05 May 2017

Misc~ Epilog

Aku Shu. Muhammad Lutfi bin Lim Abdullah. Aku mungkin orang yang paling memahami Qaisara. Seumur hidup aku yang baru 25 tahun ni, ruang istimewa di hatiku hanya ada dia, sebagaimana di hatinya hanya ada Wafdan. We share the same love experience. Fall deeply in love with someone from the 1st time we ever learn to have that feeling until now. 

Bagi aku, Q yang pertama dan terakhir. The fact that she love Wafdan one-sidedly hurt me more than knowing that she never had any feeling towards me. Sebab aku faham bagaimana rasanya. Tapi, Q yang setia mencintai seorang lelaki tu yang aku suka, walaupun lelaki tu bukan aku. Aku cuba sampaikan perasaanku beberapa kali, tapi sentiasa ditolak dengan baik. Mau saja aku kasi 1 penumbuk kat Wafdan. Siapakah Wafdan sampaikan aku yang macho sado lagi bergaya ni pun dia tolak? Just kidding.

Siang tadi, aku terserempak dengan Q. Ok..itu tipu. Aku tau sekarang dia pelatih kaunseling di sini. Jadi aku saja nak tengok dia..dari jauh. Kalau dekat sangat nanti berdebar pula jantungku. Kalau bunyi best macam Pete Ray's drum sound takpe la jugak.

Q sedang bercakap dengan seorang pelajar perempuan. Tiba-tiba dia menoleh dan ternampak aku. Bila mata bertentangan... 

Kemudian dia menaip something di HP nya. Notifikasi HP ku berbunyi seketika kemudian. Whatsapp dari dia.

'Shu, what's up? Nak jumpe sy ke? Kejap ye. Dah nak selesai ni.'

Haih..boleh pula dia men HP time tengah session. Alamak. Tadi plan nak tengok dari jauh je. Aku rasa nak lari..tapi rasa nak stay jugak. Aku fikir punya lama nak lari ke stay sampai dia selesai sesi dan keluar dari biliknya dan berjalan menuju aku. Ek..bila dia dtg jmpa aku, tak pula aku berdebar. 

Kami borak macam biasa. Ya, kami kawan. Aku takla kecewa dengan hakikat yang kami hanya kawan. It can't be helped. Q pernah cakap, 'being in love with Wafdan somehow became a habit. Unconciously.' Mungkin macam tu juga la aku rasa kat dia. Mencintainya dah jadi habit. 

Q,Of all the things u can steal from me, why must it be my heart?


"Ehem. Buat apa tu?" Sapa Lutfi yang berdiri di muka pintu.
Qaisara mengangkat diari Lutfi. "Reading." Jawabnya.
"What? Oh my wife, sayang... Punya banyak lagi buku di rak tu, kenapa la diari ni jugak awak nak baca?" Lalu menutup diari di tangan Q.
"Buku-buku tu saya dah habis baca." Ujar Q.
"Oh ya? Takpe. Nanti saya beli satu rak lagi dengan buku-buku baru. Jom gerak." Ajak Lutfi. "Isfa minta awak datang awal kan?" Sambungnya lagi. 

Qaisara hanya diam lalu bangun dari kerusi dan  mengejar Lutfi yang tergesa-gesa keluar dari bilik dengan muka merah.

"Abang, I have developed a new habit." Ujar Q sambil bergerak beriringan menuju ke kereta.
"Ya? Apa dia?" Tanya Lutfi sambil menekan butang unlock keretanya. 
"Feeling happy for being loved by u."

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas pandangan dan kritikan anda. :-)