Pages

07 October 2011

Update~

Assalamualaikum semua!

Apa khabar iman?

Penconteng sekarang tengah dilanda masalah, diuji iman. Bergoyang-goyang jak iman sekarang, dilanda gempa bumi agaknya. Namun, harap tak goyah lalu musnah. Doakan ya.



Sekarang makin jarang saya update blog ni. Masa ada, cuma idea tiada. Dalam sehari, saya akan save kan certain time untuk diri saya sendiri. Kalau sebelum ni masa tu banyak saya gunakan untuk menulis, sekarang tidak lagi. Saya banyak berfikir.

Kebelakangan ni, kemungkaran berlaku right in front of me. My sight is hurt, and my heart is fright. Apa tidaknya, tak tau nak menegur bagaimana. Kawan memang kawan, tapi ini jenis yang tertulis di raut wajahnya "ko peduli apa dengan aku? SUkati org la nak buat apa. This is my life, don't ever bother." Jadi, sekarang ni tiada direct approach. Sekadar kiasan, moga sang hati terasa. Tapi diri ni pula terlebih emosi.

Di antara 2 insan itu ada satu botherline. Botherline yang sangat nipis, yang begitu mudah terputus, lalu berlaku sesuatu yang tidak terjangka dalam perhubungan, malah mungkin boleh membawa kepada kesalahfahaman dalam kepercayaan. Sebagai contoh, dalam kita meyampaikan sesuatu nasihat, sekiranya kita tidak menjaga sensitiviti dan mengetahui tahap pengetahuan seseorang tu, tak mustahil nasihat tu dianggap sebagi ancaman buat mereka. Lalu berlakulah salah faham dan perpecahan. Lain manusia, lain personaliti. Ada yang mudah menerima, ada yang keras sikit. Tak dapat ditegur sikit, terus dianggap jaga tepi kain orang. Ni la masalah pemikiran masyarkat zaman sekarang ni. Sakit hati ni bila mulut ni berat sangat nak menasihati, terus emosi pun turut disakiti, meronta-ronta rasa diri pentingkan diri sendiri.

Ya Rabb, berikan aku ilham dan hidayah demi agamaMu ya Allah...


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)