Pages

07 July 2011

Dulu, Kini dan Selamanya-2


Dalam entri sebelum ni, saya ada bagi pendapat saya tentang peranan masa lalu(past) dalam membentuk diri kita yang sekarang dan peranan langkah yang kita ambil pada masa kini(present) dalam membentuk masa depan kita.
Kali ni saya nak menyatakan pendapat saya tentang peranan masa depan (future) dalam membantu kita memilih langkah yang patut kita ambil pada masa sekarang demi masa depan yang cerah. Jika difikirkan secara logik, sememangnya kenyataan saya ni kurang munasabah, apa tidaknya, masa depan adalah sesuatu yang tidak kita ketahui. Mungkin kita jangkakan, tapi x mustahil hasilnya kelak adalah di luar jangkaan.


Pandangan kita terhadap diri kita pada masa hadapan merupakan satu permulaan dalam pemilihan langkah atau jalan yang kita bakal lalui sekarang. Impian dan cita-cita. Sebagai contoh, jika kita ingin menjadi seorang guru, adakah kita akan mengambil langkah menceburi bidang perubatan? Jika kita ingin menjadi seorang chef, adakah kita akan menceburi bidang kejuruteraan. It’s just as simple as that. Melainkan jika kita sendiri tidak punya impian dan cita2. 
Jika kita hanya sekadar bermimpi tetapi tidak memulakan langkah, akankah tercapai impian kita?..perlu kita bezakan,itu bukanlah impian, tetapi hanya sekadar angan2 semata-mata. Apapun impian anda, mulakan dengan basmalah, mengingati Pencipta supaya lurus niat dalam berusaha mencapainya. Jika anda ingin berjaya, maka teguhkan impian anda dan mulakan langkah anda. Jika anda ingin menjadi seorang yang gagal, maka teruslah bermalasan.
Dulu saya pernah bermimpi untuk menjadi seorang pengarang, dan saya bermimpi untuk menceburi bidang berkaitan dengan alam, kerana saya punya minat yang mendalam terhadap bumi, pokok, bulan, bintang, matahari, planet2. Dan saya juga pernah bermimpi untuk menjadi seorang astronaut. Saya tidak pernah menjangkakan bahawa saya akan menjadi seorang mahasiswa UNIMAS dlm bidang HR seperti sekarang. Inilah yang saya maksudkan dengan hasil yang di luar jangkaan. Saya berhenti bermimpi tatkala tribulasi menimpa diri. Lalu saya tidak pernah menetapkan matlamat saya lagi. Saya hanya berusaha untuk berjaya, bukan lagi mengejar mimpi.
Pernah terbit suatu penyesalan kerana berhenti bermimpi, tapi akhirnya saya di sini, setelah saa mencari apa yang saya ingini. Di satu tempat yang tersedia untuk saya, untuk saya kembali bermimpi. Saya mengetahui kedudukan saya sebagai hamba yang hanya menumpang di bumi Allah ini. Dan saya meyakini bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Anda bukan seorang yang gagal sekiranya anda bangkit kembali setelah jatuh sekali atau banyak kali.
Jika anda berhenti melangkah kerana jalan menuju impian anda tertutup, sedangkan ada jalan lain yang terbuka luas untuk anda, samalah seperti anda melarikan diri daripada realiti yang pada hakikatnya membawa kepada masa depan yang cerah. Bukankah rugi namanya tu??
Saya selalu mengingatkan adik saya dan junior2 saya, bahawa, dlm dunia ni xda org yang bodoh atau orang yang bijak or genius, yang ada hanya orang yang rajin atau orang yang malas. Sepertimana nilaian manusia di sisi Allah adalah berdasarkan iman dan taqwanya kepada Allah, bukan cara pemakaiannya, paras rupa, harta, mahupun karier dan sebagainya. Bermimpilah sesuatu yang baik, dan melangkahlah ke arah impianmu, kerana anda sebenarnya berjalan di atas jalan kebaikan. Benar, perjalananmu belum tentu membawamu kepada impianmu, tetapi ia tetap membawamu kepada sesuatu yang terbaik buatmu. Apapun rintangan yang menanti, hadapilah dengan keyakinan. Xkan tercapai matlamat jika kita tidak melangkah ke arahnya. Allah memberi kepada manusia sesuai dengan usahanya. Berdoalah dan teguhkan keyakinanmu. Moga perjalananmu sentiasa bersama keberkatanNya.


p/s Jangan hanya berfikir tentang matlamat keduniaan, kerana dunia ini sifatnya sementara. Fikirkanlah tentang destinasi terakhir hidupmu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)