29 May 2011

Cerita Artis


What happen to these people??
Saya rasa ramai yang sudah pun mengenali mereka yang dlm gmbr di atas ni.
Kali pertama membaca berita tentang mereka, Astaghfirullahal’azim…hanya mampu beristighfar. Ni kes fanatik sgt dengan K-pop sampai wujudkan kumpulan ni. Mereka x malu ke??? Tu 1st persoalan saya bila tengok gambar mereka tu.
Diorang ni muslim ke? Kalau muslim, amat menyedihkan,bukan? Dengan si gadis berpakaian dedah sana sini, pria pula pakaian entah apa2. X salah minat K-Pop, tapi berpada-pada la..jgn sampai hilang identiti diri, rosak maruah agama. Saya sedia maklum bahawa K-Pop amat popular sekarang ni, tapi adakah wajar menumpang populariti identiti diorang dengan mewujudkan group ala K-Pop di negara kita ni. Kalau kalian muslim, bertaubatla..terutamanya gadis2 manis di atas tu. Jangan kerana ingin popular, kalian hilang identiti diri..jika demikian,maka kalian adalah orang2 yang rugi.
————————————————————————————————–
Seterusnya adalah tentang kumpulan al-Mawlid yang saya gemari. Sebabnya, lagu2 mereka ni berunsurkan memuji kebesaran Allah dan selawat ke atas Rasulullah. Kumpulan ni merupakan gabungan ahli kumpulan Ruffedge, Innuendo dan VE.
Mereka bergabung mengalunkan lagu2 kerohanian. Teruskan perjuangan. Moga perjalanan dakwah kalian dipermudahkan dan semoga mendapat mardhatillah..

27 May 2011

Naratif 15: Ukhuwah


Dia akui indah alam ciptaan Ilahi, sambil lidah dibasahi dengan tasbih memuji kebesaran-Nya. Namun tak mungkin ternafi kesedihan yang membelenggu diri. Sedih bukan bermula dari amarah, tapi berasal dari rindu  di hati.Tanpa dirancang, dia kembali ke bumi di bawah bayu itu. Tak terhalang memori silam terpandar pada skrin fantasi. Lalu dirinya diserang pelbagai soalan yang mengganggu emosi. Kembali mencari erti ‘ukhuwah’.
Dia ragu pada kata ‘ukhuwah’..kekecewaan menyelubungi hati. Ternyata segalanya hanya fiktif belaka. Dipujuknya diri dengan percaya pada kata hati yang terdalam. ‘Ukhuwah itu akan kembali, kerna ia terhasil dari tautan hati mengejar redha Ilahi.’
Keluar dari menungan kosong. ‘Andai tiada kesempatan untuk bertemu di alam realiti, izinkan aku memeluknya di alam mimpi, dan berterima kasih atas segalanya,’~

05 May 2011

Couple

Kali ni saya ingin berkongsi pandangn saya tentang amalan 'couple' pula.
Alright, dari segi pendapat sosialnya, saya rasa couple ni bukanlah sesuatu yg baik sangat. Kenapa? 
Monkey Icons
  1. Bazir masa. (Dating, calling, missing, etc)
  2. Bazir duit. (calling, SMS-ing, etc)
  3. Terkongkong. Nak rapat dgn kwn llki/ppuan len pun xleh, tkt t c dia cmburu. Nk spend time with friends pun kdg2 susah, sbb kna lyn karenah c dia yg menganggap diri tu important sgt.
  4. Yg selebihnya, mungkin kalian boleh add sendiri kot…