Pages

14 April 2012

Muhasabah Cinta

Sakit tu pun salah satu pelajaran dari Allah..indirectly...sebab bila kita merasa sakit yang teramat sangat, kita mula berfikir tentang mati, yang mungkin kita lupa selama ni..

Pernah sekali tu aku merasa sakit yang teramat sangat...kebiasaannya kesakitan tu reda setelah beberapa minit, tapi hari tu ia berlanjutan sepanjang hari. Dan tu la kali pertama aku menangis kerana sakit. Dahla masa tu da exam, final exam, last paper kalau tak silap. Dah tu skuter ku pula buat hal. Aku bangun awal pagi tu, sebab mlam sebelumnya berniat nak bangun qiam. Tapi bila aku sedar, dadaku sakit. Bertambah sakit setiap kali aku bernafas, jadi aku xdapat nak bangun. Tapi aku paksa diriku bangun, sebab aku betul2 rasa nak qiam, at least tahajjud. Aku berjaya berwudhuk. Tapi bila aku berdiri nak solat, tetiba kesakitan tu bertambah, lalu aku baring semula atas katil. Masa tu aku fikir, "Allah dah nak cabut nyawa aku ke? Dah sampai masanya ke?". Dan masa tu la semua dosa2 yang pernh aku lakukan bermain2 di fikiran. Masa tu aku sedar banyak perkara...Macam...mati itu pasti, dan bila masanya kita xtau, tapi ia tetap akn berlaku pada masa yang telah tertulis di luh mahfuz, regardless of kita ready ke tak..



Aku terus berbaring, sambil berharap kesakitan tu berkurang bila azan subuh berkumandang. Masa tu aku tak ingat famili, kawan2..aku cuma ingat dosa, khilaf aku selama aku hidup. 

Jadi, kesakitan tu adalah peringatan. Kita ni mudah lupa asal-usul kita, lupa pada yang menciptakan, lupa pada yang memberikan kita kehidupan ni. Jadi setiap peringatan tu datangnya bersama kasih-sayang. Allah sayang, maka Dia ingatkan kita, kawan2 sayang, maka mereka ingatkan kita bila kita leka. Tinggi nilai kasih-sayang tu. Tapi jika seseorang tu hanya mengajak kita leka, lalai, terhadap dunia, itu bukanlah kasih-sayang yang sebenar, sebaliknya musibah. Seriously~

Akhir kata, remember..kita ni dimiliki, bukan memiliki...that's the reality~

*********************************

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)