Pages

Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

30 January 2018

Impatience

In Harun Yahya's Quick Grasp of Faith 3,

66. Do such concepts as impatience and despair have a place in a believer’s life? 

Allah advises the faithful to be patient in times of difficulty, as follows:

O You who believe. Be steadfast, be supreme in steadfastness, be firm on the battlefield, and heed Allah so that hopefully you will be successful. (Surah Al `Imran, 200)

Allah advises believers to be steadfast when they face hardship. The believers use their intellect, as well as all material and spiritual means, and do their utmost to overcome  difficulties. In addition, knowing that hardships are special conditions that Allah creates to test them and that there is an absolute good hidden behind these events, they trust Allah,  for this is essential to their continued steadfastness. The believers’ explicit trust that Allah creates every event with absolute wisdom, and that He will remove these difficulties by answering their prayers, prevents them from experiencing despair, hopelessness, and similar negative feelings.

In "Say: ‘My servants, you who have transgressed against yourselves, do not despair of the mercy of Allah. Truly Allah forgives all wrong actions. He is the Ever-Forgiving, the Most Merciful,’" (Surat az-Zumar, 53) Allah commands the believers not to despair of His mercy, no matter what happens.


*****

My life doesn't seems like it move forward since the day I graduated. So, I decided to further my study after 1 year doing carpentering job with my brother, and 1 and a half year working for my community. Unfortunately, as I started my postgraduate studies, the government did not give any sponsorship anymore for my field of study. It might seems like I do not have any problem with it, but actually, I have been struggling. Research expenses is not little. Plus, the fees. Having been through this, I occasionally lose my motivation. I thought about quitting so many times. In the environment where people mostly think about themselves, doesn't bother caring about others, I do think that life is unfair, sometimes. But then, in my heart, I know well that life is short to waste on grievance. I still believe that Allah has better plan for His servant.

Getting impatient and despair are not wrong. What makes it wrong is that we keep on living with those feeling. Without trying to get out from those situation.

Allah beri kita apa yang kita perlukan untuk hidup sebaiknya dan peringatan yang berterusan. Sesetengah orang dilimpahi dengan kekayaan, bersama kekurangan dalam hidup, seperti hidup berjauhan dari suami, belum diberikan zuriat, dan sebagainya. Kenapa? Allah beri sesuatu untuk kita bersyukur...dan dilambatkan sesuatu nikmat, untuk kita terus berdoa dan tidak lupa pada-Nya. Cuba saja Allah berikan segala kehendak kita, tidak mustahil kita lupa pada Allah, lalu lalai dan leka dengan dunia. Hasilnya, kebahagiaan yang kita hadapi di dunia menjadi punca kecelakaan kehidupan di akhirat.

 نعوذ بالله من ذلك.

Makanya, jangan berputus asa atas sesuatu yang belum kita kecapi, kerana Allah punya perancangan yang baik untuk kita. Aku menghadapi banyak kegagalan dalam hidup..dan di sepanjang perjalanan inilah aku mendidik rasa percaya kepada aturan Allah dan berfikiran positif. Setiap kali gagal atau bersedih, aku selalu pujuk diri sendiri, "mungkin usaha dan doa aku masih kurang, atau mungkin aku masih meragui rezeki Allah."

Dalam setiap langkah perjalanan kita di bumi Allah ini, Dia sertakan sebab untuk kita bersyukur dan berdoa memohon pertolongan-Nya.

Sekali lagi...

Satu pengharapan yang tidak pernah putus tu hanya dapat diraih jika disandarkan kepada YANG TIDAK MATI.


Wallahua'lam.

Dil, 00:17, 29012018

07 August 2014

Habluminal 'Alam

Kita sering mendengar tentang habluminallah (hubungan dengan Allah melalui iman, taqwa, dan ibadah kepada-Nya), dan habluminannas (hubungan sesama manusia dengan bersangka baik dan berbuat baik sesama insan). Jadi, kali ni aku nak ulas sikit pasal habluminal 'alam (hubungan dengan alam) sekadar untuk peringatan buatku terutamanya dan juga buat kalian yang aku kasihi kerana Allah. 

Di suatu petang...

Mak: Kacak matahari ya.
Kakak: Matahari tengah sakit ya mak.
Mak: Yaka?
Kakak: Matahari ya warna dakya akibat penipisan lapisan ozon, mak.
Mak: Ntam jerebu juak kali owh.
Kakak: Yala.

****************************************************************************

Assalamualaikum w.b.t...

Sebenarnya, aku cakap je tu. Soalnya, matahari kebelakangan ni lain warnanya berbanding kebiasaan. Macam yang mak cakap, lebih cantik. Sebenarnya, perubahan warna matahari tu ada teori-teori sains nya yang mungkin lebih betul. Wallahu a'lam. Dalam perbualan tu, aku cuma kaitkannya dengan pemanasan global yang berlaku sekarang ni.

Panas...panas... Suhu bumi semakin panas.

Puncanya telah kita ketahui, yakni manusia. Ya, KITA. 

Allah S.W.T telah berfirman  dalam Surah Ar-Rum ayat 41, yang bermaksud;

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan oleh apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."



Adakah semua orang perasan akan perubahan/ bencana yang berlaku di atas muka bumi kita ni. Kita sekarang semakin sibuk dengan dunia, sehingga tak perasan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita terlupa mengambil ibrah atas setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Adakah kita semakin buta?

Kenapa Habluminal 'Alam ni penting?

Alam ni, sepertimana yang kita semua tahu, merupakan sumber yang sangat penting bagi kehidupan kita. Allah ciptakan bumi dan apa yang ada di bumi ni saling bergantung antara satu sama lain. Kita bergantung dengan oksigen yang terhasil daripada proses fotosintesis tumbuhan yang juga merupakan proses yang sangat penting untuk memelihara kadar normal oksigen di atmosfera. Manakala, tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk membesar melalui proses yang sama. Manusia juga memerlukan tumbuh-tumbuhan, binatang dan air sebagai makanan. Haiwan bergantung dengan haiwan lain atau tumbuhan sebagai makanan untuk terus hidup. Begitulah tahap kebergantungan kita terhadap alam. Subhanallah, Allah menciptakan segala yang ada di langit dan bumi ni dengan sangat teratur. Allahuakbar.

Menjaga kestabilan ekologi merupakan salah satu cara menjaga hubungan dengan alam. Begitu juga dengan menjaga persekitaran dan kesegaran udara. Kerana kita bergantung dengan udara untuk terus hidup. Namun, sekarang ni udara kita telah tercemar, sehingga mendatangkan berbagai jenis penyakit. Kita sedar akan fakta ini, namun kurang percaya. Makanya, kita mengambil ringan tentang kepentingan menjaga alam seolah-olah alam ini bukan sebahagian dari hidup kita. Cuba bayangkan kalau semua entiti tu tiada? Yang ada cuma langit dan tanah/padang pasir... 

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77, maksudnya;

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".

Laksanakan tanggungjawab kita, carilah rezeki dan keperluan duaniawi, namun jangan lupa bekalan ukhrawi. Jangan juga kerana kesibukan hidup, kita lupa tanggungjawab kita untuk memelihara alam, nikmat yang Allah berikan kepada kita. 

Habluminallah, habluminannas, hablumninal 'alam. Ketiga-tiganya, bukan hanya salah satu daripadanya atau hanya dua daripadanya. Moga dengan melaksanakannya dan sentiasa beringat, kita jadi lebih dekat dengan Allah, lebih luas jalan ke Mardhatillah. InsyaAllah.


والله أعلمُ بالـصـواب


13 July 2012

Ulangkaji: Bersangka Baik


Kali ni, aku nak cerita pasal bersangka baik..sebenarnya, ni adalah peringatan buat diri sendiri..Tentang bersangka baik ni, personally bagi aku, ia ibarat satu daya yang mebuatkan kita merasa lega dari perasaan-perasaan negatif...Macam 'jampi' "Go Go Prejudice!"..Macam tak patut pula guna word 'jampi' tu..don't misunderstand, k… Bersangka baik ni juga merupakan satu doa, sebab bila kita bersangka baik, secara tidak langsung, kita berdoa untuk kebaikan.

Aku rasa tak perlu bagi aku berceloteh panjang soal ni, sebab banyak lagi blog-blog org2 yang lebih arif  menjelaskan tentang nya.. Mungkin cukup dengan aku sertakan bersama dalil2, hujah2, quote2 yang berkaitan untuk kita jadikan iktibar dan kata mutiara yang boleh dijadikan bekalan dalam rutin seharian kita..beringat-ingat selalu!! ^_^

 Alright, molek kiranya aku memulakan dengan bait-bait hikmah firman Allah S.W.T, dari kitab panduan sepanjang zaman, Al-Quran…

Dari surah Al-Hujurat ayat 12, Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (49:12)

Allah juga berfirman dalam surah Al-Fath ayat 12, yang bermaksud:

“Dan syaitan telah menjadikan kamu memandang baik dalam hatimu persangkaan itu, dan kamu telah menyangka dengan sangkaan yang buruk dan kamu menjadi kaum yang binasa.” (48:12) 

Bersangka baik juga menjadikan kita hamba yang bersyukur. Contohnya, daripada mempersoalkan tentang kenapa kita tidak mendapatkan apa ang kita hajati, dengan bersangka baik, kita akan mampu untuk redha dengan keyakinan bahawa setiap apa yang berlaku ke atas kita itu adalah kurniaan Allah untuk menguji kita, dan pasti ada hikmah di sebaliknya.

Firman Allah dalam surah Saba' ayat 13, maksudnya:

"Hanya sedikit di kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur."(34:13)

Jom sertai golongan yang sedikit itu!

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, maksudnya:

"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta"
(HR. Muttafaqun alaihi)

Kata Saidina Umar al-Khattab, khalifah kedua islam;

"Janganlah kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu (sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik."

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah"


Seterusnya, saya sertakan tips untuk sentiasa bersangka  baik sesama insan yang dikongsikan oleh Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, seorang ahli tasawwuf yang tidak asing lagi dalam dunia Islam.

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."

2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."

3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6.Jika bertemu dengan orang bukan islam, maka katakanlah (dalam hatimu) "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. (Aristotle)

Bila nak cerminkan diri,telitikan dahulu kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. 

Wallahua'lam...


05 April 2012

Be Good to the End

I'm writing again...after a week of midterm exam craziness..

Aku terfikir sesuatu..

-REGRET-

Two things that'll bring us to REGRET is;

  1. DOING BAD THINGS
  1. HESITATE IN DOING GOOD THINGS..

Tapi ada jak orang yang buat jahat or benda2 xbaik, tp xrasa menyesal..mungkin dia xtau dia buat salah, or xkisah pun tentang baik jahat, or dosa pahala ni. Adaaa...hmm..

Kadang2 kita tau kita wat salah, tapi dalam diri kita, ada la 'defense mechanism' yang memujuk kita bahawa pa yang kita wat tu x salah...other than hasutan syaitan..yes, psychologically...yang dinamakan rationalization. Ada 10 sebenarnya defense mechanism yang Auntie Anna Freud jelaskan, tp yang related dengan apa yang ku nak bebelkan ni adalah rationalization. 

http://www.motifake.com/rationalization-logic-optimism-demotivational-posters-148188.html
Dalam 10 defense mechanism yang aku belajar dalam Personality Development dulu, rationalization ni jak yang paling aku ingat, sebab biasa buat kot. Tapi, dengan belajar bena ni juga, aku belajar untuk elak dari menggunakan rationalization ni, dengan tak buat benda2 yang boleh wat aku guna defense mechanism ni. Alhamdulillah..

Rationalization ni, lebih kurangnya macam bila seseorang tu wat salah, kita akan cari hujah2 or logik yang buat kita berhenti fikir yang ianya salah.. Lalu at the end, kta yakin, "I've done nothing wrong"...in short, finding a "good reason" for something that we really know is wrong. Contohnya, bila dapat result exam yang kureng, kita salahkan cikgu or lecturer yang marking strict la, ajar xphm la.,rather than fikir yang kita ni mungkin kurang preparation or usaha utk exam tu.. Since aku student, guna contoh student lebih senang.

Mungkin ni kot yang di apply kan oleh orang  yang tak rasa menyesal bila buat salah.

Satu lagi adalah bertangguh nak buat baik, lalu at the end, kita ada kekangan masa untuk melaksanakan niat baik kita sehingga niat tu pudar dan hapus..contohnya, bila bukak sem baru, kita berazam untuk tingkatkan usaha, kerajinan dan passion..aiseh.. Tp kita tangguh2 nak wat suma tu, at the end, last minute study lagi untuk final exam..

Lepas tu baru menyesal. Tapi at least ada rasa menyesal tu, daripada tiada..n learn from it..Rasa penyesalan tu menyakitkan..jadi bila dah berniat nak wat baik tu, baik jangan bertangguh. Dan bila terasa nak wat something x elok, or berburuk sangka, or benci orang, or mengumpat, etc  tu, kawal2kanlah...Manusia ni pelupa..kadang2 lupa tentang dosa pahala, lupa yang Allah sentiasa melihat, lupa tentang dari mana asalnya...maka carilah peringatan, jangan salahkan hidayah or peringatan yang x sampai2 lagi..huhu..

BUATLAH KEBAIKAN BIARPUN SEDIKIT, DAN TINGGALKANLAH KEMUNGKARAN BIARPUN HANYA SECEBIS.

KURANGKAN PENYESALAN DALAM HIDUP KITA...

Mulakan misi kurangkan penyesalan sekarang!

Get.., Set.., Go!






Allah lebih mengetahui~


Peringatan buat diri, especially….and others yang nak ambil ia sebagai peringatan.

******************************

There's somewhere in ur heart
Even in just a little space
"I wanna be good"

There's some sound in ur heart
A loud shout
"I wanna change!"

Ignore it
Go for it
What would u do?

The way u're now
Is just okay
u're comfortable somehow
That way

You can't fly away
From that space
A slight degree away
Might change everything
So u're afraid
And so u stay

Hey, come to ur senses!
Think of the ending of our life..
Hey, say no to regretful life!
When it comes to an end...

Real life only starts after it ends..