30 October 2011

Perkahwinan

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan... maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.

Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

28 October 2011

Reminder for Current Situation





~When there is no one to remind me, i have to remind myself~



Sesiapa yang ingin merasai kemanisan iman itu hendaklah mengingati 2 perkara dan melupakan 2 perkara.

INGATLAH;


1. Kebaikan orang lain terhadap diri kita

Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Surah al-Dhuha Ayat 11)

2. Kejahatan kita terhadap org lain



DAN LUPAKANLAH;

1. Kebaikan kita terhadap orang lain

2. Kejahatan orang lain terhadap kita

Dan, sukailah apa yang disukai Allah, dan bencilah apa yang dibenci Allah S.W.T.


*************************************************

Petikan daripada Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 179;
Kata Abu Bakar As-Siddiq R.A
1- Iblis sentiasa berdiri di hadapan manusia.
2- Hawa nafsu sentiasa berada di kanan manusia.
3- Cita-cita berada di sebelah kiri manusia.
4- Dunia sentiasa berada di belakang manusia.
5- Anggota badan manusia berada di sekeliling manusia.
6- Allah SWT ada di atas manusia.


Hectic Season 1

Now we are in the middle of the semester. Life's becoming hectic with assignmentS, projectS, not to mention, mid-term examinations. Alhamdulillah, i've completed all of  the first assignment for each courses. Next week will be started with mid-term examination for ODC @ Organizational Development and Change. 8AM on Monday, 31st October 2011. And on 2nd November, i'll be having an assessment for English for Professional Purposes (interview session) at 10:10AM. Other courses' mid-term examination will be held after one-week Aidiladha holiday. And we are going to Dalat this holiday!

I am getting some short treatment for now. And i feel a bit relieve from the pain. I'm looking for a doctor that treat the patient rather than the disease, now. If u meet that kind of doctor, please inform me, okay..coz i'm going to register myself under her/his care..preferably 'her' btw..hoho..

1. Avoid from being in a stressful situation. Stay cool, in simple words.
2. Take the medicine as instructed.
3. Eat properly.
4. Come and see me again after finishing the medicine and whenever u feel sick.

On no soul doth Allah Place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (Pray:) "Our Lord! Condemn us not if we forget or fall into error our Lord! Lay not on us a burden Like that which Thou didst lay on those before us Our Lord! Lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art ourProtector Help us against those who stand against faith."

(Al-Baqarah:286)


25 October 2011

~C.H.A.N.G.E~

I'm glad that i changed to the way i am now. -a sudden thought-

Sharing moment~based on true story...

*****************************************************


Emotional a little bit. All those memories of my old self comes into my mind. Remember how hard is it to change. There are so many things i liked before, being thrown away just because i want to change to a better person. 

'Spring', 'PeterPan', 'Search', etc, semua diganti dengan Zikir, Ayat Suci Al-Quran, 'Hijjaz', 'Rabbani', 'Raihan' and etc.

13 October 2011

Sayu dalam impian

Mungkin aku tidak mampu menjadi seperti sumayyah, mahupun rabiatul adawwiyah, tp aku akn terus berusaha untuk menjadi seorg muslimah dan mukminah..kerana tiada lain yg ku inginkn selain Mardhatillah.




Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


"Segala puji bagi Allah, elokkanlah kelakuanku sebagaimana Engakau telah mengelokkan rupa kejadianku."

11 October 2011

Naratif 18: Tekanan tak Bernoktah

Semakin meningkat usia, semakin banyak perkara yang perlu dilalui. Semakin banyak tribulasi menguji. Entah kali ke berapa keluhan dilepaskan. Istighfar lagi.

Dalam kesibukan sebagai pelajar, dia diuji dengan pelbagai masalah. Bukan sekadar masalah pelajaran, tetapi juga dengan orang sekeliling. Dia dihurung rasa keliru dan serba salah yang cukup meletihkan minda untuk berfikir. Untuk beberapa ketika, senyum tawanya bisu. Hatinya terus beristighfar agar tidak meragui ketentuan Allah. Jiwanya meronta mengharapkan secebis pertolongan, namun begitu berat sang bibir meluahkan rasa hati yang terpendam. Tampak ekspresi wajah yang bisa membuatkan mereka terdiam tanpa kata. Terus membisu, takut berbicara kerana khuatir bicaranya beremosi. Di dalam hati tanpa henti memohon petunjuk dari Yang Maha Kuasa. 'Ya Rabb, berikan aku petunjuk agar mampu membawanya ke jalan yang Engkau redhai Ya Allah. Berikanlah dia hidayah dan lindungilah dia.' Tiada henti mempersoalkan apa yang harus dilakukan. Kusut minda memikirkan..



Sepuluh tugasan terkumpul. Perjalanan semester ini terasa semakin berat, namun dikuatkan hati untuk terus bekerja keras. Nampak rileks, namun turut celaru, ikut serabut. Tinggal bersama mereka, membuat mindanya terus tertanya-tanya. Terlalu banyak perbezaan dia dan mereka. Kenapa begini? Kenapa begitu? Sungguh dia tidak mengerti sikap mahu segalanya mudah. "Adakah aku pelik??" Monolog hati bila sendirian. Hati terus menjerit tertekan,apa tidaknya, terus akur dan memendam pandangan dan pendirian.

exhausted

07 October 2011

Pertahankan Agamamu..

Now, lain story pula. Gerakan dakyah Kristian semakin aktif. Beberapa hari lepas, sebelum pergi perjumpaan kelab, ada nampak guys on smart attire (seluar hitam, baju kemeja putih, dan bertali leher) bergerak dari rumah ke rumah. Sekembalinya dari perjumpaan kelab, terus housemate saya bercerita. 2 pemuda tu datang dan ketuk pagar. Diorang ni pula, terus cuak, sebab ada housemate yang tau siapa tetamu di mlm hari ni kerana ada pengalaman sebelum ni di tempatnya. Diorang pun kunci pintu. Ada yang dah kemas beg, ready takut jadi apa-apa, semua get ready. Lepas tu, tutup lampu,mengintai dari jendela. Ada yang nervous tak tentu pasal sebab tak pernah tau tentang perkara sebegini. Terus ambil yassin dan baca.



Bila the guys p rumah sebelah, diorang terdengar mereka tanya dengan jiran, sama ada di rumah kami ni ada orang tak. Jadi saya komen, jangan risau, jika benar mereka ingin menyebarkan agama kristian, mereka ada manner, x mungkin la nak mengamuk ketuk pintu rumah orang lalu meyerbu masuk.

Sampai2 ke rumah terus cerita, diorang takutla, nervous la, terketar-ketar dan x sedap hati lalu baca yassin la..Tapi bila diorang cerita pasal dah siap beg get ready kalau jadi apa2 tu, mencuit hati jugak. Saya tersenyum dalam hati, kerana mereka takut dipesongkan agama mereka atau takut kehilangan islam dalam hidup mereka. Sentiasa tingkatkan iman dan kepercayaan terhadap agamamu, insyaAllah, apapun ajaran2 lain yang datang kepadamu, tidak akan mampu menggoyahkan kepercayaan dan memesongkan dirimu.



Entah kenapa saya rasa lagi elok buat confirmation dulu, mana tau diorang cari rumah kosong ke, kebetulan berpakaian sebegitu. Tapi nak wat camna, semua dah cuak, lagipun di rumah ni semuanya perempuan, malam2 terima tetamu lelaki, seram gak tu..tak manis dipandang.

------------------------------------------------------

Akhir tinta, semoga kita semua diberi kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian hidup dan diberi kekuatan iman. May Allah bless all of us.





Wassalam

Update~

Assalamualaikum semua!

Apa khabar iman?

Penconteng sekarang tengah dilanda masalah, diuji iman. Bergoyang-goyang jak iman sekarang, dilanda gempa bumi agaknya. Namun, harap tak goyah lalu musnah. Doakan ya.



Sekarang makin jarang saya update blog ni. Masa ada, cuma idea tiada. Dalam sehari, saya akan save kan certain time untuk diri saya sendiri. Kalau sebelum ni masa tu banyak saya gunakan untuk menulis, sekarang tidak lagi. Saya banyak berfikir.

Kebelakangan ni, kemungkaran berlaku right in front of me. My sight is hurt, and my heart is fright. Apa tidaknya, tak tau nak menegur bagaimana. Kawan memang kawan, tapi ini jenis yang tertulis di raut wajahnya "ko peduli apa dengan aku? SUkati org la nak buat apa. This is my life, don't ever bother." Jadi, sekarang ni tiada direct approach. Sekadar kiasan, moga sang hati terasa. Tapi diri ni pula terlebih emosi.

Di antara 2 insan itu ada satu botherline. Botherline yang sangat nipis, yang begitu mudah terputus, lalu berlaku sesuatu yang tidak terjangka dalam perhubungan, malah mungkin boleh membawa kepada kesalahfahaman dalam kepercayaan. Sebagai contoh, dalam kita meyampaikan sesuatu nasihat, sekiranya kita tidak menjaga sensitiviti dan mengetahui tahap pengetahuan seseorang tu, tak mustahil nasihat tu dianggap sebagi ancaman buat mereka. Lalu berlakulah salah faham dan perpecahan. Lain manusia, lain personaliti. Ada yang mudah menerima, ada yang keras sikit. Tak dapat ditegur sikit, terus dianggap jaga tepi kain orang. Ni la masalah pemikiran masyarkat zaman sekarang ni. Sakit hati ni bila mulut ni berat sangat nak menasihati, terus emosi pun turut disakiti, meronta-ronta rasa diri pentingkan diri sendiri.

Ya Rabb, berikan aku ilham dan hidayah demi agamaMu ya Allah...