Pages

04 January 2018

Takdir

Happy New Year, everyone...

Hidup ni kena percaya pada Qada' dan Qadar Allah. Tak la stress2 hidup tak tenang. Percaya kepada Qada' dan Qadar Allah tu merupakan Rukun iman yang ke-6. Tengok, nice kan ajaran Islam. Kalau kita ikut, insyaAllah, kita boleh merasa nikmat kebahagiaan.

Beriman atau percaya kepada qada dan qadar itu bermaksud percaya dengan sepenuh hati bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu yang akan terjadi untuk mahluknya (qada dan qadar).

Setiap manusia telah diciptakan dengan ketentuan sejak azali lagi. Takdir ni ada 2 jenis, iaitu;

1.Takdir Muallaq

Takdir muallaq yaitu takdir yang masih dapat diubah dengan usaha atau ikhtiar. Contohnya, kalau nak berjaya, kena berusaha, nak kaya, kena bekerja. Dan juga jodoh pun perlu diusahakan. Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mau mengubah nasib mereka sendiri. (Ar-Ra'd: 11)

2. Takdir Mubran

Takdir mubran yaitu takdir yang tidak dapat diubah. Contohnya, MATI. Syarat mati itu bukan sakit, tapi hidup.
Dengan beriman/ percaya kepada Qada' dan Qadar, kita akan lebih bersyukur kepada Allah, menjadi lebih dekat kepada-Nya, dan turut menjadikan kita orang yang sentiasa berusaha dan tidak berputus asa. Selain tu, kita akan mendapat ketenangan, jauh dari sifat sombong, dan sentiasa bersabar dan bertawakkal lepada Allah.

**********

Misc: Epilog Q

Ya. Sebelum ni aku pernah betul-betul suka dekat sorang insan bernama Wafdan. For many years. Suami aku ni adalah cinta keduaku, dan insyaAllah yg terakhir buatku.

Wafdan. Aku suka dia sejak di bangku sekolah, tapi aku mulai sedar yang aku betul2 serius mencintainya semasa aku buat degree. Kalau ditanya kenapa aku suka dia, aku pun tak tau. Nak kata hensem, sejujurnya, suami aku ni lagi hensem. Tambah comel dengan lesung pipit di pipi. Nak kata sebab dia sweet, memang tak la. Orang kata, cinta itu datang tiba-tiba. Unexpectedly, towards unexpected someone. Dan masa tu, Wafdan bagiku. Perasaanku tak pernah goyah. Ada saja jejaka yang ingin berkenalan dengan aku, tapi aku punya setia tu, sangatlah tak bertempat. Nak kata aku 'in a relationship dengan Wafdan', tak juga. Sehinggalah Shu@Lutfi jumpa ibu dan ayahku. Masa tu, aku tak boleh nak reject senang2. Aku sedar, perasaan bukan lagi sekadar saluran kebahagiaan, tapi dokumentari kehidupan.

Masa aku terima suami aku ni pun, perasaanku pada Wafdan masih bersisa. It has been years after all. Orang kata, kalau kita keep on doing certain things tu, boleh jadi habit. Mungkin itu yang terjadi padaku. Hatiku dah terbiasa mencintainya. Sehinggalah aku baca diari suamiku hari tu. Member aku pernah cakap, to be with someone who really loves you is better than being with someone you love. Dan untuk aku, that someone adalah my Mr. Right, Shu@Lutfi.

I love you, Shu. May Allah bless our marriage, till jannah. InsyaAllah.

#misc #epilogQ

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)