Pages

09 November 2014

Misc...sempat lagi update.

Tok, tok. "Assalamualaikum...". Pintu yang sedikit terbuka dikuaknya. Qaisara dilihatnya sedang membaca al-Quran. Pintu ditutup kembali lalu mempersilakan dirinya duduk di katil sambil mendengar lantunan ayat-ayat suci bacaan Qaisara. 

"Sadaqallahul 'azhim.." Qaisara menghabiskan bacaannya. Telekung dibuka dan dilipat lalu duduk di sebelah Isfa. Tanpa sepatah kata. 

"Kau pelik 2 3 hari ni." Isfa memulakan perbualan. 

"Uuuhh?" Qaisara mengerutkan dahi. Tidak faham akan maksud kata-kata Isfa. 

"Q, kau OK ke? No, you're obviously tak OK. Apasal ni? Sampai nak senyum kat aku ni pun kau lupa. SMS pun jawab sepatah sepatah je. Selalunya bukan main panjang reply." Riak wajah Isfa bertukar serius. 

"Sori." Jawabnya sepatah. 

"Q, cerita la. Kau selalu lend your ear to me, so give me a chance to lend mine to you."

Sepi seketika.

"I must've been a bad influence." Rendah suara Qaisara. 

"Maksud kau?" 

"Ada kawan ku cakap kat aku yang dia rasa dia silap kawan dengan aku." 

"Ehhhh..kenapa dia cakap camtu?" 

"Ntahla. Masa tu aku ada kelas. Dia call beberapa kali. Jadi, aku SMS la, 'Maaf, Nadia tengah kelas ni. Ti habis lecture Nadia call balik'. Then, lepas tu la tiba-tiba dia reply macam tu." Telefon bimbitnya diserahkan kepada Isfa. Isfa membaca rekod SMS yang sudah dibuka oleh Qaisara. 

"Isfa, sori. Aku tak ada mood nak bercerita tentang ni. Banyak benda jadi. Masalah dengan famili ku lagi. Esok, aku nak bincang dengan kak Insyirah dulu. InsyaAllah, dia mungkin boleh bantu." 

"Maaf aku tak membantu." Ujar Isfa sambil menyerahkan kembali telefon bimbit itu kepada Qaisara. 

"Bukan, cuma kawan yang aku maksudkan tu satu usrah. Jadi mungkin kakak boleh tolong tanya dengan dia apa yang jadi. Soalnya, hati aku sangat keliru sekarang ni. Aku takut, Isfa. Takut yang aku ni membawa kawan-kawan ku ke jalan yang tak baik. Jadi, aku cakap kat kakak tu aku nak keluar dari usrah. Kalau aku bawa pengaruh tak baik, naya nanti." 

"Faham, faham. Tapi Q, jangan sedih sangat ye. Apa-apapun, aku ada, dan aku mahu sentiasa ada untuk kau time2 gini. Trust me, that's just a misunderstanding. U're a good friend, really. Moga Allah tenangkan hati dan fikiran kau." 

Jam loceng di meja Qaisara menunjukkan tepat pukul 11 malam. Isfa bangun melihat cermin lalu membetulkan tudungnya. 

"K la Q. Nanti kita borak lagi. Banyak aku nak cakap dengan kau. Tapi bas dah nak sampai tu." 

Isfa mencapai tas tangannya lalu bergegas keluar. "Aku chow lu. Bye." 

"Assalamualaikum." 

"Waalaikumsalam." Jawab Isfa yang sudah tidak kelihatan. 

'Allah knows' by Zain Bikha berlagu di telefon bimbitnya. SMS yang baru sampai dibuka. 'Isfa'. 

Q, lupa tadi, esok kau ada check up di hospital. Jangan kerana masalah, kau lupa tentang kesihatan kau. Jangan lupa makan ubat. Kau nampak pucat. 

Laci meja dibuka. Kad kesihatannya dibuka. 'Esok, huh..' Keluh hatinya. 

'Ya Allah, bantu aku.' 

*************************************************************
"So?" 

Insyirah memecah sepi antara mereka. Qaisara mengangkat muka lalu memandang ke arah Insyirah. Minda masih menyusun ayat, hati pula sedang bersedia untuk meluahkan masalahnya. Sudah tiba masanya untuk cuba bersikap lebih terbuka tentang dirinya dengan kakak-kakak. 

"Nadia ada masalah? Kenapa tiba-tiba cakap nak keluar dari usrah?" Insyirah menyambung pertanyaannya, lembut. 

"Akak tau la akak tak sehebat naqibah Nadia sebelum ni." Sambung Insyirah lagi. 

Qaisara terkedu. Sedikit terkilan. Tak pernah sedikitpun terlintas di fikirannya pendapat sebegitu. Kecewa. Niatnya untuk cuba berkongsi masalah dan meminta nasihat Insyirah terbatal. Air mata ditahannya dari jatuh ke pipi. 

"Jom balik." Ujar Qaisara lantas berdiri. Ingin cepat-cepat berjumpa Isfa. 

"Kenapa nak balik? Order pun tak sampai lagi." 

"Kalau macam tu, Nadia balik jalan kaki." Terus melangkah meninggalkan meja. Tidak mahu lagi berada di situ. Antara mereka sudah menjadi lebih kekok dari sebelumnya. 

"Nadia, tak baik membazir." 

Langkahnya terhenti. Qaisara kembali ke tempat duduknya. Tiada lagi perbualan. Hanya menunggu Insyirah menghabiskan nasi goreng seafood yang dipesan nya tadi. Qaisara hanya duduk berdiam diri. 

Sesampainya di apartmen kediamannya, Isfa sudah berada di situ, duduk di ruang tamu menonton TV bersama housematenya. Qaisara meluru ke dalam bilik diikuti Isfa. Air mata yang ditahannya sedari tadi mulai jatuh. Isfa hanya membiarkan Qaisara menangis sepuas-puasnya. 

"Dah OK?" Tanya Isfa sebaik sahaja Qaisara berhenti menangis. 

"Emm...thanks for being here." Air mata dikesat dengan hujung lengan baju nya. 

"So, macam mana la yang tu?" Tanya Isfa. 

"Aku tak mungkin dapat merasa senang dengan diorang lagi. Aku baru sedar yang aku ni tak patut berada di situ. Ada la something kakak cakap, buat aku fikir, 'camtu rupanya persepsi mereka terhadapku'. Baru aku sedar, diorang tak kenal aku. Orang yang paling rapat dengan aku dalam usrah tu pula menyesal kawan dengan aku." Ujarnya panjang tanpa memandang ke arah Isfa, sambil tangan menyusun buku di atas mejanya, cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya. 

Isfa hanya diam. Mungkin tidak dapat memikirkan ayat yang sesuai untuk memujuk kawannya itu. 

"Aku rasa bersalah, fa. Kesian diorang, to ever meet me." Duduk di kerusi sambil memandang ke arah Isfa. 

"Ini dah salah ni Q. Jangan rendahkan diri sendiri. Dan of course, jangan juga salahkan sesiapa. U told me before, time aku baru lepas break dengan Ikhwan, 'there's always a meaning for an encounter. Remember those every moments u feel that u're glad to meet them instead of this one moment you're being hurt.'" 

Kata-kata Isfa membawanya mengimbau kejadian 2 minggu lepas apabila Isfa datang ke biliknya dan menangis sambil menceritakan tentang perkara yang berlaku antara dia dan Ikhwan. 

"Thanks ingatkan aku." Hati Qaisara sedikit lega. 

"Aku rasa masalah ni dalam diri kau tu je. Kau je yang dah down." Ujar Isfa lagi. 

"Mungkin juga begitu. Aku dah tak yakin untuk bersama diorang. Aku yang dah takda confidence. Rasa tak layak untuk bergaul dengan orang-orang sebaik diorang. Apatah lagi untuk memimpin adik-adik dalam usrah tu." 

"Em.. Baik buruk seseorang tu tak dapat kita nilai. Selama aku kawan dengan kau, belum pernah lagi aku ada bad feeling pasal kau. Apapun, since it's you, I'm sure u'll be fine. Kau cuma perlukan masa untuk berfikir." 

Qaisara hanya diam.  

"Still, mesti kau sedih giler sekarang ni kan. 1st time tengok kau nangis. Sungguh-sungguh lagi tu. Selalu cool je. Macam takda perasaan pun ada." Sambung Isfa berseloroh. Cuba menenangkan keadaan yang suram. 

Qaisara tersenyum mendengar gurauan Isfa. 

"Finally..." Pipi Qaisara dicubitnya. 

Qaisara kemudian ke bilik air membasuh muka dan berwudhuk. 

Sekembalinya ke bilik, dia duduk semula di sebelah Isfa. "Hari tu kau kata kau da banyak benda nak cakap dengan aku. Apa dia?" 

"Aku nak jadi baik." Ringkas. 

"Erk. Apasal pulak? Selama ni kau jahat ke?" Bersahaja. 

"Haha..u're back. I'm glad." Isfa ketawa mendengar respon Qaisara. 

"Maksud aku, berubah. To be a better person. Or spesifiknya, a better muslimah. Dan aku rasa kau boleh bantu aku." Sambungnya, menjawab pertanyaan Qaisara. 

Diam. 

Qaisara menarik nafas dalam. 

"Aku boleh bantu, tapi aku nak kau tau yang aku ni pun takla baik mana. Aku pun masih belajar dan berusaha to be a better muslim. Cetek ilmu aku." 

"Aku faham tu. Tapi selama kau ikut usrah, mesti banyak yang kau belajar kan?" 

"Banyak. Kau join la usrah. Itu lagi baik. Belajar agama ni kan kena berguru." 

"Aku ingat nak minta tolong kau dulu. Tolong push dari starting line la lebih kurang. Plus, somehow, dengan kau aku rasa senang, selesa. And I can talk about everything with you. Comfortably." 

"Emm..jap ya." Qaisara mulai menekan butang-butang di telefon bimbitnya. 

Seketika kemudian, Allah knows by Zain Bikha berlagu dari telefon bimbitnya. One message receive. Selesai membaca SMS yang baru diterimanya, dia kembali memandang ke arah Isfa. 

"Ahad ni jom p Masjid At-Taqwa. Situ setiap ahad ada pengajian bertalaqi, dengan ustaz apa ntah namanya. Aku pernah p 2 kali. Kita belajar berdasarkan kitab dan bergurukan ustaz. 1st, tauhid, 2nd, fiqh, 3rd syarah al-hikam. Pastu sesi soal jawab. Kau boleh tanya apa je soalan. Tak semestinya berkaitan dengan topik yang kita belajar hari tu." 

"OK. Sounds good. Thanks, Q." 

"No hal. Malam ni kau tido sini je la. Dah takda bas." 

"Ahhh..Esok aku ada field trip kot." Sambil melihat jam di tangan. 

"Jam berapa gather?"  

"8." 

"Laa...esok lepas subuh aku hantar la kau balik kolej. Lepas bersiap, aku hantar pulak kau p fakulti. Malam ni, maaf, aku tak suka bawak moto malam2 sebenarnya." 

"OK then."

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Banyak pula masa aku nak update blog. Hari ni, siap 1 projek kabinet dapur. Pagi tadi aku buat pintu kabinet, abang dan kawannya pula buat sliding door frame. Petang ni dia buat final installing, pasang pintu-pintu tadi dan pasang sliding door. Dia cakap aku tak perlu ikut. Duk umah, buat quotation untuk next project. Okay, aku pula blogging. Haha. 

Next, nak buat living room divider pula. Pastu ada projek pasang tile and siling rumah orang. Yang tu, opkos aku tak ikut. Ayah cakap, kalau buat kabinet, bertukang kayu, boleh. Buat rumah, tak perlu. 

'Kalau nak bina masjid?' *_^

Makin seronok pula kerja jadi tukang kayu ni. Pasni nak belajar designing pula. Baru boleh cakap, "I'm an artisan." 

Abang: La, ko pande makei InDesign? (InDesign ni software untuk interior design.)
Aku: Sik. AutoCad pande.
Abang: Belajar la. InDesign bagus gik.

 


4 comments:

  1. salam ila.. bestnye pandai design2.. hehehe.. sy tengah cari org utk design rumah.. boleh designkan x? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslm w.b.t. Abang yang pandai, ila pula masih belajar. Design rumah ke interior rumah? Hee...boleh je, tapi kami buat yang di kuching n samarahn je. Baru dapat tengok rumah. Haha.. :P

      Delete
  2. tu la.. jauh plak.. tapi kalau mintak bagi pendapat, thru emel or WA.. bole sik? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, jadi pengantara kkk dgn abg yang lebih expert.. insyaAllah.. Kakak inbox FB ila la...haha..ada FB badge kt sidebar tu. Nanti boleh bg no tepon. Hehe..

      Lucu kakak juak. Jauh2 minta pendapat.

      Delete

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)