03 November 2015

Misc....Mau atau Tidak

Melakukan kebaikan itu bermula dengan kemahuan sendiri.

Antara mau atau tidak...


******************************************


"Q, solat subuh macam mana ek?"

Dihabiskan ayat yang sedang dibacanya. Shadaqallahul'azim..menoleh ke arah rakan platunnya itu.

"2 rakaat, tak da tahiyyat awal. Selainnya macam biasa." Ringkas.

"Yang orang baca di tengah2 tu, sambil berdiri..?"

"Doa Qunut?" Tanya Qaisara kembali.

"Yang tu macam mana?" Dahi dikerutkan. "Sejujurnya, aku tak pernah solat. Selama ni pun mana ada aku solat. Mesti ko tak perasan. Tapi kalau aku terus-terus tak solat ni, takut nanti kantoi pulak, uzur sepanjang kem.." Sambungnya.

"Emm...dah berwudhuk?" Sambil melihat jam. 15 minit lagi masuk waktu subuh.

"Belum. Wudhuk, muka, tangan, telinga, kaki, kan?"

"Niat smbil basuh muka, tangan ujung jari sampai siku, ubun-ubun, kaki." Sambil tangan menunjukkan caranya.

"Owh.." Namun masih duduk di sebelahnya.

"Jom." Bangun lalu mengajaknya berwudhuk.

Usai berwudhuk, keduanya kembali duduk, menunggu masuknya waktu subuh.

"Doa Qunut ni bagi kita bermazhab syafi'e hukumnya sunat ab'ad, sunat yang dituntut, kalau tertinggal, diganti dengan sujud sahwi. Dalam kes kita ni, kita solat berjemaah, alhamdulillah. Jadi kita ikut je imam. Lepas ruku' rakaat kedua, berdiri kan? Sami'allahu liman hamidah tu kan, lepas tu kita tadah tangan untuk doa qunut." Jelas Qaisara sambil menunjukkan pergerakannya. "Aminkan Doa Qunut tu. Lagi beberapa minit masuk waktu, jadi, lepas solat, bila2 lapang, kita hafal doa qunut." Sambung Qaisara lagi.

"Sujud sahwi tu amende?."

"Sujud sahwi tu sujud bila kita terlupa sesuatu atau ragu dalam solat TANPA SENGAJA. Penjelasannya, insyaAllah, nanti saya request ustazah jelaskan untuk sesi pengisian kerohanian nanti. Lebih tepat dan meyakinkan kalau ustaz ustazah yang jelaskan."

"OK. Terima Kasih, ya." Senyum.

"Sama-sama." Senyuman dibalas.

Azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu subuh. Berdiri dan bersedia untuk melaksanakan solat fardhu subuh.

Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)