah risalah agung. Cita2nya juga bersama risalah agung itu. Sebuah risalah yang dibawa oleh junjungan mulia, idola peribadinya. Risalah yang dahulunya menjadi penyinar kegemilangan islam. Yang kini menjadi asing bagi kebanyakan saudara2 seagamanya.
“Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya kerana Allah Tuhan Sekelian Alam.”
Lastas kembali memperbetulkan niat.
Hari demi hari semakin banyak dugaan yang ditempuhinya. Tiada lain sahabat karibnya,peneman duka lara, penenang jiwa nestapa…sebuah mushaf kecil yang terkandung di dalamnya petunjuk sepanjang jalan,panduan kehidupan. Tersedar..semakin sedikit peringatan Allah dibacanya setiap hari. Lantas hati beristighfar. Harapannya hanyalah MARDHATILLAH.

19 February 2010

Naratif 5: Kegagalan

Saban hari yang dilalui terasa kelabu. Banyaknya masa diluangkan bersendirian… berfikir.. menelaah diri..bermuhasabah..terasa sinarnya masih jauh…masih suram…apakah yang masih kurang? Banyak…terlalu banyak… Merenung ke dalam diri…hati terasa pilu…kesal pada diri…terasa diri terlalu kerdil. Dari atas dia melihat langit mendung..semendung jiwanya…menambah suram hatinya…beralih pandangan ke bawah..kelihatan mahasiswa mahasiswi bergerak menuju ke destinasi masing-masing…terpandang sahabat yang sedang melambai2 ceria..lantas  dibalas lambaiannya.. senyum tanpa rasa… Kegagalan itu suatu kejutan buatnya…membuatkannya lemah..jiwanya menjadi kosong..cerianya hilang..senyumnya tawar..dia seolah-olah kehilangan dirinya..monolog dalam hati, ‘kecewakah mereka padaku?’ Tidak ingin berputus asa..namun rasa itu sering mengetuk pintu hatinya..sedaya menguncinya rapat dari ditembusi rasa itu..dia terus berfikir… Tega dia membiarkan imannya dicincang penyesalan pada keegoan silamnya…bukankah ini suatu tarbiyyah dari Allah? Perjuangannya tidak pernah berakhir,ia harus diteruskan…