Pages

25 April 2011

KCB-Meraih Mardhatillah


Saya baru selesai menonton sinetron Ketika Cinta Bertasbih- Meraih Mardhatillah. Saya jadi berfikir betapa sukarnya untuk kita temui watak-watak utama dalam sinetron tersebut dalam dunia realiti masa kini. Yakni orang-orang yang teguh menjalankan perintah Allah, kewajipan sebagai seorang muslim biarpun pada ketika itu ditimpa musibah. Orang-orang yang mencintai Allah Taala lebih dari segalanya, merasa sedih tatkala sedar akan khilaf yang telah dilakukan. Malah, saya sendiri menyedari, betapa saya ni begitu banyak kekurangan setelah menonton sinetron itu. Betapa sensitiviti saya terhadap agama dan iman saya masih lemah. Astaghfirullahal’azim.

Sinetron ini juga banyak memberi pengajaran kepada saya tentang cinta dan kasih sayang. Pernah suatu ketika saya ditanya tentang ciri-ciri suami idaman saya. Saya hanya berdiam dan senyum. Namun terdetik di hati saya, setiap orang menginginkan pasangan hidup yang baik. Segalanya saya serahkan pada Allah. Cukuplah usaha saya dengan sentiasa memperbaiki diri saya untuk menjadi seorang muslimah dan mukminah yang baik, kerana saya meyakini firman Allah Taala dalam surah An-Nur, yang bermaksud;
Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur:26)
Saya meyakini bahawa jodoh saya itu telah Allah tetapkan, dan seharusnya segala apa yang Allah takdirkan buat hambaNya itu adalah yang terbaik.
Saya juga mempunyai persepsi yang negatif terhadap cara sesetengah pria yang cuba untuk mendekati seseorang wanita, menyatakan perasaan cinta dan sayang terhadap wanita yang bukan mahramnya,tetapi wanita tersebut tidak pernah melayan tindakan pria tersebut. Kemudiannya si pria marah dan menganggap wanita tersebut sombong. Siapa berani berkata bahawa kejadian sebegini tidak pernah berlaku???
Apakah layak untuk seseorang bersikap sombong pada manusia lain sedangkan mereka hanyalah seorang insan yang hina di sisi Allah Ta’ala?.. malah setiap apa yang ada pada diri mereka adalah pinjaman dari Allah S.W.T.. Menghadapi perkara sebegini, ada yang menyukainya, tetapi ramai yang merasa kurang selesa dan kurang senang, lalu mereka langsung tidak mempedulikannya. Mungkin saya khilaf. Astaghfirullahal’azim..moga diampunkan segala khilaf saya. Namun, apakah seseorang tidak dibenarkan untuk mengelakkan diri dari merasa kurang senang? Sedangkan telah kita ketahui bahawa wanita itu punya hati yang rapuh. Apakah salah baginya untuk menjaga hatinya? Dan untuk wanita, fikirkan semula apakah tindakan kamu itu benar2 kerana takut kepada Allah?? Ikhlaskan hatimu,luruskan niatmu..
Dan ketahuilah wahai saudara pria sekalian. Seharusnya kalian bersyukur apabila menghadapi perkara sebegini dan kembalikah kepada pemikiran taqwa. Bersyukurlah kerana kalian telah terlepas dari fitnah wanita. Sabda baginda Rasulullah S.A.W;
 “Tidaklah aku meninggalkan fitnah sepeninggalku yang lebih berbahaya terhadap kaum lelaki daripada fitnah (godaan) wanita.” (Muttafaqun ‘alaih, dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma)
Dan ketahuilah para pembaca, bahawa dunia akhir zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah di mana2. Semoga kita terpelihara dari fitnah, terutamanya fitnah hati yang bisa membakar aqidah kita.
Jika kalian menginginkan cinta insani, yang sememangnya fitrah manusia untuk mencintai dan ingin dicintai, maka jalan yang terbaik adalah sebuah pernikahan. Hanya dengan pernikahan yang menghalalkan kita merasa cinta dan rindu terhadap pasangan kita, dan dengan itu, ia bukan lagi merosakkan hati dengan penangan zina hati, tetapi memberi pahala kepada diri kita kerana merindui dan mencintai suami/isteri itu dikurniakan pahala selama mana rasa itu disandarkan hanya kerana Allah Taala.
Ayuh kita sama-sama memperbaiki diri, meluruskan niat, dan kembali kepada fitrah hidup kita sebagai manusia yang menumpang dalam nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Tingkatkanlah cinta kita kepada pencipta cinta. Kitalah yang menentukan hala tuju hidup kita. Adakah menuju bahagia atau menuju binasa(na’uzubillahimin dzalik)?..dan adakah menuju syurga atau neraka?
MUHASABAH
SIAPAKAH KITA UNTUK BERSIKAP SOMBONG???
KITA DIMILIKI, TETAPI TIDAK MEMILIKI. DIRI KITA DAN APAPUN YANG ADA DI SEKELILING KITA ADALAH MILIK ALLAH YANG AKAN ALLAH AMBIL KEMBALI BILA TIBA MASANYA.
ADAKAH KITA MENSYUKURI?? ATAU KITA RIAK DAN TAKABBUR DENGAN NIKMAT KEBAIKAN YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA???
ADALAH SELAMA INI KITA IKHLAS DALAM BERAMAL ATAU HANYA INGIN TAMPAK BAIK PADA PANDANGAN MANUSIA??
AYUH PERBANYAKKAN ISTIGHFAR..MUDAH-MUDAHAN KITA IKHLAS DALAM IBADAH DAN AMAL KEBAIKAN KITA, DAN MOGA KITA DIJAUHKAN DARI RASA RIAK DAN SOMBONG.
Segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, dan yang kurang itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan saya sebagai hamba yang lemah dan kerdil ini. Moga tulisannya bermanfaat ya.
Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)