Pages

06 March 2010

Naratif 6: Ku Harap Redha-Nya


Silau pandangan dek panahan mentari.Langkahnya terus pantas bersama harapan. Kini dia bebas membuat keputusan. Mindanya sedikit ringan berbanding sebelumnya. Sungguhpun begitu,masih ada sedikit kerisauan bertapak di hatinya. Mindanya kembali ligat berfikir.. Hati mula menyesali keegoan silam. Mula memarahi diri. Dalam menangisi kejahilan diri, bisikan kedamaian menyapa hati.
“Yakinlah bahawa segala yang berlaku,segala yang engkau lalui adalah ketetapan Allah,yang punya hikmah tersendiri,buat menguji sekeping hati.”
Lantas hatinya mengingati bait2 kalam Allah…
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?
2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.
3. Yang telah memberatkan belakangmu.
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).
5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu
“Ya Allah, lapangkanlah dadaku,dan permudahkanlah daku dalam urusanku, serta berkatilah perjalanan hidupku.”
Seketika hatinya bermunajat. Jauh di sudut hati tidak ingin kecewa lagi. Besar sekali harapannya kali ini. Dia ingin mula melukis di atas potret kehidupannya sendiri yang selama ini suram lakaran insan2 kesayangannya. Bercita-cita agar lakaran ikhlas mampu mewarna ceria harinya. Dia kini telah menjadi seorang insan yang mampu melakar mimpi. Segala tindakannya adalah demi sebuah risalah agung. Cita2nya juga bersama risalah agung itu. Sebuah risalah yang dibawa oleh junjungan mulia, idola peribadinya. Risalah yang dahulunya menjadi penyinar kegemilangan islam. Yang kini menjadi asing bagi kebanyakan saudara2 seagamanya.
“Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya kerana Allah Tuhan Sekelian Alam.”
Lastas kembali memperbetulkan niat.
Hari demi hari semakin banyak dugaan yang ditempuhinya. Tiada lain sahabat karibnya,peneman duka lara, penenang jiwa nestapa…sebuah mushaf kecil yang terkandung di dalamnya petunjuk sepanjang jalan,panduan kehidupan. Tersedar..semakin sedikit peringatan Allah dibacanya setiap hari. Lantas hati beristighfar. Harapannya hanyalah MARDHATILLAH.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)